~ Di Dalam Infarmary~
Mereka semua sedang menunggu Daera untuk sedar.Sementara itu, " Weyh,Sunmi tu dah melampaulah.. Sampaikan boleh buat Daera pengsan.." kata Jimin. "Tulah pasal..Baru pindah dah buat hal," sokong Suga.
"V ! Kau buat apa dekat tepi tu?" tegur J-Hope kepada Taehyung yang termenung dekat sebelah pintu. "Hah? Tak..Aku terfikir yang Sunmi kembali sebab nak balas dendam dekat Daera ke ?," Taehyung membuat muka tak senang.Semua pandang dia termasuk Jungkook yang dari tadi tak nak cakap.
"Maksud kau ?," Lizzy bertanya. " Kan dulu masa sekolah rendah kan..Dia pernah cakap dia kembali untuk balasan", kata Taehyung.Diorang semua cuba ingat kejadian yang lepas.
{Flashback}
-WAKTU TERAKHIR SEKOLAH-
Semasa itu,Sunmi dan rakan-rakannya merancang untuk menjatuhkan maruah Daera. "Korang..Apa kata kita buat dia malu satu sekolah ni ?" Sunmi merancang sambil melihat kukunya seperti 'diva gedik'.
"Macam mana?" rakannya,Hana bertanya. " Nanti aku beritahu kau rehat nanti..Kau tunggu je..Aku tahu apa nak buat.." Sunmi dan rakan-rakannya ketawa jahat lalu keluar dari bilik itu.Kebetulan ada kawan Daera terdengar perbualan mereka dan merakam.Dia pun terus mencari Daera untuk memberitahunya.
-WAKTU REHAT-
Daera sedang beratur untuk membeli makanan.Tiba-tiba,Sunmi dan rakannya menuju ke arah Daera.Sunmi pun melanggar Daera dan menyebabkan Daera tertolak orang di hadapannya.
Orang di hadapannya pun marah lalu Daera cepat-cepat meminta maaf.Selepas membeli makanan dia mahu pergi ke meja bersama rakannya yang lain tetapi semasa dia jalan,dia tak perasan ada tali halus di depannya.Dia pun terlanggar lalu terjatuh yang menyebabkan makanannya terkena bajunya.Baju dia sudah kotor.
Bukan dia seorang sahaja yang kotor malah Sunmi pun terkena.Ramai orang pandang mereka.Sebahagian dari rancangan Sunmi,dia pun bercakap," Yah ! Apa masalah kau hah ? Kau tengok apa kau dah buat ! Mahal tau baju aku ! Lain kali jalan,tengok !." Daera hanya menundukkan kepalanya.
Kemudian,Bangtan Boys masuk ke dalam kafeteria.Mereka ternampak Daera menundukkan kepalanya dengan baju yang kotor. " Apa dah jadi dekat sini ?" Jungkook meletus lalu pergi ke arah Daera diikuti dengan yang lain.Suasana tiba-tiba menjadi senyap.
"Oppa ! Budak ni dah kotorkan baju saya ! Mahal tau baju ni !" Sunmi menuduh Daera. "Ada aku kisah baju kau mahal ke apa?" Jungkook buat muka tiada ekspresi. "Oppa!" "Sejak bila aku oppa kau?" Jungkook tetap tiada ekspresi.
{End Of Flashback 1}
YOU ARE READING
Saranghae Jungkook Oppa
RomanceDaera dengan Jungkook memang berpasangan sejak sekolah rendah sehingga masuk sekolah menengah..Tetapi, satu hari..Sunmi , musuh ketat Daera kembali untuk merampas Jungkook daripada dia.Pelbagai cara dia lakukan untuk pisahkan mereka berdua.Apa akan...