WAU-Bab 7

99 9 0
                                    

            [ Media: Habaek's Park]

Keadaan di dalam kereta Viva Jane sangat sunyi.Hanya di temani dengan bunyi radio.Untuk mengelakkan suasana kekok berpanjangan, Jane memulakan perbualan.

  "Jadi kita nak ke mana ni Chris?"Tanya Jane.Sudah 30minit dia memandu tanpa hala tuju.

  "Entahlah Jane.Tapi kan, kenapa alat awak tu tak berfungsi bila kita nak cari Spectrum?"Tanya Chris kehairanan.Masih ingat akan tadi semasa Jane cari lokasi Spectrum melalui GPS.Bila Jane cari lokasi tu, terus saja GPS tu cakap 'Harap maaf.Lokasi ini tidak dikerahui'.Apa lagi, naik gila lah si Jane..

  "Aku pun tak tahu.First time GPS ni buat perangai."Bengang dengan GPSnya itu.Lagipun, GPSnya tidak pernah buat masalah, selama ni okay jerr..

  "Jadi, macam mana nak cari tempat tinggal saya kalau macam ni?"Tanya Chris.Rindu yang teramat pada keluarganya yang berada di Spectrum itu.

  "Hmmm..hah!!Apa kata kalau kita pergi taman yang kita jumpa pertama kali tu.Mungkin kau boleh ingat macam mana kau boleh tiba-tiba ada kat taman tu."Cadang Jane.

  "Iya lah.Tak terfikir pulak."

  Jane memandu kereta comelnya itu menuju ke Habaek's park.

  "Okay dah sampai.Jom turun."Ajak Jane lalu disambut dengan anggukan Chris.

  "Kita nak mula kat mana ni?"Chris menanya sambil matanya melilau seluruh taman itu.

  "Apa kata kita mula kat....hah! situ!"Jane menunjuk ke arah kerusi yang di duduknya semasa Chris menyapanya buat pertama kali.

  "Okay jom."Ajak Chris lalu berlari anak menuju ke kerusi tepi tasik itu.

  "Sekarang nak buat apa?"Soal Chris sambil memandang Jane yang duduk di kerusi itu.

  "Aku nak kau bagitahu sebelum kau tegur aku, kau ikut jalan mana masa tu?"Jane bangun dari duduknya.

  "Tak silap aku....aku ikut jalan sana tu."Chris menunding jari telunjuknya me arah semak hamun hutan.

  "Biar betul?!!Kau keluar dari hutan?!Jangan cakap kau ni,,TARZAN!"Jadi selama ni Jane jaga seekor tarzan??

  "Apa la kau ni Jane.Aku bukannya tarzan  la.."

  "Aihhh!Tarzan kau tahu pulak.Fikir kau dah tak tahu semua benda.."Perli Jane.

  "Fikir cincai eh?Kat Spectrum, tarzan tu ialah polis hutan.Betul lah apa aku cakap, aku bukan polis hutan."Boleh bagi penyepak sebijik tak kat Chris ni?

  "Huh..Ajar kau ni macam rasa ajar pokok menari dangdut!"Keluh Jane.Bagus lagi dia ajar Rayyan dari ajar Chris ni.Mengalakan baby.

  "lah..dangdut tu natang apa pulak?"Soal Chris sambil menggaru keningnya yang tidak gatal itu..pewittt macho giler!!hehe

  "Ishh..kau ni berhenti tanya soalan yang tak berapa bernas kau tu!Apa kata sekarang ni kita masuk dulu hutan tu.Mungkin jumpa apa-apa yang berkaitan Spectrum tu."Cadang Jane lalu menarik baju Chris supaya mengikutinya jalan ke arah hutan itu.

  Chris hanya diam melihat perlakuan Jane itu.Terasa jantungnya berdegup kuat seperti baru marathon.Lantas saja dia memegang dadanya..

  "Kenapa ni?Aku ada sakit kronik ke?"Bisik hati Chris..bingung dengan jantungnya yang berdegup kencang.

  Jane perasan perubahan yang berlaku pada wajah Chris.Dia melepaskan pegangannya di baju Chris.

  "Kenapa kau ni?Ada masalah?Ke..kau dah ingat macam mana kau boleh ada kat sini tempoh hari tu?!"Dia pulak yang teruja.Serupa orang yang gembira+lega selepas melepaskan air besar di dalam jamban...hehe

  "Hah?!Ta-Takde.Cuma rasa lain sikit."

  "Ala..kau ni, aku fikir dah ingat semua dah lepas tengok hutan ni.Rupanya tak langsung.Maybe kau tak sedap badan kut.Kalau macam tu jom la aku hantar kau pergi apartment aku.Biar malam ni aku stay rumah kawan lagi."Ajak Jane.Kesian dengan jejaka handsome itu:-P..gatai benor hang Jane..

  "Okay."Memang kronik dah Chris ni.Sudah penat lelah Jane cakap, sepatah jer di jawabnya?Like a SERIOUSLY?!

  Jane memandu keretanya menuju ke apartmentnya untuk menghantar Chris pulang.Sebelum itu, Jane singgah sebentar di farmasi berdekatan untuk membeli ubat.Terbit rasa simpati melihat pemuda itu yang tak reti duduk diam dalam kereta.Sekejap pusing kiri, sekejap pusing kanan.Sekejap matikan penghawa dingin, sekejap hidupkan balik..gilerr agaknya budak ni.

***********************************

Abaikan typo..
sorry pendek..

ready untuk next chapter sbb pasti anda akan bersemut..HAHAHAHA

k syok sendiri.

keep reading..
keep voting..

Who Are You?  Where stories live. Discover now