KRING !! KRING !!
Tap !
Daera tutup jam loceng dan terus bangun untuk mandi.Selepas dia mandi,dia pun memakai uniform sekolah dan turun ke bawah.Kelihatan Kim Taehyung dengan ibu bapanya sedang bersarapan pagi. Dia pun pergi menegur mereka.
"Selamat pagi, eomma,appa,TaeTae oppa," kata Daera dengan senyuman yang manis lalu duduk. "Selamat pagi...," mereka balas dengan senyuman. "Wah ! Sedapnya ! Eomma masak eh ? ," tanya Daera dan terpegun melihat makanan di atas meja. "Mestilah ! Siapa lagi yang pandai masak dekat rumah ni ?," Ms Kim bergurau.Mereka semua ketawa.Keluarga yang bahagia...
Mereka pun berbual.Selepas habis makan, Daera dan Taehyung mengucapkan selamat tinggal kepada Mr. dan Ms. Kim lalu berjalan keluar pergi ke sekolah.Perjalanan mereka sangat senyap.Taehyung sedang mendengar lagu manakala Daera sedang membetulkan rambutnya.Tiba-tiba, satu perkara masuk ke dalam kepalanya yang membuatkan dia berhenti berjalan.Taehyung perasan lalu dia pusing ke belakang dengan wajah yang pelik.
"Ada apa-apa yang tak kena ke?",tanya Taehyung."Hah?Ahh..Takde apa-apa..",Daera senyum dan terus jalan ke depan.Taehyung berkerut dahi. *Ada benda yang tak kena..*
Apabila mereka sampai di sekolah,kedengaran suara seorang lelaki memanggil mereka.Mereka memandang ke arah suara itu dan terjumpa Kim Seokjin.
"Oh ! Hai hyung !", Taehyung pergi ke arahnya diikuti oleh Daera. "Mana yang lain?", Daera tanya sambil mencari mereka yang lain.
"Cari kiteorang ke? "
Di belakangnya,Bangtan Boys berdiri sambil senyum lebar terutama Jeon Jungkook.Daera terus pergi kepada Jungkook lalu memeluknya manakala yang lain mencebik bibir.Jungkook hanya membalas dengan mengeluarkan lidahnya kepada mereka.Mereka semua bergaduh tentang itu sehingga bunyi loceng.
"Jomlah masuk kelas", menjadi yang lebih tua,Jin menyuruh mereka semua masuk kelas.
"Ok jom!"
Mereka pun masuk ke kelas masing-masing.
*Kim Daera..Aku jumpa jugak kau..* Seseorang senyum jahat lalu pergi masuk ke kelas..
YOU ARE READING
Saranghae Jungkook Oppa
RomanceDaera dengan Jungkook memang berpasangan sejak sekolah rendah sehingga masuk sekolah menengah..Tetapi, satu hari..Sunmi , musuh ketat Daera kembali untuk merampas Jungkook daripada dia.Pelbagai cara dia lakukan untuk pisahkan mereka berdua.Apa akan...