31

390 35 5
                                    

" Line clear. Pergi masuk cepat, aku cover dekat luar ni. " Segera Bambam menolak Jinyoung yang masih teragak-agak untuk masuk ke dalam bilik yang menempatkan Hana.

" Thanks Bam, aku hargai jasa kau ! " Bambam hanya menggeleng sambil tersenyum kecil. Tak mampu dia marahkan sahabatnya itu kerana bukan semuanya salah lelaki itu semua ini terjadi. 'Good luck, Jinyoung. '

Sedang Bambam fokus memilih roti untuk dimakan sambil menjaga Hana, seseorang memegang bahunya membuatkan dia automatik memaling ke belakang.

" Bam, kau kena dan wajib tolong aku sekarang ! Aku serius ni ! " First time juga dia nampak muka sahabatnya serius macam ni. Selama dia kenal Jinyoung tak pernah dia nampak lelaki itu risau macam ni.

" Wey, macam mana kau boleh sampai sini siak ? Nak mintak tolong aku, call jelah. " Pelik juga dia. Sejak bila pula si Jinyoung ni suka pergi hospital. Diakan fobia nak pergi sini.

" Aku nak melawat Hana. Tolong aku please. "

" Tapi Mark hyung takkan bagi kau tengok Hana, kau tahukan ?  Kau juga yang buat Hana masuk hospital. " Jinyoung memberi dia pandangan maut. Okay maaf. Terjujur pula.

" Bagi sebab kau nak jumpa dia lepas kau dah hancurkan hati dia. Bukan sekali, bukan juga dua kali malah berpuluh kali " Jinyoung menundukkan kepala ke bawah sambil menggosok belakang lehernya.

" Betul juga cakap aku. Aku dah hancurkan hati dia berpuluh kali, buat apa aku nak jumpa diakan ? Mungkin aku kena tunggu dia mati dulu baru boleh minta maaf."

Budak ni memang tahu macam mana nak buat dia rasa simpati. Rasa bersalah pula kalau tolak permintaan sahabatnya itu.

" Okay aku tolong kau. "

" Jangan lama sangat dekat dalam tu. Aku takut tiba-tiba Mark hyung datang balik sini walaupun dia kata akan datang sini esok. "

" Okay. Jaga pintu untuk aku " Nasib baiklah kau ni bff aku JYP, kalau tak memang aku tak akan tolong kau. "

🐒

Jinyoung berdiri di tempat yang sama sejak 5 minit yang lalu sambil memandang simpati tubuh yang sedang terbaring di atas katil itu. Semua yang terjadi pada gadis itu berpunca dari dirinya. Kalau tak sebab Hana mahu selamatkan dia, mungkin Hana tak akan ada di sini.

Dia berjalan mendekati gadis itu lalu duduk di atas kerusi di sebelah katil itu. Perlahan-lahan dia mencapai tangan gadis itu lalu digenggam perlahan. Rasa sejuk tangan gadis itu membuatkan dia semakin rasa bersalah.

" Sorry. "

Tanpa dia pinta, air matanya mengalir. Bila memikirkan jahatnya dirinya kerana melukai orang yang sayang pada dirinya dan sanggup berkorban demi dia, membuatkan Jinyoung semakin teresak.

" Aku minta maaf sebab sakitkan kau. Bodohnya akukan ? " Jinyoung mengesat air matanya menggunakan sebelah tangannya lagi.

" Ye, kau memang bodoh. Baru kau tahu ke ? " Tersentak dia mendengar suara gadis utu. Dia dah tak koma ke ? " Kau bodoh sangat sebab mainkan hati aku. " Dia tersenyum mendengar kata-kata Hana. Dia gembira gadis itu sudah sedar.

" Sorry Hana. Bagi aku pelung kedua untuk mencintai kau. Aku janji aku takkan sakitkan kau lagi. " Gadis itu perlahan-lahan membuka mata membuatkan Jinyoung yang sedari tadi merenung Hana, terkedu.

" Takda guna kau minta maaf pada akulah JYP. Aku takkan bagi kau peluang lagi. "

" Kenapa ?! "

KS: Sorry »Park Jinyoung« ✔Where stories live. Discover now