Bab 1

617 30 2
                                    

Bismillahirahmanirahim dengan nama Allah aku mulakan segalanya. Segalanya.. maksud aku mulakan hidup yang baru dengan satu tujuan sahaja. Ya kepadaNya

"Sayang!" Laung seseorang dari bawah.

Ah siapa saja yang berani membuat bising pagi-pagi ni?

"Sayang" panggilnya lagi.

Aku menutup telinga dengan bantal lalu kelopak mataku kembali rapat.

"Sayang! Orang teriak dari bawah tadi tapi sayang tak bangun-bangun kenapa? Kita dah lewat ni sayang kejap lagi kan kita ada mesyuarat" Katanya lembut. Ah pedulikan dia jum kita sambung tidur !

Tiba-tiba aku terasa bantalku ditarik seseorang. Tak itu aku tak kisah tapi yang aku kisah sekarang ni telinga aku dipiatnya.

"Auw..auw sakitlah abang" aku menepuk tangannya.

Aku membangkitkan tubuhku

"Bisinglah abang ni haish.." mata aku gosok berkali-kali. Aku mendapat akal

"Eh abang apa tu?" Aku menunjuk ke arah dinding yang sememangnya kosong.

Dia menoleh ke belakang melihat ke arah yang aku tunjukkan

"Tak ada apa pun sa.." ayatnya terhenti tatkala melihatku telah lena kembali

"Bertuah punya budak.."

"Okay degil eh.. fine!" Katanya tegas. Tiba-tiba aku terasa seperti terbang ye terbang di angkasa lepas

Bush!

Aku selamat mendarat di dalam tub mandi di bilik air.

"Mak oi sejuk gila air" mataku serta merta segar.

Aku lihat Qif sudah senyum kemenangan.

"Terima kasih wahai suami tercinta atas KEJUTANMU di pagi hari yang indah ini" sengaja aku tekankan kejutanmu itu padanya tanda yang aku betul-betul marah

"Sama-sama isteriku" dia ketawa kecil lalu keluar dari bilik mandi meninggalkan aku.

"I give you 20 minutes to get ready or else you know it right?" Katanya ketika di muka pintu.

Faham sangat dengan dia tu ergh!

~

Aku terlalu sibuk menerangkan tentang projek terbaru kami di Pahang pada semua pekerja iaitu projek besar untung berlipat kali ganda !

Segala masalah peribadi letak tepi dahulu.

Usai mesyuarat berlangsung aku mengajak Qif untuk makan tengah hari walaupun sebenarnya sudah terlalu lewat kerana jam sekarang sudah mencecah angka 4 petang .

"Makan pun sempat tidur ke?" Kata Qif terang-terangan. Aku mencebik. Orang makan lambat pun membebel.

"Lis mengantuk lah abang" nasi aku suap ke dalam mulut perlahan-lahan

Teng!

Suduku terjatuh ke lantai tiba-tiba. Qif menggeleng-gelengkan kepalanya melihat kejadian itu.

"Are you so sleepy?" Soalnya. Aku tersengih cukup sekadar menjawab soalan Qif.

"Sayang nak balik ke?" Soalnya setelah mengambil semula suduku yang terjatuh. Aku menggeleng

"Habis tu masih nak kerja?" Soalnya lagi. Aku mengangguk

"Okay" ujarnya ringkas.

Perbualan kami tersangat ringkas dan padat serta membosankan.

"Konon nak sambung kerja tak nak balik rumahlah apa lah tapi..." Qif memandang isterinya yang sedang diulit mimpi indah di atas sofa di bilik kerjanya.

Mission Started : Yang TerindahWhere stories live. Discover now