Bab 2

13.5K 812 184
                                    

AKU tunduk di meja makan itu. Abang masih galak mentertawakan aku.

Kurang ajar abang! Jagalah kau! Nanti aku pancitkan tayar motor kau, Bang!

"Abang! Sudah tu!" Marah Ibu.

"Yang kakak pun, yang kakak menangis mengongoi tu kenapa? Pergi je la ke bilik guru. Beritahu ustaz ke ustazah ke yang beg hilang. Ini tak! Kakak menangis macam budak tadika!" bebel Ibu.

Aku berdecit. "Masalahnya Ibu, bilik guru pun akak tak tahu dekat mana!" aku memberi alasan. Memang betul pun! Aku tak tahu pun bilik guru dekat mana. Panik lagi beg dah dirembat orang, maka, menangis je la solusinya!

Dira turut ketawa. Ha elok dua ekor ni! Ketawa! Ketawa!

"Dah tu, kelas Dira, akak tau pulak nak cari?" tanya Dira.

Aku berdecit.

Aku menggigit kuku, tak tahu apa yang patut aku buat kala itu. Berjalan ke hulu ke hilir di dalam tandas itu. Aku tak tahu aku kelas mana, sebab belum sempat tengok nama kelas di atas kertas pendaftaran tu tadi. Dan aku tak cukup yakin diri untuk terus aci redah je masuk ke semua kelas tahun 6 untuk tanya sepatutnya nama aku di kelas itu ke tidak. Aku juga tak tahu mana letaknya bilik guru untuk dapatkan bantuan. Tak dilupakan, aku juga dah lambat, sebab aku dah dengar bunyi loceng tanda waktu persekolahan dah bermula.

Apa aku nak buat ni oi?!

Mata mula terasa panas. Airmata mula bergenang.

Ibu!!!! Tolong kakak!

Di kala aku berusaha sehabis boleh untuk menahan airmata aku keluar, wajah sang adik terbayang.

Dira! Hah, lebih baik aku cari Dira!

Seperti ada mentol yang di atas kepala, aku mendapat idea untuk mencari Dira untuk membanti aku. Lantas aku keluar daripada tandas dan berjalan terus ke kelas Dira. Tiba di luar kelas 4 KHAWARIZMI itu, aku terintai-intai ke dalam. Mata menangkap adik aku sedang duduk tegak memberi perhatian kepada ustaz di hadapan kelas.

"Dira, pusinglah sini! Dira, pandanglah akak!" ucapku perlahan berharap adikku itu akan sedar kewujudan aku di luar kelasnya ini.

"Awak buat apa di sini?" entah dari mana, tiba-tiba ada satu suara menegur.

"O mak kau!" dek kerana terkejut disergah, aku terus melatah kuat. Apabila aku menoleh ke belakang, aku lihat seorang ustazah kecil molek berdiri dengan buku, juga rotan halus sebatang berdiri di belakang aku. Aku telan air liur.

"Saya... err.. saya nak jumpa adik saya, Ustazah," beritahuku sambil menunduk menguis baju kurung putihku itu.

Ustazah itu berkerut. "Adik kamu? Dah tu, kenapa tak ketuk pintu? Terintai-intai dekat sini macam tikus kenapa?"

Aku menunduk ketakutan. Sekali lagi, terasa airmata dah memenuhi ruang mata.

"Kak!" Terus sahaja aku mengangkat wajah apabila terdengar suara adikku itu.

Alhamdulillah, Dira dah keluar.

"Maaf ustazah!"

Ustazah itu mengeluh dan mengangguk. "Sekarang dah mula waktu belajar. Jangan lama-lama sangat. Cepat masuk ke kelas." Pesan ustazah sebelum berjalan pergi.

Kami dua beradik hanya mengangguk.

"Kau kenapa?" tanya Dira.

Aku pandang Dira dengan mata yang berkaca, "Dira....beg aku hilang!" dan aku terus menangis mengongoi di depan pintu kelas Dira.

3. The Bad Boy's Girlfriend [Telah Terbit E-book]Where stories live. Discover now