Tiba-tiba aku ternampak lelaki yang kelihatan sudah lama memerhati aku. Aku apalagi,serta-merta tunduk dan berpura-pura bermain telefon pintarku. Dan tanpa disangka,seseorang duduk betul-betul berhadapan dengan aku.
Aku hanya biarkan. 'Mungkin dia nak tunggu air juga kot,biarlah' kata hati aku yang sangat banyak pada hari ini. Tiba-tiba telefon aku ditarik dan ada suara yang berbunyi "Main fon ke?". 'Haish suara tu lagi..' aku seakan-akan mahu menutup telinga aku daripada mendengar suara itu berulang kali.
Aku mengangkat muka untuk melihat gerangan yang duduk di hadapan aku dan yang mengacau aku bermain telefonku. Dan dia adalah orang yang sama,yang duduk di sebelah kiri aku di panggung.
Air sudah diambil dan aku duduk di meja yang sama seperti tadi namun dia sudah beralih ke meja di ruangan yang lebih ke dalam kedai. Sambil minum,aku teringatkan kata-kata 'future aku'. 'Tapi Danial ni siapa?' aku terus memandang muka orang yang bernama Danial yang sedang meneguk airnya seperti sudah berhari tidak minum air ini.
Dia kelihatan seperti merenung aku dan aku hanya mengukir senyuman dan senyumanku dibalas bersama gaya tangan-peace. Aku tunduk dan berpura-pura membelek I-Phone milikku. Dia menyedari itu dan datang bersama airnya dan menepuk meja tidak terlalu kuat.
Aku mengangkat muka dan membuat muka seperti geram. Dia pun menggelabah dan berkata "Sorry". "Nak apa?" tanya aku dan dia terus membuat isyarat tangan-nak number fon. Aku pun hanya bertawakkal yang berada di hadapan ini adalah crush aku yang diminati selama 5 tahun dan memberikannya number telefonku.
"Terima kasih" katanya. Selepas 3 hari berborak tentang diri masing-masing, dia pun membuat panggilan dan mengeluarkan suaranya yang agak jarang dikeluarkan "Weekend nanti jom jumpa mama and papa saya". Hatiku rasa macam rentak yang boleh dirasai di speaker ketika memasang lagu rentak. Belum sempat habis debaran itu,dia bersuara lagi "Next weekend kita jumpa ayah and ibu awak pulak"
'Wuahh! Serious? Aku rasa nak nangis je sekarang ni' kata aku dalam hati dan mengeluarkan suara yang agak awkward "Okay".
Malam itu,aku bermimpi 'aku yang di masa hadapan' berada di ruang tamu rumahnya bersama 3 orang anak dan sedang duduk bersebelahan dengan Danial yang aku baru sahaja berbalas kata. 'Future aku' itu kelihatan memandang ke arah aku sambil tersenyum. Dalam 3 saat lepas itu,dia memalingkan pandangannya ke arah anak-anaknya yang merupakan anak-anak aku juga sebenarnya*blackmoon*.
-THE END-
YOU ARE READING
Future?
FantasyTah lah nk describe ape,klau best baca,x best biar.. Yg baca and comment tq..