Bab 1

5K 209 13
                                    

[Update : 22 September 2024]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Update : 22 September 2024]

DATIN KUZAIFA mengeluarkan sekeping cek dari dalam beg tangannya. Kemudian diserahkan kepada Hamidah yang berdiri di depannya dengan senyuman lebar.

"Ini pendahuluan yang aku janji hari tu."

"Te... terima kasih, datin."

Hamidah baru sahaja nak ambil cek tersebut, tapi Datin Kuzaifa tarik semula ke belakang. Terkulat-kulat Hamidah di situ. Nak bagi atau tidak ni?

"Ingat, perjanjian ni biar kekal antara kita je. Jangan kau pecahkan pada orang lain."

"Saya faham, datin. Saya janji benda ni tak akan ada siapa yang tahu." Hamidah buat isyarat zip mulutnya dengan tangan.

"Nah." Cek tersebut dihulur kembali kepada Hamidah.

Laju Hamidah menyambut cek berkenaan. Jumlah yang tertera di situ dipandang dengan senyuman lebar sampai ke telinga. RM15000!

Tergelak Hamidah dalam hati. Tak sangka budak yang dianggap membebankan itu ternyata bakal menjadi pelaburan jangka panjang buatnya. Ini baru pendahuluan yang diterima, bakinya akan dibayar selepas pernikahan berlangsung nanti.

Kerja tunggang terbalik berpuluh-puluh tahun pun belum tentu boleh dapat nilai sebanyak ini. Dan Hamidah sudah terbayang untuk pergunakan 'budak sial' itu demi kesenangannya nanti. Rugilah dapat menantu orang kaya kalau tidak dimanfaatkan.

"Jangan dah dapat duit ni kau lari pulak!"

"Tak, datin. Saya takkan lari. Saya janji." Buat apa dia mahu lari? Sedangkan perjanjian ini akan menguntungkannya juga kelak.

"Ingat ya... kalau kau tipu, aku tak teragak-agak untuk kerat leher kau anak-beranak!" sergah Datin Kuzaifa.

Hamidah teguk liur. Senyumannya tadi terus kendur. Seram juga dia dengan Datin Kuzaifa ini.

"Hari akad nikah tu nanti aku nak semuanya berjalan dengan lancar. Aku tak nak rancangan ni gagal. Bukan sikit aku berhabis untuk jayakan semua ni."

Hamidah angguk sahaja seperti burung belatuk. Dia juga tidak mahu ada masalah yang berlaku. Kerana dalam perjanjian itu juga ada bahagian untuknya.

Datin Kuzaifa buka pintu bahagian penumpang belakang keretanya. Sekeping envelop dibawa keluar.

"Ini ada borang kebenaran nikah. Yang bahagian anak aku punya dah settle. Tinggal untuk anak kau je kena isi."

Hamidah sambut envelop tersebut.

"Oh, sebelum aku terlupa. Dalam tu ada salinan borang permohonan untuk buat ujian saringan HIV sekali. Nanti suruh anak kau pergi mana-mana klinik kesihatan atau hospital, buat saringan. Bila keputusan ujian saringan HIV tu dah keluar nanti bagi aku semula dengan borang kebenaran nikah tu sekali. Aku nak serahkan ke pejabat agama."

UMMAR DZAKIR : Lelaki TerbaikWhere stories live. Discover now