Bahagian 1-Dunia Kita

43 2 0
                                    

"AKU LAH!!.."

Suara Blaze memenuhi ruang tamu rumah yang agak besar itu.Gempa yang sedang menyusun buku di bilik bacaan terhenti seketika.Dia bergegas ke ruang tamu.Dilihatnya Blaze dan Thorn sedang bergaduh.

     "Apa yang kamu bising-bising ni?"tanya Gempa dengan lembut.Begitulah Gempa,mempunyai keperibadian yang tinggi.

     "Si Thorn ni lah.Ada ke patut dia cakap aku lebih muda daripada dia.Minta kena hormat lah tu.Hei,Thorn.Kau tu dahlah perangai budak-budak,penakut lepastu selalu buat silap.Tengok mukalah.Aku lebih tua lah...lebih kuat.."Blaze berkata dengan sombong sambil menolak kepala Thorn menggunakan jari telunjuknya.Thorn terundur ke belakang.

     "Perkara kecil tu pun kamu nak bergaduh ke?Sudahlah tu.Kita semua sama saja.Nama pun kembar,mana ada beza.Sudah,sudah.Jangan bising sangat.Nanti terbangun pula Ice,"kata Gempa sambil memandang ke arah Ice yang sedang terbaring di atas sofa.

     "Ceh!Peduli apa aku dengan beruang Polar sesat tu.Hoi,bangunlah!"Blaze berjalan ke arah Ice lalu menarik bajunya.

     "Hah..erm...apa...yang?"Ice masih terpinga-pinga.
     "Apa masalah kau ni?Sakit tau tak!"Ice memandang tajam ke arah Blaze lalu mengangkat tangan kanannya.

     "Tembakan Ais!"

     Blaze sempat mengelak.Dia tersengih.

     "He..he..tak kena.Giliran aku pula!"
     "Tumbukan...Api!!.."

Dan begitulah mulanya kerosakan rumah dan sesi berbalas serangan antara Blaze dan Ice.Gempa dan Thorn berusaha mengelak daripada terkena serangan mereka.Tiba-tiba...

     "Ehemm!!.."

Semua mata tertumpu pada Taufan.Dia tersenyum.

     Gempa terdiam.Thorn masih memegang hujung baju Gempa kerana takut dengan serangan mereka.Sebenarnya,bukan Taufan yang menjadi tumpuan utama tetapi orang yang berada di sebelah Taufan.

Halilintar.

     "Dah puas main?"Halilintar memberi pandangan tajam kepada Blaze dan Ais.

     "Kalau belum,aku boleh tolong meriahkan lagi suasana,"

     Blaze mengangkat sedikit tangan kirinya lalu sejurus kemudian muncul Pedang Halilintar.Pedang yang digeruni oleh Elementalers yang lain.

     Blaze dan Ice berdiri bersebelahan.Mereka tertunduk memandang lantai.Gempa yang berasa simpati dengan mereka terus mencelah.

     "Sudahlah tu,Halilintar.Dorang tak bersalah.Aku yang salah sebab tak jaga dorang.Jangan lah marah dorang lagi,"Gempa berdiri di hadapan Halilintar.

     Halilintar menurunkan pedangnya lalu berpaling ke belakang.Taufan segera menghampiri Thorn.

     Gempa memandang adik-adiknya yang sedang membersihkan ruang tamu itu.Kesian mereka.Tapi jika Gempa didapati membantu,pasti Halilintar berasa marah lagi.

     Gempa mengekori Halilintar yang sedang menuju keluar.

     "Aku tahu kau baik,"Gempa tiba-tiba bersuara.
     "Diamlah,"Halilintar tetap dengan sikapnya.
     "Yelah...aku kenal perangai sebenar kau tu," Gempa masih mengusik Halilintar.Tiba-tiba
Solar muncul sambil tercungap-cungap.Dia membetulkan topinya.

     "Masalah...masalah besar!.."

Solar terus memberitahu.Halilintar dan Gempa berpandangan.

End of part 1...wait for the second part...:-)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 30, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seven ElementalersWhere stories live. Discover now