Bab 4

10.5K 814 57
                                    

Aku mengetuk dagu beberapa kali sambil merenung lama memikirkan strategi.

Mana aku nak jalan ni? Jalan yang ni, dapat makan satu. Atau jalan yang ni, tapi dapat makan dua, tapi lepas tu aku pulak yang kena makan. Hmmm...

"Syirah, cepatlah! Aduh dia ni! Fikir bukan main lama! Main dam haji je kot!" lantang suara Aida memarahi aku. Aku lantas tersengih sumbing.

"Sabar la kejap," jawabku lalu memilih pilihan kedua, dia mana aku terpaksa mengorbankan sebiji buah dam aku untuk makan dua buah dam milik Aida.

Mulai Jumaat lepas, sudah berakhirlah perjuangan kami sebagai calon UPSR. Merdeka! Oleh itu, kebanyakan guru tak lagi masuk ke kelas dan membenarkan kami beraktiviti sendiri di dalam kelas. Memandangkan Dian membawa kotak mainan dam yang bermacam ini, maka inilah aktiviti kami hari ini sejak pagi tadi. Main dam, daripada satu ke satu jenis.

"Weh, korang!" suasana yang memang dah hingar di dalam kelas, tiba-tiba semakin hingar apabila Andrew, salah seorang rakan sekelasku menjerit sambil termengah-mengah di belakang kelas. Daripada cara dia tercungap itu, rasanya seperti dia baru sahaja berlari.

"Adha bergaduh!" sambung Andrew sambil menunjuk ke arah tangga yang tak jauh dari kelas kami.

"Mana? Mana?"

Beberapa orang budak lelaki terus bergegas keluar daripada kelas dan menuju ke arah yang ditunjuk Andrew tadi. Manakala aku pula, tercengang-cengang dengan tiga lagi sahabatku itu. Cuba menghadam berita yang kami terima itu.

Bergaduh?

Apabila Dian dan Aida mula bergerak untuk melihat sama, aku turut menolak kerusi untuk bangun daripada dudukku dan berjalan laju keluar daripada kelas. Daripada koridor, aku mengintai ke arah tangga mencari-cari susuk orang bergaduh yang dikatakan Andrew.

"Arghhhhhh!!! Sakit!!! Arghhhhh!!!!" Dan kala itu telingaku menangkap suara kuat orang menjerit kesakitan. Terus sahaja aku mara dan cuba menempatkan diri di kalangan rakan-rakan lain yang sibuk melihat juga. Kala itu mata aku menangkap satu susuk berbaju biru pengawas sedang terbaring di lantai. Mungkin dia yang menjerit-jerit kesakitan tadi. Beberapa orang cikgu dan murid lain mengelilinginya. Di tepi sudut bertentangan, aku nampak Adha sedang berdiri tegak memandang murid yang terbaring itu.

"Apa kena dengan kamu ni Adha? Tak sudah-sudah buat perangai!" tiba-tiba suara Cikgu Sahlan, guru disiplin kami bergema kuat menengking Adha. Terus mata beralih ke arah Adha. Jelas, dia ketakutan ditengking begitu, namun dia diam tidak menjawab. Hanya menunduk.

Aku tertunduk-tunduk cuba melihat siapakah gerangan pengawas yang malang itu.

"Ei, jahat la Adha ni! Kesian Shauqi!" entahkan siapa yang berbicara, namun telingaku menangkap jelas kata-kata itu.

Shauqi? Shauqi si ketua pengawas yang handsome tu?

Aku memicing mata nak memastikan apa yang ku dengar itu.

Ya, pasti! Memang Shauqi yang sedang terbaring kesakitan itu.

"Shauqi, kamu kena cuba bangun. Kita ke bilik sakit, ya?" pujuk cikgu perempuan yang merawat Shauqi.

"Argghhhhhh! Tangan saya sakit, cikgu! Tak boleh gerak!" dan aku lihat Shauqi mengaduh lagi.

"Saya rasa kena bawak pergi hospital ni, cikgu! Kemungkinan besar, retak atau patah ni," beritahu cikgu perempuan itu kepada Cikgu Sahlan. Cikgu Sahlan mendengus lagi, kemudian memandang Adha tajam.

"Baik, cikgu. Tolong bawa Shauqi ke hospital terus. Boleh minta Abang Mat pandukan ke sana. Saya akan susul kemudian. Saya perlu ke pejabat untuk maklumkan hal ni pada guru besar, dan beritahu keadaan Shauqi pada ibu-bapa dia," jawab Cikgu Sahlan.

3. The Bad Boy's Girlfriend [Telah Terbit E-book]Where stories live. Discover now