Maryam Haura 8

13.5K 413 9
                                    

MARYAM bangkit daripada pembaringan. Seluruh tubuhnya terasa sengal. Dahi pula masih perit kesan hantukan semalam.Maryam lilaukan mata memerhati seluruh ruangan bilik yang dihuni.

Kejadian semalam masih segar dalam ingatan Maryam. Mana mungkin Maryam boleh lupa bila Zayyad membawanya entah kemana. Tapi semalam Maryam pengsan, dimana kedudukan mereka sekarang Maryam tidak dapat tebak dengan tepat. Masih di Malaysia atau sudah jauh lelaki tak guna itu membawa dirinya?

Kaki Maryam berdiri. Diperhati tubuh badannya yang masih berbalut pakaian dan tudung yang sama seperti semalam. Hujung tudungnya pula sudah diisi dengan tompokan darah merah yang sudah kering. Pastinya dari dahinya semalam.

Maryam berjalan sehingga sampai kepintu bilik. Dia mahu keluar dari ruangan ini. Lagipun, apa motif sebenar Zayyad mahu mengheretnya kesini?Balas dendam sebab jampi Adik dia? heh!!

Entah jampi apa yang Zayyad mengarutkan Maryam tidak tahu.Seumur hidup jumpa bomoh pun Maryam tidak pernah inikan pula nak pakai jampi untuk orang lain. Memang gila!

Tombol pintu dipulas tapi tak boleh. Maryam merengus kasar. Berkali-kali Maryam cuba namun masih sama. Zayyad menguncinya!!
"Bukalah setan! Apa kau nak buat dengan aku sebenarnya?!!"Dihentak pintu bilik kayu tersebut sekuat hati Maryam. Tidak cukup dengan hentakan,kaki Maryam juga digunakan untuk menendang pintu itu. Sia-sia saja usahanya bila tangan dan kakinya sudah berdenyut-denyut. Ada kesan goresan di kedua-dua belah buku lima Maryam.

"Kau kurung aku kat sini kenapa?!"tubuh Maryam melorot jatuh kebawah.

Klak!!

Tubuh Maryam automatik tegak berdiri.Pintu bilik sudah dibuka dari luar. Zayyad masuk kedalam.

Bola mata Maryam tajam memanah Zayyad.

"Nasi untuk kau. Makan!! "Plastik berisi nasi bungkus dan air mineral dicampak kekaki Maryam.

Maryam berdesis sinis.Bungkusan plastik tersebut disepak Maryam sehingga kepenjuru dinding. Berterabur nasi tersebut.

"Bawa aku keluar dari tempat najis kau ni!"Pekik Maryam kuat.

Rahang Zayyad bergerak-gerak. Tangannya juga sudah dikepal menjadi penumbuk.

"Bila aku suruh makan kau sepatutnya makan. Bukannya Kuatkan suara kau depan aku perempuan!!"Zayyad tinggikan suara. Tangannya naik menyentap tudung bawal yang dipakai Maryam sehingga terdongak kepala keatas.

Maryam sengih menyindir.Air liur yang dikumpul dalam mulutnya diludah tepat kemuka Zayyad. Kali kedua Maryam melakukan hal itu. Sengihan puas ditayang.

Zayyad berang. Tubuh kecil Maryam ditolak kasar sehingga jatuh kelantai. Kuat! Kesan ludahan liur Maryam dikesat kasar.

Maryam mengaduh sakit. Perit sekitar pinggang dan punggungnya bila ditolak begitu kuat.

"Jangan buat aku hilang sabar dengan kau Maryam. Waktu tu kau meraung merayu dekat aku pun tak ada guna!! "Ugutan keras Zayyad lemparkan. Maryam sekarang makin berani mencabar egonya.

"Kenapa? Kau nak buat apa dekat aku?! Nak rogol aku ataupun nak bunuh aku?! Hei, aku tak kisahlah kau nak buat apa pun dengan aku sebab aku tak takut dengan lelaki tak guna macam kau ni!! "Jerit Maryam berani. Bergema suaranya dalam bilik tersebut.

"Aku memang nak rogol kau lepastu aku nak bunuh kau then campak kau dekat tengah laut. Biar dimakan jerung. Baru puas hati aku!! "

Maryam telan liur. Ngeri mendengar. Kalau Zayyad orangnya kejam lelaki itu pasti kotakan apa yang diucapkannya.

"Buatlah! Aku nak tengok sejauh mana kau boleh lakukan! "Cabar Maryam.

Tajam Zayyad memandang Maryam. Jangan dicabar ego seorang lelaki kalau kau taknak menyesal Maryam!! Kau tak tahu lagi apa aku akan buat untuk seksa kau sebab dah rendahkan ego aku!

"Jangan menyesal lepas ni! "Gumam Zayyad keras.Kaki menendang kuat pintu yang ternganga. Berdentum bunyi hempasan pintu tersebut.

Maryam tersentak. Rasa takut dengan sendiri menjentik perasaan bila melihat Zayyad sudah membuang baju t-shirt yang dipakainya.

Baru Maryam mahu bangkit berdiri Zayyad sudah bercangkung didepannya. Buntang mata Maryam bila tudungnya sudah direntap sehingga tercabut. Rambutnya sudah berserabai.

"Tak jijik ke nak rogol aku?!"Maryam bersuara saat Zayyad sudah membenamkan bibirnya kesekitar leher miliknya.

Zayyad sengih sinis disebalik leher Maryam.Dicium leher putih itu sekilas sebelum dia turut bersuara.
"Kalau aku rogol, Kau tak rela macam ni."Zayyad sambung kembali ciumannya bersama senyuman sinis menghiasi wajah. Maryam langsung tidak meronta dengan perbuatannya. Seperti rela tubuh itu Zayyad takluki.

Rela? Maryam pejam mata. Baru terasa hembusan nafas Zayyad menampang mukanya Maryam bagaikan tersedar. Terus ditolak kasar muka Zayyad yang berani memagut bibirnya.

"Tak guna!! Tak guna!! Tak guna!!"Badan dijauhkan dari Zayyad. Dijeritkan perkataan itu berulang kali. Sekitar lehernya yang pedih ditekup dengan telapak tangan.

Zayyad mendekat. Kancing seluar jeansnya dibuka. Dilonggarkan tali pinggang dari seluar.

"Kau jangan dekat Zayyad!! Kau dekat aku bunuh kau!! "Diundurkan badan kebelakang sedikit demi sedikit. Zayyad makin menghampiri.

Ada bunyi ketawa dibibir Zayyad.

"Kau jangan ingat aku main-main?!"Jerkah Maryam. Perasaan takut makin menebal. Meliar bola mata mencari apa-apa objek yang boleh dijadikan bahan senjata. Tapi apa yang terlihat dimata Maryam hanya sebotol air mineral yang dibeli Zayyad. Pantas saja dicapai botol tersebut,Lantas diacukan kepada Zayyad.

Tergelak Zayyad melihatnya. Botol air mineral digunakan untuk membunuh. Lut ke?

Zayyad menapak tanpa perasaan takut. Setakat botol air mineral jangan ingat Maryam boleh menakut-nakutkannya. Tak dinamakan anak jantan lah kalau tengok botol mineral pun dah kecut perut.

"Sial kau!! Lepaslah.. "Rontaan Maryam makin kuat bila Zayyad mencengkam lengannya lalu diheret ke sebuah katil. Katil yang sama dimana Maryam tidur semalam.

"Lepas? Aku boleh lepaskan kau selepas aku dapat apa yang aku nak. "Maryam dihempas jatuh kekatil. Tubuh yang mahu bangkit itu ditindih. Kedua-dua belah tangan Maryam yang meronta dipakukan kemas oleh tangan kekarnya.

"Dasar anak setan!! Kalau kemaruk sangat nak rasa tubuh perempuan pergi cari orang lain!Jangan nak ratah tubuh aku!! "Merah padam wajah Maryam kerana menjerit. Mukanya yang sedia pucat makin pucat warnanya.

Riak muka berubah. Zayyad ketap gigi mendengar ucapan lancang dari Maryam. Kerana amukan dalam diri Zayyad benamkan bibirnya pada bibir Maryam yang separuh terbuka. Dikemam ulas bibir Maryam sampai dia puas. Nafas Maryam yang hampir hilang akibat ciuman ganasnya tidak dipedulikan.

Menyedari tubuh Maryam longlai tidak melawan Zayyad hentikan perbuatannya. Bibirnya dilepaskan dari tautan. Wajah Maryam yang pucat lesi ditenung. Mata perempuan itu terpejam rapat.

Zayyad mengeluh. tindihan pada tubuh Maryam dirungkai. Zayyad duduk disebelah gadis itu dalam keadaan berbaring.Nafas didada Maryam yang turun naik diperhati Zayyad.

Mata tertacap pada ulas bibir Maryam pada bahagian atas. Ada luka disitu akibat ciuman ganas darinya.Bila turun pada leher Maryam, Zayyad telan liur berkali-kali. Nampak jelas kesan lebam merah dibeberapa tempat pada leher wanita itu.

Tiga teratas butang baju kemeja Maryam yang terbuka kerana perbuatannya dipandang. Butangnya sudah tiada disitu kesan rentapan Zayyad, menampakkan baju singlet yang dipakai Maryam.

Kelompak mata ditutup. Zayyad tidur disisi Maryam yang pengsan!

Maryam Haura (Ebook)Where stories live. Discover now