ʜᴀʀɪ ɪɴɪ , ᴇꜱᴏᴋ ᴅᴀɴ ꜱᴇᴍᴀʟᴀᴍ

36 5 0
                                    

×××

Hari ini,
Aku sedikit ceria,
hilang rasa gundah,
hilang rasa duka,
aku percaya pada diri,
aku masih mampu berdiri,
aku masih mampu berlari,

Esok,
aku tak pasti,
kerana ku tak punya cermin hikmat,
untuk menilik nasib diri,
untuk membawa ku ke dunia realiti,
tapi,
apa yg pasti,
dalam fantasiku aku inginkan agar hari esok adalah bahagia,

Semalam,
hari yang resah,
hari yang gundah,
tapi aku sering pasrah dan berserah,
kerana ku tahu Allah pasti menyediakan sesuatu yg terbaik buatku,

Hari ini,
Esok dan semalam,
tetap satu hari yg berbeza,
kita tak pernah tahu apa yg berlaku,
tapi kita mampu berdoa,
moga hari-hari kita adalah hari yg terbaik untuk kita.

×××

Just For YouWhere stories live. Discover now