BAB 7

4.3K 204 1
                                    

Selepas melayan karenah Nabiel,aku terus naik ke tangga untuk masuk ke bilik.Roommate aku semua pelik tengok aku tersenyum bahagia.

"Bahagia?"

Mulalah si Al ni nak mengusik aku.Aku cuma senyum manis je dekat dia.

"Nabiel pujuk kau ea?"

Deeja ni macam tahu tahu je.Deeja memang hebat meneka fikiran orang.Aku baru ingat tujuan asal aku berkumpul dengan diorang.Aku nak tanya tentang Falisha.

"Ish ada ada jelah korang ni.Ni aku nak tanya pasal budak bernama Anis Falisha,"

"Dia ada kacau kau ke?"

Tanya Ain sedikit bimbang.

"Tadi Nabiel teman aku balik.Aku takut nak balik sorang sorang.Sebab kena lalu kawasan kolam...."

Aku pun cerita kat diorang apa Falisha buat kat aku.

"Falisha memang tak suka ada orang lagi elok dari dia.Sebelum kau datang sini,dia sorang je anak dato'.Bila dia tahu kau anak Tan Sri,mix pulak tu,lagilah dia melenting,"

Tutur Irdi

"Dia takde gang ke?"

Nak jugak korek rahsia pasal si Falisha ni.Aku tak tahu kenapa aku tertarik nak tahu.

"Takde.Dulu aku lah gang paling rapat Falisha.Tapi lepas bapak dia dapat gelaran dato', dia terus berlagak.Semua budak kat sekolah ni meluat dengan dia termasuk aku,"

Tak sangka Al ni dulu gang Falisha.

"Kenapa dia marah aku dengan Nabiel?"

"Tunang kau tu Top student kat sekolah ni.Dialah headprefect,dialah atlet sekolah,dialah tu, dialah ni,macam macam lagilah.Sebab tu dia ramai peminat.Fal pernah mengaku yang Nabiel tu boyfriend dia.Tapi budak budak semua tak percaya sebab lidah dia bercabang,"

Ain memberitahu pula kisah diri Falisha.

"Nabiel tak marah ke?"

"Dia buat tak kesah.Sebab semua tak percayakan Falisha termasuk dia,"

"Al, dia tak bosan ke takde gang?"

"Entah,"

Al hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Sunyi

"Thanks Fea.Walaupun kau anak orang berada, kau tak macam Falisha.Kau boleh terima kami.Kami ni cuma budak kampung je,"

Al ni..janganlah buat jejak kasih kat sini.

"Aku tak kesah pun kawan dengan sape.Yang penting korang boleh terima aku.Macam sekarang,"

Sudah banjir dah bilik ni.Semua sumbang air mata.Kecuali aku.

"Fea, kenapa kau tak nangis?"

Al ni janganlah tanya.

"Errr aku tak suka menangis.Aku kalau nak nangis sorang sorang.Dah lah janganlah nangis,"

Nasib baik dah diam.Sampai junior dari bilik sebelah risau.

"Akak ok ke?"

Tanya zira, junior bilik sebelah.

"Eh zira.Kitorang ok.Tengah layan drama korea.Sebab tu menangis.Ni pakai fon akak,"

Bohong Ain sambil menunjukkan telefon bimbit nya.

"Ohhh takpelah zira pergi dulu,"

Pheww nasib baik dah pergi.
Macam macam lah diorang ni.

Memandangkan taman dah siap diubah suai, kitorang study group dengan classmate kitorang iaitu roommate tunang aku lah.

"Macam mana hubungan korang?"

Tam ni sibuk je nak tahu.

"Baik je,"

'Oohh baru aku tahu perangai dia yang sebenar.Depan kawan serius,dengan aku sweet'

"Fea, buah hati depan mata tu...takkan malu kot?"

Aku bagi jelingan paling tajam untuk Ad.

"Biel, kau tengok tunang kau tu.Dia jeling aku.Sakit mata,"

Mengadu je tahu

"Bagitahu jelah Fea,"

Si Aidil ni pun satu.Penyibuk!
Memandangkan aku duduk tak jauh dari Aidil, aku pun pijak kaki dia.Padan muka!

"Adoi! Sakit lah.Kau pijak kaki aku?!"

Aku hanya tersenyum sinis.

"Sorry lambat.Tadi aku jumpa Cikgu Ahmad.Minggu depan ada Program Perkhemahan dekat hutan...apa entah.Kita diwajibkan pergi.Nah isi nama,"

Kesian aku tengok si Irfan ni.Termengah mengah.

"Kenapa kita diwajibkan?"

Deeja memang tak suka pergi camping sebab dia pembersih.

"Nikan tahun terakhir kita,"

Betul kata Tam.

Tengah sedap ulang kaji, minah tak guna tu pun datang.

"Hai, Nabiel,"

Kenapa tunang aku jugak kau nak caras?

"Kau nak apa, Fal?"

Tanya Nabiel malas.

"I nak you,"

"Blah lah wei.Orang nak belajar bukan nak hadap muka kau,langau,"

Kan dah kena sound dengan Deeja.

"Nabiel,you tengok.Dia kata I langau?"

Nabiel langsung tidak mengendahkan Falisha.

"Kejap.Kenapa perempuan ni ada dekat sini?"

Baru perasan ke?Dengan aku pun nak cari pasal.Diam jelah...

"Hei! Kau jangan nak rampas Nabiel dari aku ea!"

Sapa yang rampas sape?Aku diam je...

"Kau faham tak?!"

Ini dah lebih.Dia boleh siram air yang dia bawak kat aku.Manis pulak tu.

"Kau pahal?! Kau fikir aku takut dengan kau?!"

"Apa? Nak pukul?"

Aku tarik nafas dalam dalam...sabar je lah...

"Ya ALLAH ya tuhanku,kau berikanlah kesedaran diri untuk Anis Falisha binti Dato' Imran..Amin...,"

Yang lawaknya kawan kawan aku pun tolong aminkan sekali...

"Aku dah doakan untuk kau.Harap harap kau sedar diri lah lepas ni.Aku tak nak pukul kau,"

Kasi sentap sikit..

"Kau!"

"Anis Falisha,listen.I don't like to waste my golden time with bad person like you,"

Kan dah keluar bahasa America aku.Aku dah lah lama tak speaking.Terdiam terus!

"Dahlah aku nak naik.Nak buang semua air manis yang orang berhati mulia siram kat aku tadi,"

Kasi sentap sikit.

Dah macam patung mannequin dah aku tengok si Falisha.

"Nak buat mannequin challenge, jangan dekat sini,"

Terburai ketawa semua orang.

"Diam lah kau!"

Bla pun.

"Bye aku naik dulu,"

Headprefect Tak Guna!Where stories live. Discover now