Chanyeol melangkah masuk ke dalam kelas dan segera mendapatkan ahli kumpulan yang lain…
“Alfa baru telefon aku tadi. Dia kata dia akan hantar 2 orang ke sini,” jelas Chanyeol.
“Siapa mereka? Untuk apa?” tanya salah seorang dari mereka, Suho.
“Mungkin sebab kes minggu lalu?” teka salah seorang lagi, Lay.
“Semua tu aku tak pasti, yang aku pasti Alfa hanya akan hantar 2 orang tu tanpa kita ketahui rupa dan latar belakangnya. Dia suruh kita kenal pasti 2 orang tu,” ujar Chanyeol. Kesemua mereka mengangguk faham.
“Minggu depan akan ada pelajar pertukaran dari negara lain. 2 orang tu termasuk dalam pelajar pertukaran tu,” tambah Chanyeol. Suasana kecoh tiba-tiba berubah menjadi sunyi. Mereka melayan perasaan masing-masing. Ada yang memikir tentang rupa 2 orang yang dikatakan tadi. Ada juga yang memikir bagaimana hendak mengenal pasti 2 orang itu. Lamunan mereka terhenti sebaik sahaja Guru Biologi mereka melangkah masuk ke dalam kelas. Mereka beralih ke tempat duduk masing-masing dan memulakan pembelajaran.
Mereka merupakan pelajar senior Sekolah Sains dan Teknologi, Seoul. Mereka terdiri daripada Chanyeol, Suho, Xiumin, Lay, Sehun, D.O, Chen, Baekhyun dan Kai. Alfa yang disebut-sebut tadi adalah Kris, ketua mereka yang sekarang menuntut Sekolah Sains, Kanada. Kumpulan mereka dibentuk sejak mereka masih pelajar junior dan dinamakan Black Pearl.
Black Pearl? Nama tersebut bukan datang dari salah seorang daripada mereka. Tetapi dari pelajar-pelajar perempuan yang tergila-gilakan mereka. Ya, mereka bukan sahaja bergaya tetapi cukup menggoda sehinggakan ada guru perempuan yang menaruh minat terhadap salah seorang daripada mereka. Mereka begitu terkenal dengan kepandaian mereka bukan sahaja dari segi bergaya tetapi juga dari segi pelajaran.
Namun, setiap seorang menyimpan satu rahsia. Rahsia itu adalah diri sebenar mereka yang akan menyebabkan semua orang menjauhi mereka sekiranya rahsia itu terbongkar…
Seminggu kemudian…
Perhimpunan diadakan. Pelajar pertukaran yang baru sahaja sampai dibawa ke dewan untuk diperkenalkan. Ahli kumpulan Black Pearl memerhati setiap wajah yang memasuki dewan itu. Mereka cuba mengenal pasti 2 orang yang dihantar oleh ketua mereka.
“Chanyeol, Alfa tiada bagi petunjuk apa-apa?” tanya Chen. Chanyeol hanya menggeleng dan memutarkan bola matanya. Pelajar perempuan yang berbaris di sebelah mereka tidak henti-henti mengusik Chanyeol.
Begitulah yang terjadi setiap kali mereka berhimpun. Konflik yang setiap seorang dari mereka hadapi. Gangguan dari pelajar perempuan. Kali ini, mereka berhadapan dengan dua konflik. Satu, gangguan pelajar perempuan. Dua, cuba mengenal pasti 2 orang yang dihantar oleh Alfa.
Walau bagaimanapun, mereka menghadapinya dengan tabah. Chanyeol yang terkenal dengan ‘Happy Virus’nya cuba memeriahkan suasana apabila ahli kumpulan yang lain mengeluh. Selepas menyanyikan lagu kebangsaan dengan lagu sekolah, pengerusi majlis menjemput semua pelajar pertukaran untuk naik ke atas pentas.
“Minggu ini, sekali lagi kita akan menerima pelajar pertukaran dari beberapa buah negara,” ujar pengerusi majlis.
“Chanyeol, mungkin 2 orang yang Alfa maksudkan tu dari Kanada?” teka Kai. Chanyeol tidak memberikan respon. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ucapan pengerusi majlis. Mungkin ada sesuatu yang dapat membantu mereka nanti.
Pengerusi majlis memperkenalkan satu persatu pelajar pertukaran tersebut. Antaranya G.D. dan Minzy dari Kanada, L dan Hoya dari Jepun, Luhan dan Tao dari China dan Tiffany dari London. Selepas sahaja pengerusi majlis memperkenalkan mereka, mereka tunduk hormat dan kembali ke tempat mereka tadi.