empat •

203 13 8
                                    

••°❁(✿)❁°••

Selepas beberapa minit yang amat membosankan bagi aku si seketul Zafiera , terpaksa mendengar bebelan dari Afham yang amat panjang dan tak masuk otak sekali pun .

BAHAHAHHA AKU TAK DENGAR PON DIA CAKAP HAPE BENDA~

"Hah , dah sampai.  Kau pergilah jumpa Mrs . Samantha tu " Kata mamat yang malas nak layan budak baru macam aku ni dan terus duduk ke tempat duduknya kut .

"Okey guys. Today we have new student in this class. And you , please introduce now " Kata guru yang ada muka campuran india dan cina itu .

"Um. Right now ??" Tanya aku untuk kepastian . Well , akukan bebal ;)

"Yes"

" Hello , my name is Nuril Zafiera Arina . You also can call me Zaf or Afiey too . Saya baru pindah sini minggu lepas . Dulu saya bersekolah dan tinggal di Shah Alam , Selangor . Sekarang saya tinggal dekat perkarangan rumah banglo seri Bestari. Okey done " bukan la nak berlagak rumah aku banglo ke apa , dah rumah aku memang kat situ .

" Hah Radin , bangun . Pindah duduk disebelah Najwa sana . And Zafierah , awak duduk di sebelah Afham " Mrs. Samantha memberi arahan selaku guru yang berkuasa .

Dengan pantas dan lajunya , Radin berlari anak ke sebelah gadis pujaan hatinya , Najwa Zahidah yang merupakan crushnya sejak menjadi segumpal embrio .

sapa yang tak nak duduk sebelah crush weii ;-;

" Hai wawa" Radin memulakan perbualan sambil menaayangkan wajah malu-malu kucing.

" ooo , Hai Radin " Balas Najwa sambil mengerutkan dahi .

" Afham sila angkat tangan kamu supaya Zafierah mengenal pasti di mana kamu berada " Kata Mrs. Samantha yang ada berpelat slang cina.

Si mamat sebal tu pula lambat-lambat mengangkat tangan sambil memberi senyuman yang sangatlahh palsu . gosh !

" Halah lagi-lagi kau ! Banyak lagi kut tempat kat sini . Apasal lah kat sebelah aku juga kau kena duduk ? Memang kau ni ditakdirkan untuk mengacau life aku ke ? " bebel si Afham sampai boleh didengari aku yang betul-betul duduk disebelahnya.

" Dah tahu tak suka aku duduk sebelah kau , asal tak membantah je bila cikgu pindahkan tempat member kau tu " balas aku sambil menggulingkan biji mata.

Masing-masing tarik muka lalu duduk jauh-jauh . Be like memang musuh ketat gila-gila la duh ;)  Sepanjang dua jam yang lama gila bapok dalam kelas ,  suara pon tak keluar langsung dari tadi. 

[[ GONGG ! ]] Bunyi loceng la dey ~

" Zafi , nak rehat dengan kitorang tak ? " Tanya gadis yang bernametag , Najuwa Zahidah .

" Saya okey je . Jap ehh " balas aku dengan senang hati sambil mengemas alat tulis dan buku yang berteraburan diatas meja .

" Cepat la sikit keluar tu , aku kunci korang dari luar kang  . Kebulur pulak tak makan " sindir Afham dari pintu luar menayangkan muka bosan 

" Kau ni memang tak reti sabar heh ? Tak nampak ke orang tengah kemas beg ? Dah buta ke ? Bukan macam kau ! Meja tak reti nak kemas " Perli aku yang sebenarnya malas nak gaduh firstday sekolah ni .

" biarlah . Meja aku en , bukan meja kau . Sibuk nak jaga tepi kain orang . Dah , keluar cepat ! " si pengawas yang tak bertanggungjawab itu terus-menerus menghalau kami keluar dari kelas.

" tak ada adab " marah Najuwa sambil menjegilkan mata.

••°❁(✿)❁°••

.

Betul Ke, Kau Benci aku? ') [ edited√ ]Where stories live. Discover now