IRINA memegang lengan Zachary sambil mengemaskan bajunya yang baru ditukar tadi. Rambutnya dibiarkan lepas selepas lelaki itu memutuskan getah rambutnya sebaik sahaja dia keluar dari tandas. Gila. Zachary memang gila. Namun, itulah yang selalu membuat lelaki ini tidak dapat diduga.
Kedua-dua mereka melangkah masuk ke dalam restoran berpusing yang dihiasi cahaya lampu temaram, memaparkan keindahan malam kota. Irina sedikit kagum dengan reka bentuk moden restoran itu, namun perasaan itu segera tenggelam apabila staf restoran menyambut mereka.
"Tan Sri Ammar," tutur Zachary kepada staf itu, dengan nada tegas tetapi santai. Staf itu mengangguk sopan sebelum membawa mereka menuju ke sebuah meja di sudut yang lebih tertutup.
"Who?" bisik Irina perlahan, matanya memerhati Zachary dengan rasa ingin tahu.
"He's trying to get me to invest in his company, but..." Zachary tidak sempat menghabiskan ayatnya.
"Here, sir. Ma'am," kata staf itu dengan senyuman, menunjukkan meja yang dituju.
Tatapan Irina dan Zachary jatuh pada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang duduk bersama seorang wanita muda yang berpakaian menjolok mata. Penampilannya benar-benar melampau... lebih sesuai untuk kelab malam daripada majlis makan malam perniagaan.
Irina mengangkat sebelah kening, tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya.
"Oh, Zach! I didn't know you'd bring your wife," ujar lelaki itu sambil berdiri.
"Ammar," kata lelaki itu memperkenalkan dirinya, menghulurkan tangan kepada Irina.
"She doesn't shake hands," celah Zachary dengan nada dingin sambil menggenggam tangan lelaki itu dengan kuat, terlalu kuat hingga jelas kelihatan Tan Sri Ammar cuba menahan kesakitan.
Irina cepat bertindak, menggenggam lengan Zachary untuk menyuruhnya berhenti. Lelaki itu akhirnya melepaskan genggamannya, sementara Tan Sri Ammar merenggangkan jari-jemarinya, jelas terasa kebas.
"Oh, and this is my secretary," kata Tan Sri Ammar memperkenalkan wanita muda di sebelahnya.
Irina menahan senyuman sinis. Matanya menangkap bagaimana tangan lelaki itu perlahan-lahan menyentuh belakang badan wanita tersebut, kemudian bergerak lebih ke bawah. Orang tua gatal. Ia terlalu jelas untuk diabaikan.
"Tina," wanita itu memperkenalkan dirinya dengan suara lunak sambil menghulurkan tangan kepada Zachary. Namun, lelaki itu hanya memandangnya kosong sebelum menarik kerusi untuk Irina, membiarkan Tina dalam rasa malu yang memuncak.
Irina duduk dengan senyuman tipis, penuh sinis, memandang Tina sebelum Zachary duduk di sebelahnya.
"I hope tonight's talk will bring luck to me since you brought your wife, Tengku," ujar Tan Sri Ammar sambil memanggil pelayan untuk menghidangkan makanan.
"Bringing me here doesn't affect my husband's decision, Tan Sri," balas Irina dengan nada tegas. Dia tidak menyukai lelaki ini sejak awal pertemuan mereka. Setiap gerak-gerinya hanya mengesahkan prasangkanya.
Tan Sri Ammar memandang Irina dengan pandangan yang sedikit terganggu, namun dia cepat menutupinya.
"I know. I was just kidding, Tengku. Don't take my words seriously."
Irina hanya tersenyum sinis sebelum mencapai gelas minuman di hadapannya. Jika ikutkan hatinya, dia mahu mencurahkan air itu ke atas lelaki tua itu... dan wanita yang masih cuba mendapatkan perhatian Zachary dengan senyuman plastik.
Zachary menggenggam tangan Irina di bawah meja. Perbuatan itu menarik perhatian Irina yang segera menoleh ke arahnya. Wajah lelaki itu kelihatan tenang, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, namun genggamannya bercerita sebaliknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Greatest Marriage Secret #1
Roman d'amourThe Greatest #1 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Perkahwinan mereka dipenuhi dengan rahsia-rahsia yang mereka sembunyikan antara satu sama lain. Mereka tidak berkahwin kerana cinta, tetapi kerana perniagaan. Ia adalah sebuah perkahwinan ya...