Begini ceritanya..Kalau boleh sambil baca dengar lagu Sufian Suhaimi -Terakhir
Firman baru sahaja di ijab kabul bersama kekasih hatinya Farah yang kini bergelar isteri.Dalam setahun dua hubungan suami isteri mereka utuh tapi disebabkn Farah tergugur anak sebab memakan nenas Firman sungguh marah sehinggakan dia menyebut perkataan paling pantang dalam perkahwinan (cerai).
Selepas kejadian itu Firman bawa diri ke bandar Kuala Lumpur..Farah pula sambung belajar menjadi arkitek..Selepas 2 tahun tempoh penceraian mereka,dengan kuasa Tuhan mereka bertemu secara tak sengaja.Farah melihat Firman sedang busker di pusat beli belah di K.Lumpur,dengan hati yang luluh Farah menangis mengenang dahulu suami yang ada perkerjaan tetap sekarang menjadi seorang busker. Farah pergi mendekati Firman tapi Firman tak dapat mengecam bekas isteri yang sekarang bergelar arkitek...Farah berlalu pergi dengan memberi sedekah sebanyak rm200 pada busker tersebut.
Setelah Farah mengetahui keadaan Firman,Farah mula tinggal kerjanya dan dia terus pergi menunggu di tempat Firman berbusker selama 2 minggu.
Dalam masa 2 minggu tersebut Firman mula menyedari dia diperhatikan dengan seorang wanita cantik dan ayu melihat dia busker,dengan tabanya Firman pergi menyapa wanita tersebut tapi Firman masih lagi tidak mengetahui bahawa wanita tersebut ialah Farah bekas isterinya.
Walaupun sebegitu Farah tidak mahu Firman tahu tentang dirinya kerana Farah tak mahu luka lama teringat kembali.Farah menipu Firman dengan menyatakan nama palsu sebagai Mia.Firman tidak tahu apa-apa dia mengurat Mia a.k.a Farah.
Mulai dari hari itu Firman mula mengajak Farah keluar setelah Firman selesai busker.. dek kerana kecantikan dan keayuan Farah telah membuat Firman menginginkan Mia a.k.a Farah menjadi kekasihnya. Pada pertemuan pertama Firman dengan ikhlas hati menceritakan kisah silamnya agar tidak membuat kekasihnya terluka tanpa mengetahui kekasihnya ialah bekas isterinya.Farah jadi tergamam kerana Firman berterus terang tentang kisah silamnya kepada Farah.Terdetik di hati Farah mahu menyatakan Mia ialah Farah dan ingin kembali hidup bersama Firman..Farah mengerti perihal Firman tapi Farah nekad ingin kembali bersama Firman.
Di sebalik itu ada batu yang menghalang mereka kembali bersama,Yusof raka sekerja Farah,semenjak Farah sambung belajar di universiti Yusof mengenali Farah serta Yusof ada hati Farah.Satu perihal lagi,kerana Yusof rapat dengan Farah,Farah cerita sejarah hitam Farah
Pada permulaan Yusof tidak dapat menerima kerana Farah sudah menjadi janda di usia yang muda.Di sebabkan Farah ayu,comel serta cantik Yusof terima dan terus jatuh cinta pandang pertama.
Selepas habis belajar,Yusof dan Farah berkerja di bawah satu syarikat.Baru-baru ini Yusof lihat Farah selalu ponteng kerja.
Kerana perasaan ingin tahu Yusof pun ponteng kerja untuk melihat gerak geri Farah.Yusof mengikuti Farah sampai berjumpa budak busker(Firman).Dengan perasaan cemburu
Yusof nampak Farah bermesra dengan Firman,Yusof ingin menyingkirkan persaingannya,tetapi dengan cara yang bijak dan halus iaitu cara menceritakan sejarah hitam Farah.Pada keesokan harinya Yusof membuat alasan sakit supaya tidak dapat hadir kerjadi pejabat kerana dia ingin berjumpa dengan Firman..Farah masuk kerja tidak syak apa-apapun,lumrah kerja katakan.Sesampai Yusof di pusat beli belah di tempat Firman busker,Yusof menerpa Firman danYusof mengajak Firman minum sambil berkata "aku kenal wanita kau cakap semalam dan dia kekasih aku.Baik kau ikut kalau tidak aku upah gangster pukul kau" Firman tersentak dengan percakapan Yusof dalam terkejut dia mengangguk mengikuti Yusof.
Semasa mereka minum,Yusof menceritakan sejarah silam Farah.Firman berhenti minum sebab terkejut,rupanya gadis bernama Mia itu ialah bekas isterinya Farah..
Lalu Firman berkata"tuan saya minta maaf saya tak tahu dia kekasih tuan.Saya janji tidak akan berjumpa wanita itu lagi dan tuan jangan risau itu janji saya pada tuan".
Lalu Firman beredar dari situ dengan tangisan di hati serta malu,Pada petang tersebut lebih kurang jam 5 petang Farah datang,apabila Farah memberikan senyuman tetapi Firman tahu dia tak mampu memberi senyuman pada hari tersebut,Farah mula mengesyaki sesuatu.Dia menunggu Firman habis busker.Pada jam 7 petang selepas menyanyikan lagu terakhir,Farah meluru dan memegang tangan Firman dan menarik ke kerusi untuk berbincang,tapi adegan itu di lihat oleh Yusof.Kerana ingin tahu apa yang berlaku Yusof pergi dekat dengan mereka berdua,Yusof duduk kerusi arah berlainan dari Farah dan Firman.Kerana ketidakpuasan hati Farah lalu dia bertanya
"Firman,kenapa awak tidak membalas senyuman saya? semalam awak cakap nak bahagiakan saya tapi hari ini awak berubah?
Tiba-tiba Farah rasa kesal dengan sikap Firman yang berubah hati,dalam masa yang sama Firman berkata
" Semakin cantik awak sekarang Farah,hampir tak kenal saya dan sampai hati awak menipu saya kata awak Mia.Sebab saya tahu awak Farah saya tak balas senyuman awak..ingat tak dulu awak kata.Jika kita berjumpa lagi anggap la kita tiada hubungan sebab awak dah gagal menjadi suami yang baik dan bertangungjawab rasa cinta kasih saya sudah pudar.Farah anggap la kita tidak bertemu dan sekarang kau sudah ada penganti lagi hensem kacak malahan kaya dari saya iaitu Yusof dan disebabkan dia juga saya tahu awak siapa sebenarnya serta satu lagi anggap la kita sudah tiada jodoh.Assalamualaikum dan selamat tinggal Farah"
Farah terkejut kerana Firman sudah mengenalinya dalam terkejut dia mendengar nama Yusof,dari situ Farah mengetahui Yusof memberitahu Firman pasal kisah silam mereka.Farah melihat Firman bangun dan berjalan pergi dari Farah.Farah memegang tangan Firman tapi Firman melepaskan Farah dalam tangisan harap Firman menoleh ke belakang tapi apa yang di harapkan tidak berlaku.Yusof yang dengar mulai terkejut dan terkilan kerana Firman bekas suami,Yusof segera memapah Farah yang dalam tangisan di lantai shopping complex serta di lihat ramai orang pergi dari situ.
Apabila Farah sedar Yusof memapahnya dengan nada marah Farah memarahi Yusof
"Kenapa kau? sanggup kau beritahu Firman.Aku masih cinta sayang dia kerana dia cinta pertama aku."
Yusof meminta maaf dekqt Farah kerana sengaja Yusof memberitahu Firman tentang kisah silam Farah pada Firman.Dengan segera Farah menyuruh Yusof letak Farah,tanpa berlengah masa Farah berlari tanpa sepatu di kaki mengejar Firman tapi sudah tidak kelihatan di situ.
Setelah Firman pergi dari situ,Firman berfikir ""bagaimana aku mahu busker keesokan hari sebab kerja busker je aku boleh buat dan aku tak boleh buat kerja berat-berat.Takpe la aku stop dan aku balik kampung la lihat ibunda aku"
Tanpa lengahkan masa Firman terus ke kaunter tiket bas untuk beli tiket bas pulang ke kampung halaman.Firman membeli tiket bas paling awal iatu jam 12 tengah hari.
Lain pula pada Farah dia tetap menunggu semlaman di shopping complex sampai keesokan dengan harapan agar Firman datang busker di sini,dia ingin jelaskan pada perasaanya pada Firman.Tapi tidak kelihatan walaupun jam menunjukkan 10 pagi,tiba-tiba Farah pengsan secara kebetulan Yusof sedang lalu ingin melihat Farah masih ada di situ ataupum sudah balik rumah.Yusof nampak Farah sedang pengsan dan dia terus telefon ambulan.Selepas ambulan datang,Yusof dapat panggilan tidak di ketahui lalu menjawab dan dia dengar suara Firman