Boboiboy's life

1.3K 152 25
                                    

Boboiboy POV

Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Aku bangun dan segera bersiap nak pergi sekolah.

"Awalnya kau bangun Boboiboy," sapa ochobot sambil bawakan aku beg sekolah aku.

"Awal? Ni dah lambat lah Ochobot," balas aku.

"Haih, ye lah," balas ochobot dan menghulurkan beg aku.

"Dah siap nanti, turun bawah, tok aba dah buatkan hot chocolate dengan roti bakar," kata ochobot. Aku hanya menghadiahkan ochobot senyuman manis.

Lepas siap semua, aku terus turun ke bawah dan makan breakfast yang tok aba buat. Dah pukul 6:30. Okaylah ni nak gerak pergi sekolah.

Aku keluar dari rumah dan terus bergegas ke sekolah. Akhirnya aku sampai sekolah pada pukul 6:50, tak ramai lagi orang dekat sekolah jadi aku pun jalan jalan sekitar sekolah.

"Bosannya, kenapalah kau datang sekolah awal sangat Boboiboy?" tanya aku sendiri.

Aku terus berjalan hingga aku sampai ke belakang sekolah. Gelap je dekat situ.

"Abang....... "

Aku dengar suara. Suara seseorang.

"Abang Boboiboy......."

Aku menoleh dan melihat sekeliling aku. Takde sesiapa... dan kalau ada pun... macam mana dia tahu yang aku ni Boboiboy sedangkan aku masih dalam badan Fang? Cuma kawan kawan sekelas aku je yang tahu aku ni Boboiboy.

"Abang Boboiboy..... sini....."

Panggil seseorang lagi. Aku cuba mencari gerangan suara tersebut tapi tak jumpa sampailah aku nampak ada seorang budak memakai topi seperti aku. Tapi.... baju dia lain sikit.... tapi.... rupa dia macam aku! Dan dia macam...... diri aku masa aku kecil!

"Abang Boboiboy.... abang......"

Dia memanggil aku lagi. Kaki aku perlahan lahan berjalan ke arah dia walaupun aku sendiri tak tahu dia siapa.

"Abang Boboiboy..... sini...... dekat lagi......"

Dia memanggil nama aku, meminta aku berjalan lebih dekat dengannya. Mulutku bagaikan terkunci dan tak boleh berkata apa apa. Aku hanya mampu terdiam bersama langkah yang ku atur ke arahnya.

Aku berdiri tepat dihadapannya. Dia melihat aku dan tersenyum kepada aku.

"Abang Boboiboy tak rindu saya ke?" tanya dia.

"Sayalah diri abang Boboiboy yang dulu. Tapi sayang.... abang bukan Boboiboy lagi. Boleh dikatakan, orang lihat abang sebagai Fang. Kuasa abang pun bukan kuasa elemental lagi. Sedih tak?" tanya dia. Aku hanya mendiamkan diri kerana mulutku seolah olah terkunci.

"Abang Boboiboy...... tak rindu element abang ke?" tanya dia dan semua element aku yang masa aku kecil muncul dihadapan aku dan memeluk aku.

"Abang Boboiboy! Gempa sayang abang!" element gempa memeluk kaki aku. Yelah, aku memanglah pendek waktu aku kecik dulu.

"Abang! Abang tak rindu taufan? Taufan tunggu abang tau," kata element taufan pula, dia juga memeluk aku.

"Walaupun hali tak manja macam diorang ni tapi........ abang Boboiboy mesti rindu hali jugak kan?" element halilintar jugak memegang kaki aku. Tak kurang jugak dengan element ice, blaze, thorn dan solar yang dah tolak tolak nak peluk aku.

Aku melututkan diri dan melihat diorang semua. Comel. Diorang comel sangat.

Aku memeluk diorang dengan perasaan sedih. Sedih sebab aku... bukan pengguna kuasa elemental lagi......

Aku menangis. Air mata aku bercucuran jatuh ke bumi.

"Mestilah... mestilah abang Boboiboy sayang korang," aku peluk mereka dengan lebih erat.

"Baguslah kalau macam tu. Kitorang sayang abang Boboiboy, selama lamanya tau," kata element ice dan dia senyum.

Dalam sekelip mata, semuanya hilang.

"Element? Ice? Blaze? Hali?" aku melihat sekeliling aku dan tiada sesiapa di situ. Sebak di hati makin terasa. Aku rindu kuasa aku.... element aku.....

~~~~~

Aku masuk ke dalam kelas pada pukul 7:15.

"Fang tak sampai lagi?" tanya aku kepada kawan kawan aku.

"Eh? Bukan kau ke Fang?" tanya Gopal.

"Gopal.... kan diorang switch soul! Ni Boboiboy lah!" marah Yaya.

"Hahaha, takpelah. Biasalah tu. Kalau aku pun, aku akan tersilap jugak," balas aku dan mengambil tempat dibelakang Yaya.

"Eh Boboiboy. Aku lupa nak tanya kau, kuasa kau.... macam mana? Kau guna kuasa Fang jugak ke?" tanya Ying.

"Hmm.... ya. Kuasa aku tak berkesan dengan badan Fang ni. Jadi.... aku terpaksa bagi kuasa aku dekat Fang," kata aku dengan sedih kerana aku teringatkan senyuman element aku.

Element aku..... diorang tak jahat cuma...... ada dark side aku yang suka kacau diorang..... sebab tu......

"Aku akan kawal kuasa kau. Tapi jangan risau, kau akan jadi lagi hebat dari sebelum ni sebab aku lagi kuat dari kau! Kitorang, element, nakkan kuasa kau je! Budak lemah macam kau ni, tak layak hidup! Biar kitorang je kawal kau!"

Dark side tu..... cuma seorang je..... dia.... reverse side aku...... agaknya..... reverse side tu ganggu Fang macam aku selalu kena ganggu tak?

"Boboiboy? Kau okay?" tanya Yaya, menyentak lamunan aku.

"Hmm.. okay je," balas aku.

"Jangan risaulah, kejap lagi Fang datanglah," kata Ying pula.

"Okay....." balas aku dengan lemah.

Ya, aku memang dalam badan Fang, tapi aku masih...... hidup sebagai Boboiboy's life. Tapi..... aku rindu element aku.... aku rindu kuasa aku.... mungkin... aku lagi rindu reverse side yang suka ganggu aku.... kelakar pulak rasa.

~~~~~~~~~
Yey! Thanks sebab stay tuned! Tunggu chap seterusnya plak tau!😍 Vote sekali tau😭😋 nak comment apa apa, comment je lah, author tak makan korang pun kalau korang comment😂 Na, jana~

oh, kalau korang nak chat dengan author or kaizo or fang or Boboiboy, boleh sent chit chat korang dekat special part: chit chat👇🏻 author akan reply~😍 bersama dengan my baby boys, kaizo, fang, Boboiboy. Heheh😂 That's all~

[C] Switching soul (Boboiboy w Fang)Where stories live. Discover now