Taehyung's
" nama? "
" k-kim taehyung "
" umur? "
" 18, senior ha seul " jawab aku dengan teragak-agak apabila eomma perempuan mula soal aku berbagai-bagai jenis soalan.
kalau aku tau aku tk ugut nak cium ha seul tadi pun takpe asdfghjkl
cerita dia macam ni okay, aku kan lagi sikit je nak cium ha seul tapi sebenarnya bukan nak kiss dia bebetul pun, aku nak kacau dia je. tapi taktau pulak mak dia kacau line ha habis ah aku.
tapi aku tak tertangkap nak cium anak dara dia. aku cover dengan acahcah nak ambik sudu dekat belakang ha seul. nasib la perempuan tu pun pandai berlakon so mak dia pun tak syak apa apa.
ffuh lega.
" kenal ha seul lama dah ke? " soal mak dia lagi. boleh tak mak dia duduk dediam kejap? aku nak makan ni
" baru je. tapi kami rapat gila " sengaja aku menekan perkataan 'gila' itu lalu mengerling ha seul yg berada di hadapan aku.
dia memandang aku dengan tajam. nasib dia tak bodoh, dan faham yg aku tengah sindir dia sebenarnya.
" baguslah. kalau kamu nak tahu— "
taknak. aku taknak tahu.
" — makcik hari hari suruh ha seul tu keluar mengenali dunia, buat kawan baru haa tadi dia tu jenis degil. makcik taktau nak buat apa dah dengan dia tu nasibla kamu jadi penyelamat dia ye? lepastu kan bla bla bla bla bla bla "
dan akhirnya aku mengalah. aku meletakkan sudu dan chopstick aku di atas meja dan mendengar cerita mak ha seul ni dari zaman purba sampai zaman moden.
makanan yg aku masak tadi langsung tidak disentuh. aku lapar gila ni seton.
sekarang aku faham kenapa ha seul dengan mak dia boleh get along. because diorang dua ni satu spesies.
spesies cakap banyak dengan tak reti duduk diam dan tak fikir perasaan orang.
grr
-
harini aku datang awal sikit ke sekolah. aku nak bersaparan dekat sekolah je since rumah aku dah out of stok makanan.
semalam memang sumpah makanan semalam tak disentuh langsung. lepas habis mak ha seul bebel pasal ha seul, dia terus halau aku balik. katanya dia mengantuk, nak tidur.
aku pun dengan fake-nya ukir senyuman manis yg fake dan pergi dari rumah diorang. then, aku cadang nak pergi melantak pizza ke nasi goreng ke tapi semua kedai dah tutup.
tutup la sebab dah pukul 2 pagi kot.
wtf with keluarga ha seul
" selamat menjamu selera " kata pakcik cafeteria itu kepada aku setelah aku mengambil huluran nasi goreng yg aku pesan tadi.
aku terus sahaja keluar daripada cafeteria itu dan pergi ke taman sekolah. aku taknak makan dekat cafeteria sebab pagi pagi je dah sesak dan bising.
sebaik sahaja aku tiba di taman, aku terus membuka plastik yg berisi nasi goreng aku dan menjamu selera. ffuh sedap beb.
sedang aku sibuk menjamu selera, aku terdengar suara seorang perempuan.
YOU ARE READING
[ dibukukan ] anti-social • kim taehyung [completed]
Fanfictionkerana cinta, dia sanggup menerimanya kembali bagaikan orang bodoh. versi buku dan versi wattpad adalah tidak sama langsung <3