Intro

52 3 0
                                    

Janji yang telah dibuat hancur begitu sahaja setelah takdir yang merebutnya. Semasa Junhyung dan Naeun lepak dipadang sekolah datangnya sesuatu lembaga yang tak diundang lalu menyerang Junhyung lalu dia hilang kawalan dan terus bertukar rupa asal kepada Beast. Malangnya Junhyung tewas dan tumbang dihadapan Naeun.

Son Naeun merupakan salah seorang pelajar yang agak pendiam selepas suatu tragedi yang tak diingini berlaku yang menyebabkan teman lelakinya lenyap di depan mata. Dia telah berpindah ke sekolah baru namun suasana menjadi hambar setelah berlaku sesuatu yang diluar jangkaannya.

Junhyung ialah teman lelakinya, ialah bukan seorang manusia biasa. Dia adalah manusia jadian Beast. Minat Junhyung yang terlalu mendalam terhadap manusia menyebabkan dia dihalau keluar dari alam asalnya. Dia dapat menjalani kehidupannya sebagai manusia biasa tanpa diketahui oleh sesiapa dan telah jatuh cinta pada Naeun. Tetapi dia selalu ditindas apabila identiti sebenarnya terbongkar. Lenyap setelah dibunuh oleh Hyunseung.

Gikwang ialah adik Junhyung. Hanya dia yang percaya bahawa Junhyung tidak selamat didunia nyata. Pada suatu hari dia telah bermimpi bahawa Junhyung  telah memberi amanah untuk mencari dan menjaga Naeun. Sanggup keluar dari alam Cube semata mata mencari Naeun.

Hyunseung ialah adik beradik Beast. Selepas perselisihan faham antara Junhyung dan Hyunseung, Dujun selaku abang sulung menghalau Hyunseung. Dia yang tidak berpuas hati kepada Junhyung terus menghilang tanpa dikesan dan bertekad untuk memburunya suatu hari nanti.

Lee Joon dan Lee Seunggi yang selalu ada bila Junhyung dan Gikwang perlukan bantuan

Apakah yang akan berlaku?

My Own [COMPLETED]Where stories live. Discover now