SEBOTOL besar air mineral dicampak ke badan Maryam yang masih berada diatas katil.Berbaring mengiring ke kanan tanpa mahu menoleh kebelakang melihat Zayyad yang sudah siap mengenakan pakaian lengkap. Hanya Maryam saja yang tidak berganjak dari tidurnya.
"Hei.."Belakang Maryam dicuit dengan hujung jari. Seluruh tubuh itu dibalut dengan selimut dari hujung kaki sampai ke pangkal leher.
Botol mineral yang mengenai belakangnya Maryam tidak ambil.Malah dibiarkan saja disitu.Jujur tekak Maryam masih terasa haus. Dahaga yang dirasakan hampir 4 hari tidak minum memang sangat memeritkan. Mahu bersuara pun rasanya payah untuk Maryam lakukan.
"Air tu kau nak minum ke tak?! "Sengaja soalan itu diajukan kepada Maryam walhal Zayyad tahu Maryam memang sedang kehausan.
Maryam diam. Mata dipejam rapat. Buat-buat tidur. Hatinya masih sakit dengan kejadian semalam. Dua kali Zayyad buat tubuhnya bagai perempuan yang tiada harga diri. Dua kali juga Maryam terpaksa merelakan tubuhnya menjadi mangsa buas lelaki itu.
"Baik,Kalau kau taknak. Aku ambil balik air ni. Lepas ni kau jangan merayu dekat aku kalau kau haus."Botol dicapai. Berura-ura mahu pergi.
Cadar digenggam kemas. Maryam mahu menghalang namun tubuhnya menegah.
Zayyad cuba mencari reaksi Maryam disebalik belakang badan perempuan itu. Namun tiada tanda-tanda Maryam mahu bangkit menghalangnya. Sudahnya Zayyad merengus kuat.
Degil betul Maryam!
Kaki diatur menghala berdepan dengan Maryam yang masih memejamkan mata. Zayyad tahu Maryam tidak tidur. Maryam hanya berpura-pura tidur.
"Bangun! "Selimut diselak kasar.Riak Zayyad berubah bengis.
"Aku nak tidur.. "Perlahan nada Maryam. Tekaknya perit mahu bersuara. Malah, mahu bergaduh dengan Zayyad pun Maryam tidak larat. Seluruh badannya sakit, tekaknya pula seperti pasir bila menelan air liur.Selimut ditarik balik menutupi tubuhnya yang terdedah.
"Tidur? "Gelak terhambur keluar. "Kalau kau nak tidur,malam.. Bukan siang buta macam ni! "
"Kau nak apa? Semalam aku dah bagi apa yang kau nak, hari ni aku harap kau jangan ganggu aku."Maryam mengiring pula membelakangi Zayyad.
Pinggang dicekak. Botol mineral yang masih dalam pegangan diramas kejap sebelum dibaling kelantai. Semakin Maryam melawan semakin Zayyad mahu Maryam terseksa.
T-shirt polo yang sudah kemas tersarung pada susuk tubuh tegapnya Zayyad buang. Tali pinggang dilonggarkan namun tidak dicabut. Kancing seluar jeans dibuka. Zayyad naik keatas katil lalu bertindak menindih tubuh Maryam.
Jeritan kedengaran melihat situasi Zayyad yang sudah berada diatas tubuhnya. Mata bulat memandang Zayyad yang sudah tidak berbaju.
"Kau nak tidur sangat kan?!!Hari ni aku nak kau layan aku sampai aku puas! Selagi aku tak puas jangan harap aku nak lepaskan kau.."Selimut dicampak sehingga jatuh kebawah katil. Tubuh Maryam yang masih tidak berpakaian dijamah mata jantannya. Liur ditelan. Awalnya mahu mengertak tapi nampaknya nafsu Zayyad yang tewas.
Anak mata tunak jatuh kearah kesan-kesan merah yang berada dileher dan dada Maryam. Kesan perbuatan serakahnya semalam.
"Kalau aku mengandung, kau nak bertanggungjawab? "Maryam menyoal bila bibir Zayyad sudah mahu mengenai bibirnya. Perbuatan Zayyad terhenti. Wajahnya yang sangat hampir dengan Maryam saling bertatapan.
Maryam senyum segaris. Senyum dalam paksa. Bibir Zayyad yang hampir bercantum dengan bibirnya, Maryam kucup lembut. Airmatanya yang bertakung menitis jatuh.
Baru saja Zayyad mahu larikan bibirnya dari Maryam, lehernya tiba-tiba dilingkarkan dengan kedua-dua belah tangan Maryam. Zayyad kaku.
"Kalau kau mengandung aku takkan bertanggungjawab.. "Baru sesaat tautan bibir dileraikan, Zayyad memberikan jawapan dengan penuh keyakinan.
YOU ARE READING
Maryam Haura (Ebook)
RomanceMARYAM HAURA - Dia seorang gadis yang berasal dari golongan tidak berharta. Miskin! Seringkali dipandang serong kerana hidupnya yang serba kekurangan. Memang benar dia miskin. Kehidupannya juga tidak indah. Harga dirinya tercalar gara-gara lelaki ya...