Chapter 9

158 11 4
                                    

Pagi. Di pejabat.

Dia masuk ke pejabat dalam muka yang serius. Suasana keadaan dalam pejabat agak sedikit riuh dengan suara-suara staff yang berborak. Ada yang bertengek di meja rakan yang lain. Ada juga yang berlengang sambil memegang secawan milo yang baru sahaja dibancuh.

Dia:
Ni pasar ke pejabat ni !

Suasana hening seketika. Staff masing-masing menunduk dan bergerak perlahan-lahan menuju ke meja masing-masing.

Dia perlahan-lahan memandang sekeliling dan bergerak menuju ke biliknya dan berhenti di depan meja setiausahanya.

Tersedar yang bos nya berada didepannya, dia terus mencampakan lisptiknya ke meja dan menarik keyboard dan berpura-pura menekan 'Enter' dengan gelabah.

Dia:
Hurmph...kalo kot ye pon on lah screen monitor tu dulu...

Setiausaha:
Eehh huhuh...dah buka tadi. tetiba gelap pulak...eh apa lah monitor ni. huhu

Dia:
Please kalau sesiapa call, just take a note ok. I malas nak terima call dari sesiapa for today.

Setiausaha:
Baik boss...tapi kalau your dad call cemana?

Dia:
Hmm nooo...cakap i takde dalam office.

Setiausaha:
Kalau your mom pulak?

Dia memikirkan seketika...

Dia:
Pon tak perlu kot.

Setiausaha:
Let's say kalau BOD pulak yang call cemana?

Dia:
Eh banyak soalan pulak kau...just take a note to all incoming call jer lah. No matter who's that person. Huh!

Dia menjeling tajam ke arah setiausahanya sambil berlalu masuk ke dalam biliknya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam bilik Dia.

Dia berdiri di tepi tingkap sambil memerhati keluar dengan muka yang agak serius sambil memikirkan sesuatu.

Dia:
Mana budak ni pergi ek...kenapa tetiba diam pulak dah. Aku ada buat salah apa-apa ke...

Getus dlm hati dia pasti ada benda tak kena. Atau mungkin apa yg dia takutkan selama ini dah terjadi kat Aku.

Mungkin ramai yang tak tahu selama ini Dia jarang berkenalan dengan ramai orang disebabkan benda-benda macam ni lah. Benda yang di luar kemampuan dia untuk dihalang.

Sebagai salah seorang dari keluarga yang amat dikenali ramai membuatkan Dia cukup berhati-hati dalam menjalinkan apa-apa perhubungan dengan orang lain.

~...Flash back...~

Ayahanda Dia:
For God Sake i want you stop it! Jangan nak malukan aku. Tak pernah lagi dalam keluarga kita buat benda-benda tak senonoh ni. Apa kau nak jadi ni hah?

~...End of flashback... ~

Ayat-ayat tu masih lagi tergiang2 di telinga Dia. Ketakutan selama ini yang Dia rasakan ada kemungkinan sudah pon terjadi.

Dia pasti ayah nya telah mengetauhi mengenai Aku. Dengan lemah Dia terduduk sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dan mencari beberapa gambar Aku yang pernah dia ambil dan save di folder telefon nya.

Dia meneliti satu persatu, tanpa sedar air mata Dia mengalir. Mengalir tanda sedikit penyesalan yang Dia sepatutnya memberitahu Aku status dirinya dahulu...

...bersambung~

Aku Dia dan Si GilaWhere stories live. Discover now