📕 ROGOL ANAK SENDIRI LEBIH BAIK DARI ANAK JIRAN??!Ini merupakan kenyataan GILA!
Dan yang LEBIH GILA dari itu kefahaman yang menyeleweng lagi sesat terhadap hadis tersebut!Nabi SAW pernah ditanya akan dosa yang paling besar, lalu baginda SAW menjawab antaranya: “أَنْ تُزَانِيَ حَلِيلَةَ جَارِكَ”, iaitu berzina dengan isteri jiran sendiri [riwayat al-Bukhariy dan Muslim]…
Dalam hadis riwayat Ahmad dan lain-lain, Nabi SAW menyebut:
لَأَنْ يَزْنِيَ الرَّجُلُ بِعَشْرَةِ نِسْوَةٍ أَيْسَرُ عَلَيْهِ مِنْ أَنْ يَزْنِيَ بِامْرَأَةِ جَارِهِ
“Jika seseorang lelaki itu berzina dengan sepuluh wanita (yang demikian itu) lebih ringan buatnya dari dia berzina dengan isteri jirannya”...Hadis-hadis ini bukan menunjukkan berzina dengan anak sendiri itu lebih baik atau ringan dari berzina dengan jiran! Jauh sekali, bahkan sebaliknya!
Bahkan ia menjelaskan akan besarnya jenayah meragut hak-hak orang yang sewajibnya kita pelihara…Bahkan dosa mengkhianati orang yang sewajarnya mempercayai kita kerana hampirnya kedudukan mereka dengan kita merupakan dosa yang sangat-sangat besar..!
Kerana dalam kes zina jiran, penzina tersebut telah merosakkan nasab serta memporak-perandakan rumah tangga jirannya dengan kelakuan kejinya itu…Sedangkan sebagai jiran, kitalah yang seharusnya menjaga keselamatan, keamanan dan kehormatan mereka, bukan memusnahkannya...Apatah lagi ANAK SENDIRI yang lebih wajib untuk kita pelihara kebahagiaannya, kehormatannya, kepercayaannya serta nasabnya!!
Mencabuli atau mengkhianati ia sudah tentu jauh lebih dahsyat jenayahnya serta jauh lebih besar dosanya!!
Kerana anak-anak itu lebih hampir kedudukan dengan ayah mereka berbanding jiran tetangga…
Kerana anak-anak seharusnya dilindungi insan bergelar bapa walaupun nyawa sendiri terkorban…
Kerana rumah anak-anak seharusnya menjadi syurga buat mereka, bukannya neraka..!Biar leher sendiri dikelar, selagi kehormatan dan maruah anak perempuan kita tidak dicalar..!
Jika tidak, jangan gelar diri sebagai bapa, bahkan SYAITAN DURJANA!🌏 Artikel: Kempen Semak Hadis