Bab 8

75 12 2
                                    



"Ok, ini misi pertama kita. Sebelum kita teruskan dengan perancangan yang lebih besar, aku nak kau tengok budak tu." 04 mengacukan jari telunjuknya ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang duduk sendirian bersama bukunya.

"Itu 06. Kenapa dengan dia?" soal 03.

"Kau perasan tak, semua budak-budak kat sini akan ada kawan mereka masing-masing, macam kau dengan aku." 03 mengangguk laju.

"Macam kau dan aku...." 03 berbisik perlahan. Roti di mulut masih dikunyah perlahan.

"Habis tu? Apa kaitannya?" soal 03 lagi.

"Hanya budak tu yang tak ada kawan. Kau tahu kenapa?" 03 mengeleng laju.

"Kenapa?"

"Haa, itulah yang kita kena siasat sekarang ni. Kita kena jadikan 06 sebagai salah seorang kawan kita. Itu misi pertama kau," kata 04 sambil tersenyum. Gadis itu menunjukkan ke arah dirinya sendiri.

"Aku? Kenapa aku pulak?" soal 03 tidak puas hati. 04 hanya menjongketkan bahunya lalu berlalu pergi. Gadis itu menepuk dahinya. Kenapa mesti dia? Dia melihat ke arah 06 dengan pandangan yang tajam. Sambil menarik nafas panjang, gadis itu segera menuju ke arah kanak-kanak lelaki yang masih khusyuk dengan bukunya itu.

"Hai 06!!" 03 menjerit kuat lalu memaut leher kanak-kanak lelaki itu. Terkejut 06 dibuatnya. Cermin mata bulat yang dipakai dibetulkan. Masih tidak mengerti apa yang sedang berlaku.

"Ka..kau siapa?" soal 06. Ternganga gadis itu saat lelaki itu bertanyakan siapa dirinya.

"What? Seriously? Kau tak kenal aku?" soal 03. Dia masih belum faham mengapa 04 menyuruh dirinya untuk berkawan dengan lelaki skema ni.

"Tak. Kita kenal ke?" soal 06 lagi. Bukunya ditutup perlahan.

"Oh 04, kenapa kau suruh aku kawan dengan lelaki ni?!" 03 memandang ke sisi lalu berbisik perlahan. Matanya dipejam. Dia cuba untuk memikirkan cara yang seterusnya.

"Tak adalah betul-betul kenal. Aku cuma nak kawan dengan kau. Kenapa duduk seorang je? Mana kawan kau?" Sebaik sahaja mendengar soalan daripada gadis itu, 06 tersengih sambil membetulkan matanya.

"Aku tak ada kawan. Lagi pun kenapa kau nak kawan dengan aku?" 06 mencebik lalu memandang ke sisi. Dia seperti tiada minat untuk melayan 03. Gadis itu tergamam melihat respon yang agak menjengkelkan daripada kanak-kanak lelaki yang agak tinggi serta mempunyai wajah persis orang cina itu.

'Aku silap. Budak ni bukan skema tapi menjengkelkan!'

03 menarik senyumannya secara paksa. Dia cuba untuk tertawa dan menganggap lelaki di hadapannya itu sedang membuat lawak.

"Kenapa kau gelak?" soal 06 lagi. Gadis itu segera berhenti tertawa.

"Kau tak nak kawan ngan aku ke?" soal 03 lagi.

"Buat apa? Kau dah ada 04 kan?" 06 mengeluh perlahan.

"See? Kau kenal aku! Kau tahu aku kawan dengan siapa." 03 bersorak kegirangan. Lelaki itu hanya mencebik melihat gaya gadis itu yang terlalu ceria.

"Kalau aku tak kenal kau pun, aku boleh agak dengan siapa kau berkawan berdasarkan nombor kau 03. Pasangan kau mesti 04 sebab 01 berpasangan dengan 02 jadi secara logiknya kau akan dipasangkan dengan 04. Huh, aku tak faham kenapa nama kita mesti nombor." Kanak-kanak berkaca mata itu kembali memandang ke arah bukunya.

ZEN: PrologWhere stories live. Discover now