Second Chapter

14 5 0
                                    

5 Hari Seterusnya

Filem yang sangat aku minati sejak aku umur 14 tahun ditayangkan. Aku cepat-cepat beli pada kawan aku yang bertugas,alang-alang aku tidak bertugas hari itu.

Ini adalah filem sambungan daripada Guardians of The Galaxy iaitu Guardians of The Galaxy:The Closer. Aku juga pernah menonton trailernya di youtube, mestilah,filem yang diminat.

Macam tau-tau saja kawan aku bahawa aku sememangnya mahu duduk di seat yang berada betul-betul di tengah panggung. Sedang khusyuk menonton,datanglah seorang lelaki dan seorang wanita berjalan bersama dan kelihatan sangat bahagia.

'Bercinta mungkin. Bilalah aku nak bahagia kan?' kata hati aku itu membuatkan aku tersenyum kelat sendiri. Tetapi yang menghairankan aku seat di sebelah kiri aku masih kosong walaupun sudah 15 minit. 'Masalah perut mungkin' tergelak aku memikirkan keadaan gerangan orang itu seperti yang dikatakan oleh aku. 'Hampir hilang fokus aku tengok sekeliling. Baik aku sambung tengok' kata aku dan terus menumpu kepada skrin yang ultrabesar di hadapan ramai penonton di dalam panggung itu. Dalam 5 minit aku khusyuk menonton telatah si Groot,gerangan yang sepatutnya duduk di seat di sebelah kiri aku cepat-cepat berjalan untuk duduk di tempat dia sampaikan tertendang kaki aku yang tak bersalah.

"Haish banyak betul halangan nak tengok filem ni, dah lah favourite ni.." aku sengaja menyindirnya namun dia cepat-cepat berkata "Sorry". Mendengarkan perkataan itu,aku teringat akan seorang lelaki yang sangat aku kenali. Aku terus memandangnya dan dia mengukir senyuman.

Aku balas senyuman itu. 'Biarlah' aku mendapatkan kembali fokus aku kepada filem kegemaran aku di hadapan mataku ini.

Bermulanya lagu tema filem itu maka berakhirlah filem hebat itu. Jadi,aku cepat-cepat mahu keluar untuk ke Starbucks. Atas pesanan 'aku di masa hadapan' jangan beli sebelum menonton wayang itu membuatkan aku dahaga yang teramat selepas ketawa menonton filem itu tadi.

Setelah berjaya keluar dengan selamat,aku berlari-lari anak ke Starbucks yang agak jauh dari panggung wayang. Aku masuk barisan pada timing yang bagus, iaitu ketika hanya 3 orang yang beratur. Aku faham betul dengan rutin kedai itu,jika lambat masuk ke barisan selepas habis tayangan pastinya panjang hingga keluar kedai.

"Mocha satu,large. Nama Danial" suara itu bergetar di gegendang telingaku lagi. 'Hah? Danial?' aku berfikir sejenak dengan suara dan nama itu. 'Ah ramai je nama Danial. Lagipun suara kan boleh jadi sama' kata hati aku.

Tiba giliran aku untuk memesan dan seperti biasa aku memesan air kegemaran aku,Cappucino. Seterusnya,aku mengambil tempat duduk berdekatan dengan kaunter memesan tadi. Aku menghadap ke ruang kedai yang lebih dalam.

                       -TO BE CONTINUED-

Future?Where stories live. Discover now