Mereka berempat berjalan ke arah taman yang tidak jauh dari kediaman mereka. Kebetulan pula hari ini diadakan funfair. Makin seronoklah mereka.
Joon menarik tangan Naeun ke suatu tempat.
"Mwoya?" tanya Naeun pelik.
"Jom main ni..." ajak Joon.
"Err...saya tak reti la main ni..." Naeun cuba menolak.
"Alaa senang je awak tembak semua tin tu dan kalau semua jatuh awak menang" terang Joon panjang lebar.
"Eo... Nae..." Naeun cuba menembak. Tapi tidak kena sasaran. "Ahh kan betul... Saya tak pandai main ni..." keluh Naeun.
Joon mencuit Gikwang, tetapi Gikwang hanya bersahaja. Naeun cuba tembak lagi. Dan kali ni semua tin tersebut jatuh.
"Naeun awak menang!!!" jerit Joon riang.
"Hebatlah belum pernah ada yeoja yang hebat macam Eun ni..." puji Seunggi sambil thumbs up.
"Hehe gomawo..." kata Naeun malu.
Gikwang hanya membatu dan pergi arah lain. Dia terhenti disuatu tempat iaitu street dance show. Tak sangka ada juga b-boy kat situ. Dia teringat kisah lama. Dia dan hyungnya pernah pergi ke tempat itu sejak budak budak lagi.
___
"Hyung, apa yang diorang sedang buat?" tanya Gikwang yang sedang memimpin tangan Junhyung.
"Mollayo...kaa pegi tengok" Junhyung menarik tangan dongseangnya untuk menonton dance show. Mereka sangat teruja tetapi mereka tal boleh berbuat apa apa sebab pergerakan mereka terbatas. Mereka harus balik sebelum waktu senja.
___Gikwang mula tersenyum sendiri apabila mengingati kisah tersebut sambil matanya tertumpu kepada kumpulan b-boys yang sedang membuat pertunjukkan.
"Gikwang ahh... Laju betul kau jalan ya..." kata Joon sambil mendapatkan Gikwang diikuti oleh Seunggi dan Naeun.
"Yahhh kalau kau hilang macam mana?" rungut Seunggi.
Gikwang hanya tersenyum bersahaja sambil kembali menonton show tersebut.
"Wahhh b-boys la..." kata Naeun teruja. Gikwang terus memandang Naeun dengan pelik.
"Naeun suka b-boys?" tanya Seunggi.
"Nae... Dulu oppa Naeun selalu bawak Naeun tengok b-boys..." jawab Naeun teruja.
"Naeun pun suka la?" tanya Gikwang.
"Eo..." jawab Naeun sambil senyum.
Keempat empat mereka menonton pertunjukkan b-boys...
(Naeun pov)
Aku menonton pertunjukkan b-boys bersama Joon, Gikwang dan Seunggi oppa. Oppa... Bogoshipeoyo... Oppa yang selalu bawak Eun ke tempat macam ni... Ni minat oppa kan? Kalau la suatu hari kita boleh tengok bersama lagi sekali?...oppa...___
Junhyung dan Naeun pernah pergi menonton b-boys. Yang paling tak dapat disangka Junhyung pun menyertai mereka. Junhyung sangat pandai menari dan ramai yang teruja menyebabkan Junhyung mempunyai fans disekolah."Oppa memang pandai menarilah..." puji Naeun
"Aniyo... Oppa cuba selagi mampu" Junhyung senyum sambil memeluk Naeun.
"Yahh!" Naeun menolak pelukan dan picit hidung. "Oppa busuk pegi mandi dulu"Mereka ketawa bahagia.
___"Hari dah senja ni... Jom balik" ajak Seunggi.
Naeun tersedar dari lamunan.
"Alamak macam mana ni? Dah lambat sangat ni... Mesti omma marah..." bisik Naeun dalam hati...
"Naeun balik dulu ye?" Naeun meminta diri.
"Rumah Eun kat mana?" tanya Joon.
"Tak jauh hanya kat selekoh tu je" tunjuk kearah perumahan.
"Rumah kami pun kat sana jom jalan sama sama" ajak Seunggi mengetuai mereka.
***
Di rumah NaeunNaeun membuka pintu sedikit dan menghendap kepala sedikitdan mengintai sekeliling. Dia takut biasanya Pn. Son sedang menunggunya kat ruang tamu. Tiada orang diruang tamu. Dia mengeluh lega. Selepas dia masuk dan menutup pintunya rapat dengan berhati hati agar tiada bunyi.
Naeun terjengkek jengkek berjalan menuju ke tangga agar tidak didengari sesiapa. Tiba tiba...
"Son Naeun!!" jerit seorang wanita dari belakangnya.
Naeun yang ketakutan menoleh ke belakang "nae... Omma" tegurnya sambil tersengih.
"Hari ni hari pertama kamu ke sekolah tapi da berani balik lambat! Apa da jadi ni? En. Park tercari cari kamu disekolah tahu tak? Kamu ada keluar dengan sape sape ke?" Pn Son seakan akan boleh meramal pergerakan anaknya.
"Mana ada la omma Eun pegi ke taman tu je hari ni ada funfair" jawab Naeun tenang. "Lagipun nanti En. Park dah tak perlu nak hantar Eun dah,sebab sekolah Eun tak jauh dari sini..." kata Naeun yakin.
"Betul ni?" tanya Pn. Son suspen.
"Betul...omma Eun naik dulu tau...penat la..." Naeun segera bergegas kebiliknya.
Xde idea da thooo... Hmmmm
YOU ARE READING
My Own [COMPLETED]
FantasíaJanji yang telah dibuat hancur begitu sahaja setelah takdir yang merebutnya. Semasa Junhyung dan Naeun lepak dipadang sekolah datangnya sesuatu lembaga yang tak diundang lalu menyerang Junhyung lalu dia hilang kawalan dan terus bertukar rupa asal ke...