26

3.3K 499 285
                                    

guanlin begitu leka merawat luka-luka di pipi aku. aku hanya kekal duduk di atas katil di bilik rawatan sekolah ini.

hati aku masih lagi sakit.

kesan tamparan taehyung di pipi masih terasa pedihnya.

aku sudah penat menangis sehinggakan air mata pun dah tak nak keluar.

kosong.

perasaan aku kosong.

kenapa taehyung begitu tergamak menampar aku? sedangkan aku bergaduh untuk mempertahankan diri aku?

" nah, tukar tisu "

aku memandang tisu baru di tangan guanlin ini dengan tanpa minat.

" seul, hidung kau masih berdarah tu. tukar la tisu "

akhirnya aku menyambut jua tisu tersebut lalu membuang tisu yg sudah penuh disaluti darah daripada hidung aku ini.

" aku dah siap cuci luka-luka kau. kau nak balik kelas atau rehat dekat sini? "

aku senyap menatap wajah kacak guanlin.

lelaki ini ..

benar benar terlalu baik.

walaupun aku tidak menerima cintanya,

walaupun aku tidak memandangnya,

walaupun aku memilih orang lain,

dia sentiasa berada di sisi aku.

dia masih bersikap baik dengan aku.

tapi kenapa hati aku tidak dapat menerima lelaki sebaik ini?

mengapa hati aku terus-menerus inginkan lelaki yg sentiasa menyakitkan hati aku?

love is too complicated

tanpa aku sedari, aku memeluknya.

dan aku menangis sekali lagi.

" seul, janganlah menangis lagi. aku tak kuat tengok kau sedih macam ni "

guanlin membalas pelukan aku dan mengusap belakang aku perlahan.

aku tidak mahu berkata apa apa. aku hanya ingin menangis.

aku mengambil keputusan untuk berehat sahaja di rumah harini. dengan keadaan aku yg teruk macam ni, bermimpi la kalau aku cakap aku nak keluar rumah macam selalu.

eomma pun faham dengan keadaan aku. aku dah ceritakan segalanya dekat dia tapi yg peliknya, eomma tak marahkan aku sebab bergaduh dan eomma pun tak marahkan taehyung.

mungkin eomma seseorang yg redha dengan apa yg berlaku.

aku hanya menghabiskan masa aku di dalam bilik. aku langsung tidak bergerak daripada katil sehinggalah seseorang datang mengetuk pintu rumah.

siapa yg datang malam malam begini?

eomma tak ada dekat seoul sekarang ni. dia balik busan untuk beberapa hari. nak melawat sedara katanya.

takkan pencuri?

eh tapi mana ada pencuri nak rompak ketuk pintu?

aku mengangkat bahu lalu turun ke bawah. ugh, malasnya aku.

" siapa? " tanya aku sebaik sahaja aku membuka pintu.

" ha seul "

sebaik sahaja aku melihat mukanya, aku terus ingin menutup pintu. tetapi lengan sasanya menghalang pintu tersebut.

[ dibukukan ] anti-social • kim taehyung [completed]Where stories live. Discover now