02👶

119 8 0
                                    

Beberapa hari selepas malam candle light dinner mereka berlangsung. Rumah tangga mereka berjalan seperti biasa. Tiada pergaduhan hanya merajuk?

"Tak nak!"

"Ala jomlah."

"Oppa kata no means no!"

"Oppa tak tahu lagi dekat sana. Seronok tau."

Chanyeol terus bangun dari duduknya, "So, sayang pernah pergi sanalah?" tanya dia.

"Arhm adalah sekali." Jawab Joong Eun.

"Bila? Lepas kita kahwin? Ke sebelum?" Tanya Chanyeol, membara.

Joong Eun menelan air liurnya, "2 minggu lepas--"

"Ha?!"

"--waktu Oppa pergi tapak projek." sambung Joong Eun dan menunduk.

Chanyeol menarik nafasnya bagi meredakan amarahnya, dia takut walaupun sesuatu perkataan dapat menyakitkan hati isterinya. Dia tak mahukan tu, "Pergi dengan siapa?" Tanya Chanyeol lembut, mengharapkan isterinya membalas jawapan yang baik-baik.

"Pergi dengan Yugyeom."

'Ouh. Adik angkat.' bisik Chanyeol di hati.

"Kenapa tak bagitahu?" Tanya Chanyeol lagi sambil tersenyum maklum.

"Takut Oppa tak bagi."

"Habis tu, kalau sayang tak bagitahu pun ingat Oppa bagi ke?" Tanya Chanyeol serius.

Muka Joong Eun monyok, "Sorry." katanya.

Chanyeol berjalan menaiki anak tangga dan meninggalkan Joong Eun seorang diri di ruang tamu.

"Oppa." panggilan Joong Eun tidak Chanyeol endahkan. Chanyeol bukan sengaja nak endahkan tetapi permintaan isterinya yang seorang pencinta haiwan, mengajaknya esok untuk ke Taman Kupu-kupu yang sudah setahun dibuka di Seoul. Tahu sahajalah Chanyeol sangat allergic dengan haiwan spesies serangga. Bahkan dia hampir pengsan semasa di kem sewaktu zaman sekolahnya dahulu akibat dari lipas yang memasuki khemahnya, Sehun dan Baekhyun. Malunya dia Tuhan sahaja yang tahu.

Lantaklah seberapa cantiknya kupu-kupu tersebut, kalau namanya tak suka. Jawapannya tak sukalah.

Chanyeol memasuki bilik tidur. Dia pergi ke tandas untuk membasuh muka. Kemudian, kembali ke katil .

Sambil menepuk-nepuk bantal, Chanyeol sempat mengomel, "Asyik-asyik Yugyeom. Yugyeom tu adik angkat je. Nak sibuk kenapa?" Tanya Chanyeol.

Kepalanya dibaringkan di atas bantal. Bunyi pemegang pintu dipulas dari luar. Chanyeol sudah menebak yang itu isterinya. Siapa lagi? Dalam rumah 2 tingkat ni mereka berdua je yang ada. Ha Alia kau jangan.

Chanyeol menaikkan selimutnya hingga ke paras kepala. Senang cerita tutup satu badan.

Joong Eun datang mendekati Chanyeol di ruangan kosong di atas katil bersebelahan dengan suaminya. Tempat tidur Joong Eun.

Perlu ke aku bagitahu?

"Oppa." panggil Joong Eun lembut sambil menggerakkan selimut Chanyeol.

"Hm."

"Mana kepala?" Tanya Joong Eun polos. Chanyeol sempat tersenyum di bawah selimut walaupun dia sedang marah. Tetapi bila teringat betapa innocentnya isteri si Park Chanyeol ni, membuatkan dia tersenyum hingga ke telinga.

'Telinga, telinga jangan mention Alia.' kata Chanyeol di dalam hati.

Chanyeol menurunkan selimut hingga ke paras leher.

Baby Bump [Chanyeol]Where stories live. Discover now