Awooooo!
Bunyi serigala menyalak pada malam hari di atas pergunungan tinggi membuatkan aku sedikit terkaku seram sejuk. Entah mengapa, perasaan pada malam ini terasa berlainan sekali dengan malam-malam lain. Takut punya pasal, bulu roma ni pun sudah mula menegak straight ke atas.
"Haih. Kenapalah malam ni seram sangat?"Aku mengadu perlahan sambil mengusap-usap perlahan tangan aku yang bulu romanya kian menegak. Okay,memang dah tegak pun. Sesekali pandangan aku ditoleh ke kiri dan ke kanan mengawasi setiap perjalanan. Yelah, kot-kot 'benda' tu ada ke. Kang tak pasal-pasal pulak ikut aku balik rumah.
Setelah yakin perjalanan aku selamat, aku menghela nafas lega.
"Ni semua Alia punya pasal lah. Kata nak balik rumah sama-sama. Ni tak. Pergi balik dulu dah kenapa. Meluat betullah. Dah melepak dengan rumah Laina tu bukan nak tunggu aku balik sama-sama. Dahlah aku penakut nak balik malam-malam. Laina pun satu hal, bukan nak teman aku balik rumah. Dibiarkannya aku seorang balik rumah. Hish, tak berhati perut langsung. "Aku merengus kuat tanda protes. Geramlah puncanya sampai membebel tak henti-henti ni. Geram jugaklah puncanya sampai semua orang dipersalahkannya.
Tatkala terpandangkan satu rumah bercat biru muda,rentak kaki aku diatur laju ke arah rumah mewah itu yang berhampiran dengan kawasan aku berada sekarang ini.
Sedikit sahaja lagi, sedikit sahaja lagi dan
Poom!!
Lagaan kuat dari sebuah objek keras membuatkan aku terjatuh ke atas jalan tar dan efek daripadanya telah membuatkan dahi aku berdarah teruk. Tidaklah terlalu sakit namun kulit aku ada juga yang sudah sedikit terkopek. Seraya itu, cepat-cepat aku memandang laju ke arah objek yang telah aku langgar sebentar tadi.
"Arggghhhh!"aku menjerit kuat sebelum pandangan aku berpinar-pinar kekaburan. Bintang-bintang berterabur di depan mata dan akhirnya aku rebah di situ tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Princess With The Dark Horse
FantasíaKemunculan Princess With The Dark Horse telah membuatkan hidup Atiqah diselebungi misteri. Penuh dengan misteri yang sangat aneh. Akhir kata, demi membuktikan kewujudan Princess With The Dark Horse ini. Atiqah telah mengambil keputusan drastik untu...