Dugaan apakan ini ?

46 5 5
                                    

'YaAllah , jika benar ini jodoh yang sudah tertulis di Luh Mahfuz , kau permudahkan segalanya' getus hatiku .

Sumpah . Aku takut nak lalui hidup baru dengan orang baru . Lagi lagi dengan manusia yang aku tak pernah kenal asal usul , perangai dia macam harimau ke , sotong ke , panas baran ke . Harap bukan sejenis kunyit dah lah . Haha .

"Auji , kamu dah siap ,nak ? " Pintu ditolak ibu perlahan .

"Sikit lagi bu " YaAllah berdebar !

"Cepat ji , ayah dah ada dalam kereta . Nanti lambat , malu dibuatnya . " Bergegas ibu berjalan ke arah muka pintu . Sungguh kemas pakaian ibu harini . Baju kurung pahang dipilih beserta shawl biru laut . Cantik .

"iye bu" Pergerakan dicepatkan kalau taknak berasap telinga . Kalau lambat sikit lagi , memang telinga takkan function dengan baik dah lepas ni , less sensitive to sound sebab dengar ceramah ibu dari Pahang sampai KL . Aduh ! Dahlah aku jenis travel sickness , matilah aku .

Perjalanan dimulakan dengan bismillah dan doa . InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik . Amin . Tapi rasa mual dah datang ni . Parah !
............................................................

"Please lah mommy , zaryan tak nak lah jumpa dengan aunty zara tu , zar busy ni "

" Zar , mommy cuma nak kamu pergi jumpa dengan dia sebab kamu ni pihak lelaki , kamu kena lah jumpa dengan bakal mak mertua kamu , mommy and daddy dah settlekan semua persiapan perkahwinan kamu , jadi tolonglah jumpa aunty zara sekejap "

" Zar tak pernah setuju pon nak kahwin dengan perempuan pilihan mommy . Entah entah saja nak kikis duit mommy daddy . Sama dengan Helena , Gold Digger !  " tercungap cungap nafas lelaki itu menahan amarah kerana satu kejadian . Kejadian hitam yang tak pernah dia lupakan .

" Zaryan Affendi , bawak mengucap nak . Jangan samakan semua perempuan dengan Helena . Bukan semua berperangai macam dia . Sudahlah zar , mommy dan daddy bukan muda lagi , kami dah separuh abad . Kami percaya pilihan kami kali ini boleh jaga makan pakai kamu . Dia anak yang baik ." terang Puan Zunita . Faham benar perasaan anaknya yang pernah disakiti suatu ketika dahulu namun dia tidak akan membiarkan anaknya membujang sampai ke tua .

Lelaki berumur 2 dekad 6 tahun ini lengkap berpakaian casual , simple tapi kemas . Kacak ? Gila tak ? Sebut je nama Zaryan Affendi , beratur perempuan KL nak rapat dengan dia . Tapi perangai , nauzubillah . Perasaan perempuan jadi mainan . Hari ni ayat manis , esok lusa tinggal . Dah ambil hati , then pergi . Suka benar hatinya melihat kaum hawa diremukkan hati mereka . Padan dengan muka katanya . Semua wanita dianggap murahan kerana seorang insan . Insan yang paling dicintai dan kini paling dibenci kerana cinta yang pernah dipegang dan dibelai , dibuang begitu sahaja atas sebab harta .

"Zar boleh kahwin dengan pilihan mommy , tapi dengan satu syarat . Mommy tak boleh paksa Zar untuk sayang dia . Kalau Zar tak mampu jadi suami yang baik , Zar mintak maaf . Hati Zar bukan senang nak terima sape sape untuk jadi teman hidup Zar . Jika satu hari nanti , Zar terpaksa lepaskan dia , Zar minta maaf . "

Nak terhenti jantung Puan Zunita mendengar setiap bait perkataan yang dihembus Zaryan . Dia tahu bahawa anaknya tidak pernah menyelitkan gurauan dalam setiap perkataan . Namun dia lega kerana Zaryan sudah mula menerima cadangannya .

"Zar , mommy anggap semua perkara yang Zar cakap tak kan terjadi . Sebab mommy tahu and mommy percaya , dia akan buat Zar buka hati Zar untuk terima dia , because i can feel that she's the one that can comfort you , that can be your best listener and best wifey . Trust me " Tenang sahaja perbualan kali ini . Setenang hatinya percaya bahawa perempuan pilihan nya akan menjaga anak lelaki tunggalnya itu . Ya , dia yakin .

Bingkas bangun sambil mencapai jaket kulit yang juga pemberian seseorang , Zaryan menuju ke ruang tamu dengan rasa malas yang amat . Ah , apa pula lepasni . Berbual , buat buat suka ? Memang dia benci .

"Zaryan , ke sini nak . Perkenalkan , ini bakal keluarga mertua kamu .  " Tan Sri Azrai menarik lembut tangan Zaryan  Lembut , tak pernah dipukul anak bujangnya itu .

Sunyi tanpa suara , senyum juga tidak . Hanya sekilas pandangan dan dia sambung bermain dengan handphone nya . Bukan ade chat yang masuk pon , namun saja disibukkan dirinya .

"Zar , dengar tak apa yang daddy cakap ni ?" Agak tinggi suaranya kali ini namun masih lembut didengari .

" Ya , Zar dengar . Assalamualaikum uncle , aunty . " Ringkas . Mungkin tidak ingin ayahnya malu .

"Takpe lah Jai , aku tahu situasi anak kamu , tak pelah . " Dato' Arfan mungkin seorang yang agak tegas , namun dia tahu kisah silam Zaryan . Faham benarlah dia dengan bakal menantunya itu .

"Zar , perkenalkan , ni Dato' Arfan Salleh , bakal bapa mertua kamu . Ni pula isterinya , Puan Nora . Dan ini , perempuan yang manis ni , bakal isteri kamu , Auji Natalia . "

"Zar nak keluar kejap , ada urusan pejabat . Maaf uncle aunty . Zar pergi dulu , Assalamualaikum " Jaket dipakainya sambil bingkas beredar dari ruang tamu . Tidak ada hati nak berkenalan dengan keluarga mertuanya . Namun dia sempat memandang bakap isterinya . Kecil . Berjilbab . Boleh tahan juga . Mungkin baik . Ah , semua perempuan sama . Terus beredar sambil beribu yang bermain diminda .

"Maaf Fan , kau tahu anak aku macam mana kan , nanti aku pujuk dia . Silalah minum sebelum sambung berbincang " lantas permohonan maaf diucapkan . Malu , tapi nasi sudah menjadi bubur . InsyaAllah Zaryan akan berubah selepas berkahwin . Amin Ya Rabbal Alamin .

'YaAllah , dugaan apa ni yaAllah , aku takut nak bersama dengan dia , permudahkan aku yaAllah ' bicara hati kecil Auji disebalik senyuman yang dilemparkan . Hatinya , Allah sahaja yang tahu .

————————————————

* So guys , hows the first chapter ? Im too busy lately so ingat nak publish this chapter 2 hari lepas tapi my adik masuk ward . He' s having mumps and i tak boleh nak concentrate writting so sorry . Next chapter in progress so do support me okay , xoxo bye !❤ *

Best wifey , Love . Where stories live. Discover now