Selepas saja kejadian yang memalukan tadi, Jane mengambil keputusan untuk mengajak Chris berjalan mencari stesen minyak berdekatan..tidak betah tinggal lama-lama berduaan dengan Chris dalam kereta itu..boleh gila jadinya.
"Hmm..Jane, aku nak tanya something, boleh tak?"Chris memulakan perbualan.Sejak kejadian di mana Jane meragam dalam tidurnya itu, banyak persoalan yang bermain di benak fikirannya.
"Selagi soalan kau tak merepek, aku jawab."Jawab Jane.
"mmm..Macam ni, aku bukannya nak menyibuk, tapi apa yang kau mimpi hingga menangis ehh?"Tanya Chris straight to the point..takde selok belok lagi.
"huh..."keluh Jane.
"...Dulukan life aku ni, sempurna dengan kehadiran mak aku.Walaupun ayah aku dah tinggalkan aku dan mak, mak aku tetap tabah.Dia jaga aku dengan penuh kasih sayang.Dia kerja penat lelah untuk bagi aku makan,minum, pergi sekolah..Tapi, satu hari tu,ma-mak aku hi-hilangkan diri.Po-Polis cakap, ma-mak aku tinggalkan aku..ta-tapi.."Jane tidak mampu meneruskan kata-katanya lagi.Dia hanya tersendu-sedan menangis bila ingat kejadian 9 tahun lepas.
"Aishh....kenapa aku ni.Terlebih emo pulak kan?"Jane membelakangi Chris sambil mengelap air matanya.
Chris memalingkan badan Jane supaya menghadapnya lalu mendakapnya.Entah mengapa timbul rasa kasihan pada Jane yang terpaksa melalui semua itu sendiri tanpa tempat mengadu.
"Sokaylah..kau fikir kau kuat sangat ke?Setiap manusia pasti akan menangis, Jane.Kau manusia, jadi kau boleh menangis."Bisik Chris pada Jane yang menangis itu.Lantas saja Jane membalas pelukkan Chris itu lalu menangis sekuat hati.habis basah baju Chris...
"Ak-Aku, tak kuat Chris..."Adu Jane dengan suara serak basah selepas menangis.
"Kau fikir aku kuat ke?Lipas pun takut.."Gurau Chris.
"Thanks Chris,thanks for everything."Jane melepaskan pelukan itu lalu menghadiahkan senyuman yang sukar di tafsir.
"ee macam baby-baby la budak kecik ni!"Chris mengusap kepala Jane dengan lembut.
"Apa?Nak kaki ke?"Marah Jane..alerrr marah-marah manja gitewww..
"Tak nak aku kaki kau busuk la..HAHAHAHA!!"Perli Chris lalu ketawa terbahak-bahak.
"Tada guna ini budak!"Berang sungguh Jane dengan perangai Chris ni.Sekejap sweet, sekejap menjengkelkan.
"Hey!excuse me, aku abang okay.."
"Kau memang nak kaki aku kan?!"
"Tak.Aku nak hati kau..."Jawab Chris dengan muka seriusnya.
Jane?Dia sudah tergamam.Empat lerkataan itu membuatkan deguoan jantungnya tidak normal.
"...HAHAHAHAHA!!"Gelak Chris.Baru Jane tersedar yang...dia dimainkan.
"Kau patut nampak muka kau.cuak giler Jane."Habis merah muka Chris ketawa.Terus Jane ketawa.Yes, ketawa sinis.
"Kau fikir lawak ke?Kalau lawak, aku nak ketawa jap HA HA HA."Merah mata Jane yang menandakan dia hampir menangis.
"Jane ak-aku.."
"Memanglah lawakkan nampak aku macam orang bodoh.Lawak sangat."Potong Jane.
"Jane de-dengarlah dulu.."
"Sokaylah.Aku okay.Sekurang-kurangnya aku tahu apa lelaki anggap dengan hati perempuan."Jane memeluk tubuhnya.
"Jane aku gurau jer lah!"Tengking Chris.Tidak mahu ayatnya dipotong lagi sebelum dia menghabiskan ayatnya.
"Aku tahulah.Dah ramai lelaki buat hatu aku ni bahan gurauan.Setakat ayat 'aku nak hati kau' tu apa lah sangat nak dibandingkan dengan ayat 'aku janji aku akan jaga kau'."Air mata Jane sudah bertakung di tubir mata.aigoo..tadi nangis pasal lain, sekarang nangis pasal lain juga.
"Boleh tak kau jangan anggap serius Jane?Itupun nak ambil hati ke?"Chris masih juga tidak berputus asa untuk beritahu itu hanyalah 'gurauan' semata-mata.
"Aku cintakan kau."
Chris tergamam.Dia berdiri macam patung depan Jane.
"HA HA HA..aku pun, GURAU je.Best tak gurauan aku tu.Lucu kan?Itu lah apa yang aku rasa.Lucu sangat."Jane berkata dengan menekankan perkataan gurau itu.Serentak itu Chris merenungnya...sayu.
"Jane..please.."
"Kau dah kenapa?Tak lawak ke?Okay takpe.hmmm..hah!.."Jane mendekati Chris lalu mencium pipinya.
Sekali lagi, Chris tergamam.Lantas saja dia memegang pipinya.
"Lawak tak?"
PANG!!
Chris menampar Jane.
"Kenapa?Tak lawak,kan?Apa kata kau pergilah cari Spectrum kau tu dan belajar apa sebenarnya LAWAK bagu kau Chris!"Jane jalan meninggalkan Chris yang termanggu di jalan itu.
******************************
Abaikan typo...
keep reading..
keep voting..tata...
YOU ARE READING
Who Are You?
Teen Fictionseorang lelaki yang identitinya tidak di ketahui tiba-tiba muncul di hadapan wanita yg bernama Jane.Jane ialah wanita yang sudah lali di lukai oleh lelaki.Oleh itu, dia telah meletakkan benteng untuk hatinya tidak mudah jatuh cinta.Tapi kehadiran Ch...