"Ko-ko-korang-"
"Koko Krunch?"
"Ko-korang rasa-sa pa-patung tu hidup tak?"
"Kalau ya pun Hoseok jangan la menyorok belakang aku. Aku tau la bahu aku lebar, cukup utk cover kau"
( Ni nk gitau Hoseok ada kt blakang Seokjin ja, bkn nk buat lawak k bye )Maka Hoseok pun tergedek-gedek memecut pergi ke belakang sahabat sejatinya, Kim Taehyung
"Yoongi, cuba la sentuh-sentuh pipi patung tu" arah Seokjin
"Eh asal pulak aku"
"Kau yang main piano pastu buat dinding tu terbukak kan"
"Taehyung yang gedik suruh, dia la pi sentuh"
"..."
"..."
"Taehyung, pi cepat"
Pelan-pelan Taehyung yang bersalah menghampiri patung Jeon Jungkook. Taktau la nak kata dia takut atau tak. Kalau tengok muka saja, nampak macam tak, tapi mana tahu dalamannya kan
Diperhatikannya wajah patung tersebut. Mata tu kalau dibuka macam bulat, hidung nice. Bibir nampak lembut ja. Ada taik lalat lagi bawah bibir fuh mengancam !
Astaghfirullahalazim ter-kunyit
Mereka yang lain semuanya senyap, menumpukan perhatian pada jari telunjuk yang dikeluarkan Taehyung, menuju ke pipi patung
Toink toink
Keras macam patung biasa rupanya. Disangka mereka lembut seperti manusia sebenar sebab kalau takdak belahan pada mulut, memang patung tu nampak macam mayat betul
"Rasanya patung ni tak hidup"
Masing-masing menghela nafas lega. Susah kalau patung tu hidup dan tiba-tiba menyerang mereka
"Tapi kan, kenapa patung ni ada kat sini?" soal Taehyung
"Cuba cari apa-apa kat sini. Tak mungkin patung ni boleh ada kat sini saja-saja" jawab pula Namjoon, dan seterusnya mereka mula melihat sekeliling bilik rahsia tersebut
Jimin yang observant, berkat mendapat latihan untuk menjadi pemimpin syarikat ayahnya, ternampak satu ukiran tulisan asing pada bucu kanan 'keranda', berdekatan kepala patung Jeon Jungkook
"Guys! Sini!"
Seokjin yang paling hampir dengan Jimin berada di sebelahnya terlebih dahulu dan menyuluh ukiran tersebut menggunakan telefon bimbitnya, diikuti dengan yang lain
"Tulisan apa ni?" bisik Yoongi, tapi didengari Jimin
"Entahla. Namjoon, kau tau?"
"Tak"
"Jin?"
"Tak jugak"
"Tae-okay aku tau kau taktau"