Siapakah orang yang anda paling sayang
-sudah semestinya mak kita
Tapi kenapa sesetengah orang layan mak dia macam kuli dia
Ehhh pikir la sikit tu mak kau kut ....asal biadap sangat ,mak kau dah lahirkan kau dengan sempurna kau tahu ... Ada dia mintak ganti rugi penat dia ,sikit dia TAK KAN ,malah dia nak anak dia berjaya di dunia dan akhiratALLAH BAYAR SECARA TUNAI
Kisah ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..
Satu hari saya pergi ke sebuah *Rumah Orang Tua-Tua*. Saya dapat bantuan sejumlah wang daripada seorang sahabat meminta saya beli dan sampaikan barangan keperluan tersebut kepada orang miskin.
Jadi saya pun belilah kain pelekat, kain batik, beli roti dan macam-macamlah saya beli, saya pun pergilah Rumah Orang Tua-Tua, tak payah sebutlah di mana.
Sampai saja kereta saya di perkarangan Rumah Orang Tua-Tua, tiba-tiba ada seorang perempuan tua berlari dari asrama orang tua-tua tu mai dekat saya.
"Yea..yea.. Anak aku datang, anak aku datang, seronoknya anak aku datang.."
Saya tak kenai dia siapa, dia mai peluk saya, dia cium saya.
Orang tua tu kata..
"Nak.. Kenapa tinggal mak kat sini nak, mak nak balikkkkkk.. Mak rindu dekat rumah.."
Saya waktu tu.. Ya Allah.. Saya kata..
"Makcik..'
Saya pegang saya tengok muka dia, dia kata..
"Sampai hati hang tak mengaku aku ni mak hang.."
Saya boleh bayang perasan waktu tu dia rindu sangat pada anak dia, saya berlakon depan dia, saya kata..
"Mak.. Maafkan saya mak ye.."
Saya pegang tangan dia saya bawa pi duduk atas kerusi, saya ambik roti saya suap ke mulut dia.
Cuba bayangkan hati ibu yang rindu kepada anak ini bila kita ambik roti kita suap kat mulut dia, apa perasaan dia? Apa perasan kita?
Semasa saya menyuap roti, air mata dia meleleh-leleh, dia pegang tangan saya, _Subhana Allah_.. Saya dapat rasa bagaimana perasaan rindunya kepada anak dia.
Bila saya nak balik dia pegang kaki saya dia kata..
"Nak.. Jangan tinggai mak nak, mak nak balik, mak nak balik.."
Akhirnya saya minta kebenaran dengan pihak pengawasan di situ. Check-check tengok rupanya dia *ada anak 5 orang*. Anak dia yang sulung bergelar *Tan Sri*, orang memang kaya, orang ada nama, hebat orangnya.
Saya waktu tu nak balik, dia pegang baju saya dan dia kata nak ikut saya balik, saya kata takpa lah, jomlah jomlah.. Saya isi borang apa patut semua.. Ringkaskan cerita, saya minta pelepasan untuk bawa balik selama 5 hari saja.
Bila balik rumah saya, Sembayang Subuh saya jadi *Imam* dia sembahyang di belakang, saya baca doa, saya tengok air mata dia jatuh. Lepas tu saya pi salam dia, saya cium tangan dia dan saya kata..
"Mak.. Maafkan saya mak yeee.."
Waktu tu saya tak dak mak dah, tapi saya bayang ini ibu saya, sebab dia rindukan pada anak-anak dia.
Duduk *hari ketiga* di rumah saya, waktu Sembayang Isyak, selesai doa saya nak pi salam dengan dia, tetiba dia lapik tangan dia dengan kain tudung, baru dia salam.
Saya kata..
"Mak.. Kenapa mak lapik tangan, dua hari dah mak salam, mak tak lapik tangan dengan saya. Kenapa hari ni mak lapik tangan?"