Part 3

19 3 0
                                    

Sambungan...

Ermm korang tak perlu susah susah bawak ini untuk saya..." Gikwang cuba kawal keadaan. "Jadi... Makanan ni korang simpan la ya buat bekal korang... Sekrang boleh tak korang masuk kelas"

Eunji, Hayoung dan Sohyun menutup bekas makanan tadi dan bergegas ke kelas sebab perbuatan mereka telah dilihat dan ditertawakan oleh pelajar yang lalu lalang kat situ.

"Apalah nak jadi... Nasib kau reject kalau tak hari hari dia bawak makanan kat kau" rungut Eunkwang.

"Ya lah aku kan hensem..." buat piece.

"Perasan.... Haa kamu..." menegur Naeun "mana nametag kamu, ikat rambut tu kamu tak tahu ke sekolah ni kena ikat rambut? Tak boleh pakai skarf bunga kembang... Kamu ni baru pindah ke apa? Semua tak kena.

"Yahh ni melebih dah melebih" kata Gikwang sambil memegang pen dan buku kehadiran. "nama?" bertanya kepada Naeun.

"Jeoneun... Son Naeun imnida"

"Son... Naeun... Hmm? Eobseoyo..." Gikwang mengangkat kening sebelah apabila tidak menjumpai nama Naeun.

"Saya...masih baru lagi kat sini..." hanya mampu senyum sebenarnya jantungnya dah seperti sedang lari marathon.

"Owh... Kenapa tak cakap awal awal... Eunkwang imnida... Dia ni Gikwang geundae saya yang paling terbaik terkacak kat sekolah ni..." Eunkwang berjabat tangan dengan Naeun.

"Naeun... Sh-ii sila ikut saya ke pejabat" ajak Gikwang.

"Nae... Geureom..." Naeun senyum dan hormat Eunkwang tanda meminta laluan.

"Melepas lak...haishh Gikwang ni dia selalu kacau line" sedang dia mengomel tiba tiba dia ditepuk dari belakang dan terlatah. "Gikwang tak guna aku dulu kot yang tackel awek tu... Eo? Engkau rupanya..." Eunkwang pusing kebelakang "asal lambat?"

"Rilek la weh benda boleh settle kot...hahah" Lee Joon hanya ketawa.

"Annyeong" sapa Seunggi sambil mengangkat tangan dan terus berlalu.

"Eo sunbaenim selamat pagi..." Eunkwang tunduk hormat 90° kepada Seunggi kerana Seunggi digeruni oleh semua senior dia digelar Kingka kerana dia akan lakukan apa yang dia mahu sampai matlamatnya tercapai.

"Oooo hyung aku kau takot aku kau tak takut? Hmm?" balas Lee Joon.

"Diam ahh kau...pegi masuk kelas"

"Owh kira aku lepas la ni? Weh aku tak pakai stoking hati ni..." kata Joon sambil berlari.

"Yahhh pakai la stoking pabo!" jerit Eunkwang

"Nah amik ni?!" Joon melemparkan sesuatu.

"Mwoya... haishh busuk gila stoking ni... Hishh nanti kau budak..." sambung bertugas sambil menahan geram.

***

Naeun mengikut rapat Gikwang menuju kearah pejabat kerana takut hilang jejaknya sebab suasana disekolah pada waktu pagi agak sesak. Tanpa sengaja Naeun tertarik lengan baju Gikwang. Gikwang toleh ke belakang dan berhenti melangkah.

(Naeun pov)
Apa aku buat ni? Tertarik lengan baju dia pulak. Aku segera melepaskan lengan bajunya dan minta maaf.

"Mianhae... Saya tak sengaja..." aku hanya tunduk kerana segan tengok muka dia.

Aku melihat dia sedang membelek lengan baju yang aku pegang tadi. Pada masa yang sama, aku menilik wajahnya. Sangat kacak hidungnya yang mancung dan kulitnya yang cerah membuatkan aku terpukau seketika. Dan aku tersedar bila aku terlihat dia menepuk lengan baju yang aku pegang tadi. Kotor ke? Aku periksa tangan aku, bersih. Kenapa diatepuk kalau tak kotor? Hishh.

Dia memandang tajam kearah aku membuatkan aku tertunduk.

"Mi... Mian...kotor ke?" aku berani bertanya.

(Gikwang pov)
Aku menepuk lengan baju yang dia pegang tadi sebab aku tak selesa. Aku belum pernah dipegang oleh perempuan. Dia ni perempuan pertama yang berani pegang.

Aku merenung tajam kearahnya melihat kelakuannya yang seakan ketakutan. Aku terdongak keatas melihat papan tanda pejabat sekolah.

"Eo? Kita kat depan...pejabat sekolah. Pergi la masuk..." aku membuka pintu pejabat dan menyuruhnya masuk.

"Nae... Gamsahabnida" dia tunduk hormat dan melangkah masuk.  Tiba tiba dia tersadung sewaktu melangkah kerana pintu pejabat agak susah untuk dibukak luas.

Tanpa berlengah aku terus menyambut Naeun. Kami bagai berpelukan seketika. Aku tatap matanya dia pun tatap mataku. Kami saling berpandangan. Tiba tiba aku berasa suatu perasaan yang belum pernah aku rasa sebelum ni...apakah perasaan ini?

***

"Hah? Weh itu Gikwang sunbaenim tengah peluk dengan sorang pompuan? Bukan ke kat sekolah ni tak boleh bercinta?" kata salah seorang pelajar yang terlihat adegan meraka.

"Mesti salah faham je ni da la jom masuk kelas" Hyosung menarik Gayeon masuk ke kelas.

...

My Own [COMPLETED]Where stories live. Discover now