Seoul, 14 Julai 2017
Kringgggggggggggggggg
Loceng sekolah berdering dengan kuat pada petang itu.
Satu lagi penggal persekolahan telah tamat.
"HOORAYYYY SUMMERRRRR!!!"
Para pelajar mula bertindak liar sebaik sahaja kelas tamat, melakukan sambutan awal menyambut kedatangan cuti musim panas pada tahun ini. Guru-guru melemparkan kertas kerja ke udara dengan senyuman yang lebar hingga kelihatan gigi mereka yang putih berseri. Pakcik dan makcik cleaner berjoget bersama penyapu dan mop yang dipegang. Ya la kan, sebulan tak perlu membersihkan sampah sarap dan kotoran yang datang dari murid-murid. Siapa tak gembira kan? Sebulan kot cuti!
Kelihatan 4 orang pelajar lelaki masih lagi duduk tenang di kerusi masing-masing dikala murid-murid lain bising meninggalkan kelas
Remaja-remaja tersebut ialah Taehyung, Seokjin, Jimin dan Yoongi.
"So, summer tahun ni kita nak buat apa pulak?", Jimin mula bersuara.
"Emmm...pantai? Alang-alang cuaca elok ni kan. Atau kita ambik giliran bermalam kat rumah masing-masing? Dah lama aku tak sleepover rumah orang" Seokjin membalas sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Typical-lah semua tu. Bila-bila pun kita boleh buat. Jom la buat benda yang lain sikit" rungut Jimin sambil memuncungkan bibirnya.
"Jalan-jalan, cari makan" sampuk pula si Taehyung, meniru suara dalam rancangan Adibah Noor suatu ketika dahulu. Banyak sangat layan youtube agaknya sampai boleh jumpa video jalan-jalan cari makan entah macam mana.
Aksi Taehyung ini menyebabkan tiga kepala lain hanya melihat dirinya dengan muka keliru buat beberapa saat, keliru tentang bagaimana hendak memberikan reaksi. Terkebil tidak, bersuara pun tidak.
"K tak lawak" Taehyung mengaku.
Yoongi yang meletakkan kepalanya di atas meja dan hanya mendiamkan diri dari tadi akhirnya mengangkat kepalanya. Dia mengetuk meja kayunya itu beberapa kali untuk mendapatkan perhatian mereka bertiga.
"Apa kata kita pergi melawat tempat berhantu? Berani tak korang?"
Sempat Yoongi melemparkan smirk pada muka kawan-kawannya itu. Taehyung dan Jimin menunjukkan rasa minat terhadap cadangan Yoongi. Mereka muka mengalihkan kerusi ke arah Yoongi yang duduk di meja belakang. Seokjin hanya mendengar dari tempat duduknya kerana kurang pasti dengan cadangan yang diberikan.
Diorang ni bukan boleh. Acah berani tapi nanti aku jugak jadi mangsa kena peluk.
"Ha bagitau la pasal tempat berhantu tu. Pilihan apa yang kita ada?"
"Kita ada empat pilihan. Lepas aku bagitau semua, korang pilih la."
Yoongi menarik nafas yang panjang sebelum memulakan percakapannya.
"Yang pertama sekali, Gonjiam Psychiatric Hospital. Bangunan ni ditinggalkan pada hujung tahun 90-an, tapi macam dah ditinggalkan berpuluh-puluh tahun lamanya. Dengar kata, dulu ada kematian mengejut yang tak dapat diterangkan antara pesakit-pesakit dan kakitangan hospital tu. Kat koridor hospital tu banyak la contengan, graftiti bagai. Bilik-bilik pulak penuh dengan mesin-mesin lama."
Walaupun baru menyebut tentang tempat yang pertama, Jimin telah pun meneguk air liurnya. Sedikit takut, tapi masih kusyuk mendengar.
"Ha sambunglah lagi"
"Yang kedua, Neulbom Garden, sebuah restoran popular kira-kira 20 tahun lepas. Restoran ini terpaksa ditutup disebabkan dua tragedi dahsyat. First, anak dara pemilik restoran tu terlibat dalam satu kemalangan dan menyebabkan leher dia patah lalu meninggalkannya dalam keadaan ngeri. Sebab stress sangat, pemilik restoran tu bunuh diri tak lama kemudian. Beberapa tahun lepas tu, bangunan terbengkalai tu dibeli oleh orang kaya yang guna bangunan tu untuk buka sebuah restoran lain. Tapi, banyak perkara aneh berlaku kat pemilik baru tu, pekerja-pekerja dan pelanggan. Antaranya macam pintu yang buka tutup dengan sendirinya. Tak lama lepastu, restoran tu pun ditutup. Neulbom Garden dikatakan berhantu sebab orang ramai masih boleh dengar bunyi seolah-olah ada orang yang cuci pinggan mangkuk pada waktu malam"
Yoongi yang bercerita bagaikan sedang rap kembali menarik nafasnya.
"Habis dah ke? Tadi kata ada 4", soal Seokjin yang kini sudah pun mengangkat kerusi plastiknya untuk duduk bersama Taehyung dan Jimin di hadapan Yoongi.
"Eh sabarlah, bagi aku minum air dulu. Kering mulut aku ni ha"
Selepas meneguk air kosong dari botol minuman berwarna hijau, Yoongi menyambung.
"Yang ketiga pula ialah Yeongdeok House. Yeongdeok ni actually terkenal dengan makanan laut, tapi ada sebuah rumah berhantu yang digeruni ramai kat puncak bukit. Kata orang, pemilik rumah ni menghilang dengan misteri. Ramai yang menganggap mereka sekeluarga telah mati. Selepas kejadian ni, tak ramai yang berani untuk menghuni rumah tu. Eventually rumah tu terbengkalai sampai sekarang. Walaupun tak pernah ada orang nampak hantu kat situ, tapi dengar kata dari luar rumah boleh rasa aura lain macam. Sesiapa yang rakam perjalanan mereka dalam rumah tu akan mendapati suara seseorang meminta tolong dan bunyi-bunyi muzik pada rakaman mereka yang tak didengari sepanjang perjalanan"
Sebelum Taehyung terlena, Yoongi segera meneruskan percakapan.
"Dannnn akhir sekali tuan-tuan, ialah Yongma Land, sebuah taman tema yang dahulunya pada tahun 80-an merupakan hotspot kepada couple dan keluarga. Sejak Lotte World dibuka kat situ, orang ramai hilang minat untung kunjungi taman tema yang berskala kecik tu. Tempat tu officially berhenti beroperasi pada tahun 2011 dan ditinggalkan sampai tumbuhan semua menjalar kat situ. Taman tu kemudiannya dibeli oleh seseorang yang membenarkan pengunjung berkeliaran dalam taman tema tu dengan bayaran 5000 won. Yongma Land sekarang spot yang popular untuk fotografer dan pelancong. Khabar angin mengatakan ada seorang budak perempuan berbaju putih yang merayau di taman tema itu berseorangan, mencari ibunya. Ha amacam? Pilih la"
Taehyung kelihatan keliru tentang sesuatu lalu bertanya "Bukan budak lelaki ke? Dalam BTS punya video haritu, budak laki yang hilang ibu. Apa nama member tu? J-Hope?"
"............"
"........"
"............"
"K tak lawak"
Kembali kepada pertanyaan Yoongi, Jimin menjawab dengan teruja "Aku nak Yeongdeok House! Jom bermalam kat situ! Jin pun boleh la feeling-feeling sleepover sikit"
"Aku setuju!" Taehyung lantas berkata sambil memberi senyuman petaknya. Senyuman itu, jika dilihat mana-mana gadis, pasti akan pengsan.
"Ok nais, kita pergi Yeongdeok House. Kau amacam Jin? Nak ikut ke tidak?"
"Korang pergi, mestilah aku ikut. Tak pasal korang kebuluran nanti"
❣ ❣ ❣
Kepada sesiapa yang membaca, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Tolong la doa agar otak dgn tangan ni rajin nk sambung smpai habis, bkn terbengkalai mcm sebelum ni ㅠㅠ
4 tempat yang disebut tu semua memang ada, cuma Yeongdeok House tu ja cerita dia diubah :D
Also, watak lain akan muncul nanti, no worries!
Until next time, I'll see you guys in the next chapter, goodnight
(TerryTV anyone? No? Ok uhuk)