20

380 38 5
                                    

" Kenapa Hana menangis ? Siapa buat Hana menangis ? Bagitahu Mark. " Sudah beribu kali oppanya bertanya soalan yang sama padanya tetapi dia tetap endahkan lelaki itu dan masih tekun melahap kek coklat dihadapannya.

" Apa instagram mamat yang buat Hana sedih tu ? Biar Mark stalk. "

" No one. " Sepatah dia menjawab.

Dia melihat ke arah oppanya lalu mengeluh kecil. Tak mampu dia meluahkan apa-apa pada Mark sekarang kerana dia terlalu stress. Dia memang sentiasa mengadu pada Mark cuma bukan sekarang.

" Hana "

" Hm. " Dia bermain-main dengan kek coklat itu selepas tiada mood untuk makan.

" Lelaki tu takkan sehandsome Jbkan ? Jb orang yang paling handsome pernah Hana jumpakan ? Selain Marklah obviously. " Mark mula mengkritik Jinyoungnya ! Eh bila masa jadi Jinyoungnya ni ?

Tetapi kenapa tiba-tiba oppanya bercakap tentang manusia bernama Jb itu ? Sudah jarang mereka berbicara soal Jb sejak lelaki itu keluar negara untuk melanjutkan pelajarannya. " Wait Jb ? Dia dah balik Korea ke ?! " Mark hanya mengangguk sambil tersenyum.

" Dia ada dekat rumah kita sekarang. Dia tunggu Hana balik. " Segera Hana bangun membuatkan Mark berkerut dahi. " Mana ? "

" Baliklah. Jb tunggukan ? " Segera tangan Mark dia tarik apabila lelaki itu bergerak dengan sangat lambat. Dia mahu berjumpa Jaebum.

KS: Sorry »Park Jinyoung« ✔Where stories live. Discover now