Bukit Yeongdeok, 17 Julai 2017
Fuel : E
Setelah sekian lama menunggang motor untuk sampai ke Bukit Yeongdeok, motor 5 orang kawan ini hampir kehabisan petrol. Memandangkan ada banyak kenderaan di atas bukit yang agak besar ini, mereka pasti terdapatnya stesen minyak
Sebelum mereka sempat tiba di stesen minyak, akhirnya motor Yoongi dan Seokjin. Banyak sangat tunggang motor cari makan agaknya mereka berdua ni
Taehyung dan Hoseok mencadangkan agar mereka semua berjalan kaki sahaja. Bagi dua orang kawan ini, adalah lebih senang untuk menolak motor masing-masing berbanding tunggang motor tapi penuh dengan jeritan. Suara Hoseok pun dah serak sebab kering
Jimin hanya bersetuju. Walaupun dia anak orang kaya, Jimin bukanlah seorang yang manja. Demi kawannya, Jimin sanggup berjalan kaki di bawah matahari yang terik
Setelah berjalan selama 7 minit, sebuah stesen minyak yang kecil kelihatan tidak jauh dari mereka. Terukir senyuman pada muka mereka, terutamanya Yoongi dan Seokjin yang berasa serba salah kerana membuatkan kawan mereka berjalan kaki
Perkara pertama yang mereka lakukan sebaik sahaja tiba adalah mengisi minyak sehingga penuh. Taehyung menyuruh Hoseok untuk tolong isikan minyak motornya sebelum bergegas ke tandas
Sebenarnya dah lama Taehyung terasa nak ke tandas, tapi dia malu nak buang air di tepi jalan. Oleh kerana tandas di stesen minyak itu bersih dan tidak berbau, dengan senang hatinya Taehyung selesaikan bisnesnya
Sebaik sahaja Taehyung menggalas begnya yang ditinggalkan di luar tandas sebentar tadi, Taehyung ternampak seorang wanita berambut panjang yang berjalan seorang diri di belakang stesen minyak tersebut. Wanita tersebut memakai topi dan spek mata hitam
Tanpa disedari, Taehyung perlahan-lahan mendekati wanita itu
"Hai, noona okay? Nampak macam penat ja"
Wanita itu hanya memandang Taehyung, tidak pasti patut membalas atau tidak. Tiba-tiba ada lelaki datang tegur, mesti la terdiam kejap. Taehyung sedar akan tindakannya dan melontarkan satu lagi soalan sebelum wanita itu sempat membalasnya
"Noona nak coklat? Bagus tau makan coklat bila penat-penat ni"
"Co..coklat?"
"Ya, coklat. Kejap eh"
Taehyung mengeluarkan cadbury yang disimpan dalam begnya lalu dihulurkannya kepada wanita itu
Entah kenapa, bila nampak saja cadbury yang Taehyung hulurkan, wanita itu tiba-tiba mengundur ke belakang sedikit
"Eh ta-tak-tak ape, sa-saya boleh beli maka-kanan sendiri"
"Oh? Okay"
Sedikit hampa kerana coklatnya tidak diterima, Taehyung menyimpan semula cadbury itu di dalam beg
"Nama awak a-"
Kata-katanya terhenti apabila mendapati wanita itu lenyap dari penglihataannya. Kejap saja Taehyung pandang ke bawah, tetapi sekelip mata wanita itu lesap
Eh mana pulak perginya noona tu? Aku takutkan dia ke? Macam mana cepat sangat dia hilang?
Dengan penuh rasa keliru, Taehyung kembali ke bahagian hadapan stesen minyak
"Keluar pun kau dari tandas. Kau nak masuk beli makanan ke tak? Yang lain dah masuk"
"Hehe sorry la Hoseok. Ha jom kita masuk"
Yoongi pada ketika itu sudah pun membeli ramen dalam cup dan sedang duduk di sebuah kerusi yang disediakan bersama Jimin. Jimin hanya membeli sebotol air mineral yang sejuk. Seokjin pula beli makanan dalam jumlah yang agak banyak, dan kesemuanya dia sumbatkan di dalam beg Jimin yang agak kosong
Taehyung segera mengambil sebotol air epal manakala Hoseok mencapai oreo kegemarannya. Kedua-duanya meletakkan apa yang diambil di atas kaunter pada masa yang sama
Satu-satunya cashier yang ada di situ ialah seorang remaja lelaki berbibir tebal. Baya-baya mereka jugak agaknya. Kelihatan lesung pipit pada pipinya ketika lelaki itu memberikan senyuman kepada Taehyung dan Hoseok. Tertera nama 'Namjoon' pada nametag yang dipakai oleh lelaki itu
Ketika hendak membayar, Namjoon mula menolehkan kepalanya kepada Jimin, Seokjin dan Yoongi, kemudian kepada Taehyung dan Hoseok semula
"Korang berlima datang sekali?"
"Yup. Kami nak spend cuti summer kat sini" balas Taehyung dengan mesra
"Menginap kat hotel 5 bintang tu eh?"
"Eh tak lah, kat Yeongdeok House" jawab pula Hoseok dengan yakinnya
"YEONGDEOK HOUSE?!!"
Kini, mata semua orang tertumpu pada Namjoon. Terkejut mereka dibuat cashier itu
"Er ya Yeongdeok House. Kenapa?"
"Aku nak ikut!"
"Kau tak pernah pergi?"
"Pernah lalu je. Aku memang dah lama nak pergi, tapi takdak kawan nak temankan. So aku boleh ikut tak?"
Kali ini, mata Taehyung, Jimin, Hoseok dan Yoongi tertumpu Seokjin. Semuanya mengharapkan Seokjin untuk menjawab, memandangkan dia yang paling bertanggungjawab antara mereka berlima
"Er kalau ikut aku ok je. The more the merrier. Ye dok? HAHHAHAHA"
"Abaikan je gelak dia tu. Dia memang macam tu. Yang penting dia kata kau boleh ikut. Aku Taehyung, Kim Taehyung. Sebelah aku ni Hoseok, yang muka comel tu Jimin, mata sepet sikit tu Yoongi, dan yang gelak sorang-sorang tu Seokjin. Selamat berkenalan"
Ditundingnya satu-satu kawannya sebelum menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Namjoon
"Selamat berkenalan. Aku Kim jugak. Kim Namjoon" sekali lagi, kelihatan lesung pipitnya saat Namjoon senyum
"Kitorang nak bertolak pergi sana dah ni, kau nak ikut sekarang ke?"
"Tak, tunggu shift aku habis pukul 5 nanti. Korang pergi lah dulu"
"Okay. Nak nombor kau boleh? Senang nak hubungi kau nanti"
Dengan itu, mereka berlima keluar meninggalkan Namjoon, menuju ke motor masing-masing yang telah penuh diisi minyaknya. Yang lain semua sudah menghidupkan motor mereka, tetapi Jimin tiba-tiba bergegas semula menemui Namjoon
"Eh kenapa ka-"
"Yeongdeok House kat mana?"
❣❣❣