Bab 3

119 18 29
                                    



Tit! Tit! Tit!

Pap!

Kanak-kanak lelaki berambut perang itu bangkit daripada lenanya. Matanya digenyeh-genyeh sedikit bagi membuang tahi mata yang tersisa di hujung kelopak mata. Sambil menguap perlahan, dia memandang sekelilingnya dengan wajah tanpa perasaan. Hakikatnya, bukan wajahnya sahaja yang tiada perasaan, dirinya saat itu sendiri terasa kosong. Biliknya yang begitu selesa dan terurus cantik sungguh membosankan. Tiada warna lainkah selain putih? Hati kanak-kanak itu mempersoalkan.

Jam digital di dinding tertulis waktu untuk bersarapan. Sebaik sahaja dia bangun daripada katil empuknya, segalanya sudah tersedia di dalam almari pakaian yang terbuka secara automatik. Dia mengeluh perlahan.

'Huh, baju yang sama...'

Tangannya mencapai pakaian putih yang tertera dua digit iaitu 04 pada bahagian poket. Seperti biasa, dia tidak perlu untuk lakukan apa-apa. Hanya membiarkan mesin dan robot yang menguruskan segalanya. Robot-robot itu akan mencatat status kesihatannya dan jumlah nutrisi yang patut diambil pada hari ini. Segala data-data yang terkumpul disimpan di dalam sebuah cip khas pada jam tangan digitalnya. Mesin-mesin di situ akan mengemas ruang itu tanpa perlu disuruh.

Kini, dia harus keluar daripada bilik putihnya itu dan jalani rutin harian hidupnya. Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar, beberapa orang kanak-kanak lain yang berpakaian sama dengannya tetapi dengan nombor yang berbeza turut keluar daripada bilik masing-masing untuk menuju ke kafetaria.

"Hey, 04!" tegur seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai rambut panjang berwarna perang dan diikat toncang dua. Kanak-kanak lelaki itu berpaling saat nombornya disebut. Wajahnya yang tadinya tiada sebarang riak berubah serta merta. Satu senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Oh 03, selamat pagi!" 04 membalas sapaan gadis yang sedikit tinggi daripadanya itu.

"04, kau ada mimpi sesuatu lagi ke semalam?" soal 03 acuh tak acuh sambil mencedok makanan yang dihidang secara buffet di situ. 04 yang beratur di belakangnya masih lagi mengelamun. Dia langsung tidak menyedari bahawa 03 telah mencedokkan begitu banyak pasta ke dalam pinggannya. Sebaik sahaja dia tunduk untuk mencedok makanan, alangkah terkejutnya dia apabila melihat pinggannya yang penuh dengan makanan berat. Padahal, status kolestrolnya pada pagi ini tidak berapa baik. Dia akan membesar dengan cepat sekiranya selalu berdamping dengan 03.

"Weh, kenapa ni?" soal 04 yang masih lagi terpinga-pinga. 03 hanya tertawa kecil lalu terus berlalu tanpa menghiraukan riak wajah 04 yang sudah lain macam.

Setelah memilih tempat yang sesuai, mereka pun duduk di situ untuk menjamu selera.

"04, kau ni agak pelik. Macam mana kau boleh tak terperasan yang aku cedokkan makanan ke dalam pinggan kau? Kau fikir apa sebenarnya?" soal 03 sambil menjamah roti dan sosej. Baru sahaja 04 hendak menjawab soalan kawannya itu tiba-tiba satu skrin muncul di hadapan mereka. Setiap meja ada skrin hologram masing-masing. Jika untuk yang masih berdiri, skrin hologram itu akan keluar daripada jam di tangan mereka.

"Selamat pagi anak-anak yang ayahanda sayangi. Bagaimana dengan sarapan pagi ni? Enak bukan? Haha, baiklah kita akan mulakan soalan kuiz seperti biasa ya. Pagi ini, soalan kuiz berkaitan dengan fizik, kamu mesti jawab dengan tepat dan betul jika mahu ayahanda sentiasa sayang kamu. Hohoho...," ujar seorang lelaki berkot makmal berwarna putih. Sangkanya, aksinya itu akan mengundang tawa namun tidak. Semua kanak-kanak di situ sudah bosan dengan lagak lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ayahanda mereka itu.

ZEN: PrologWhere stories live. Discover now