Hidung yang berhingus disedut kedalam. Maryam Haura mengeluh berkali-kali. Entah keluhan yang keberapa belas kali untuk hari ini. Keluhan berat yang hanya Maryam sahaja yang tahu.
Tuhan tak suka orang mengeluh, itu sama saja dengan manusia yang tidak reti nikmat bersyukur. Tapi Maryam lelah. Dirasakan hanya dengan mengeluh saja beban yang terpikul dalam diri hilang bagai angin lalu.
Maryam bangkit berdiri. Sisa-sisa daun yang terlekat pada belakang seluar track yang dipakainya disapu kasar. Sempat hujung mata mengerling keluasan padang bola yang penuh sesak dengan khemah-khemah melatari kiri dan kanan.
Mulut Maryam yang pucat tercebik sedikit. Memerhati manusia-manusia yang bergelak ketawa dipadang bola tersebut buat hati Maryam meluat.
Beg sandang lusuh yang berada diatas rumput dicapai. Terus disauk beg tersebut kebelakang tubuhnya. Lebih baik pulang daripada terus duduk disitu. Sekurang-kurangnya kerja dirumah lebih banyak daripada disini.
"Awak tak join mereka haura??"teguran daripada guru wanita yang kebetulan lalu disitu menyentakkan Maryam.
Cikgu Auliah mampir mendekat kearah Maryam. Berkerut dahinya memandang wajah si anak murid yang nampak terasing dari pelajar yang lain. Bercakap pun amat jarang. Boleh dikir berapa patah perkataan sangat yang keluar dari bibir pucat itu.
Maryam geleng kepala. Ditundukkan saja muka bila melintasi badan Cikgu Auliah. Bibir bagaikan terkunci mahu bersuara.
Tapi lain pula bila lengan Maryam ditarik perlahan.
"Awak ada masalah ke? Cikgu boleh dengar kalau awak nak kongsikan apa-apa. "Cikgu Auliah menghalang langkah Maryam. Wajah pelajarnya ditenung tanpa mahu menoleh. Bimbangnya lain macam pula bila melihat raut Maryam yang pucat tak berdarah.
Maryam geleng kepala lagi. Bibir diketap seraya menarik kembali lengannya yang dipegang Cikgu Auliah."Awak sakit? Kenapa muka awak pucat sangat.."ada nada bimbang dari tutur kata Cikgu Auliah.
"Saya nak balik. "Maryam bersuara akhirnya. Tidak tahan mahu bersoal jawab dengan gurunya ini. Sebelum ini tak ada pula Cikgu Auliah berperangai sebegini.
Bila berjumpa sepatah soalan pun Tak akan ditanya walau pucat macam mana pun keadaan Maryam.
Cikgu Auliah berubah riak. Terus dianggukkan kepalanya menyedari sikap diluar kawalannya. Nampak sangat perangai ambil beratnya menrimaskan Maryam.
Tak apalah. Esok masih ada lagi. Mungkin hari ini Maryam berat mahu membuka mulut memberitahu ceritanya.
"Waktu sekolah belum habis lagi kan? "Dikerling jam pada tangan. Masih awal lagi untuk balik. Bas sekolah pun pastinya belum ada.
Maryam diam. Menunduk saja wajahnya kebawah. Memandang kasut yang sudah terkoyak dikakinya. Warnanya juga sudah pudar. Tiada lagi warna putih seperti kasut pelajar-pelajar lain.
Maryam malu?
Jawapannya tak! Maryam tak pernah malu dengan keadaan hidupnya. Apa yang pasti, dia bersyukur! Bersyukur masih dapat bersekolah walaupun banyak rintangan yang perlu dia lalui.
"Awak Kelab yang mana satu? Jom, cikgu temankan pergi sana. "Cikgu Auliah cuba pancing minat Maryam. Sudah semakin ramai pelajar yang mengerumuni khemah. Maklum sajalah, tahun ini semua kelab perlu mengambil bahagian untuk menyasarkan jualan masing-masing.
"Saya tak ada kelab! "Walaupun bernada perlahan tapi kedengaran Agak keras ditelinga Cikgu Auliah.
"Tak mungkinlah. Semua pelajar kan ada kelab masing-masing. Kenapa nama awak boleh tercicir pula. "Dahi Cikgu Auliah berlapis. Ada ketawa menghiasi bibir guru muda itu. Tidak percaya mungkin dengan omongan Maryam.
YOU ARE READING
Maryam Haura (Ebook)
RomanceMARYAM HAURA - Dia seorang gadis yang berasal dari golongan tidak berharta. Miskin! Seringkali dipandang serong kerana hidupnya yang serba kekurangan. Memang benar dia miskin. Kehidupannya juga tidak indah. Harga dirinya tercalar gara-gara lelaki ya...