1

144 20 30
                                    

+++

『 Aerin pov』

"Aku terima nikahnya Nur Hawa Aerinna binti Adam Kim dengan mas kahwin Rm5000 tunai" kata si dia tersebut

"Sah ?"

"Sah , Alhamdulilah"

Pembacaan doa telah pun selesai , si dia menghampiri ku dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian , cantik ? Ya , sangat-sangat cantik !

Cincin disarungkan di jari manisku , tangannya di salam , dahiku dikucup perlahan tetapi penuh dengan cinta dan kasih sayang .

Aku memandang ke arah Taehyung . Ya , dialah suamiku  . Bakal teman sehidup semati , senyuman manis aku hadiahkan kepadanya , ya , senyuman ku terbalas olehnya .

Bahagia terasa dihati , rama-rama beterbangan dapat ku rasa . Tak sabar rasanya ingin menjejak kaki ke pelamin kebahagiaan kami berdua .

Cinta dibina dengan kasih sayang yang melimpah ruah selama lebih 7 tahun bersama , dan akhirnya kami bertunang . Ya , setapak lagi kami akan hidup bahagia hingga ke hembusan nafas terkahir .

+++

Taman Tema GyeongJoo

Seronok rasanya menghabiskan masa bersama tunang kesayangan , awan membiru , kanak-kanak berlari riang , ramai sungguh orang datang ke taman tema ni .

Tangan Taehyung ku pegang erat , mengejutkan si dia , senyuman ku ukir manis khas untuknya

"Taehyung ?" Tegurku

"Abang . Not Taehyung . Panggil lagi sekali" arahnya . Aduh kepala aku rasa nak tercabut ni ! Arrghhh maluuu !

"Emm abang ?" Ya tuhan geli geleman aku . Nasib suami sendiri , fuh fuh !

"Ya sayang ? Need something ?" Senyuman dia buat aku cair , haih ya tuhan . Tabahnya hati ini . .

"Emm sa- sa- sayang nak main tu ? Boleh ?" Aku menunjuk ke arah permainan yang beberapa tapak sahaja dihadapan kami .

Walaupun dengan susah nak sebut 'sayang' tu aku tetap gagahkan diri nak sebut ;-;

Taehyung menelan liur dengan kesat . Kenapa dia pucat ? Tak sihat eh ?

"Taehyung-ah ? Kenapa ni ? Sakit ?" Tanya ku bertubi-tubi

"Emm awak sure ke nak masuk sana ?" Dah kenapa dia ni ?

"Surelah ! Jom jom , bukan selalu !"

Aku berjalan laju meninggalkan Taehyung di belakang bersendirian yang berdiri kaku seperti patung cendana
.
.
.
.
.

"PERGILAH SANA ! NYAH KAU JEMBALANG !"

"IBU ! Anak menantu ibu nak balik !! Tak nak main kat sini !!! ARRGHHH !" Ya tuhan boleh pekak aku yang duduk sebelah dia ni ehem .

"Maafkan saya tau awak sebab bawa awak pergi Ghost Ride ni tapi seronoklah ! Hekhek"

Taehyung mula mengurut dadanya

【Tears For You】+ KTHWhere stories live. Discover now