7 | Personal Trainer

829 50 13
                                    

"HAI!" sapa Yara.

Beberapa pasang mata yang pelik tengok dia pagi itu, dia buat tak endah saja. Laju saja dia menuju ke kaunter pendaftaran.

"Err, hai?" Terkebil-kebil mata Taf.

Tak pernah-pernah perempuan itu jejak kaki di gim dia seawal pagi-pagi begini. Hari ini dalam sejarah ke?

"Saya nak sign up jadi member. Saya nak ambik pakej yang sebulan tu."

"Hah, awak biar betul ni, Yara?" Taf pandang Yara atas bawah. Terasa macam tak percaya.

Ke, ada motif lain ni?

"Betullah. Awak ingat saya main-main ke, Taf? Mana semua form? Meh, saya isi." Bersemangat suara Yara.

Ha, nampak tak? Betapa semangatnya dia. Alah, sebenarnya bukan dia nak sangat pun join fitness ni. Dia nak mengendeng dekat Dean saja. Nak rapatkan lagi hubungan olok-olok mereka.

"Dean tahu ke awak nak join ni?"

"Dia tahu. Sebab tulah saya nak dia yang jadi personal trainer saya."

Taf angkat sebelah kening. Biar betul perempuam ni?

"Eh, tapi awak tahu kan yang Dean tu bukannya trainer dekat sini. Awak kena cari orang lain. Macam saya ke, bolehlah."

Bukan nak promote diri ke apa. Tapi, memang itu hakikatnya. Dean tu mana tahu nak train orang. Diri sendiri lepaslah.

"Saya tak kira. Saya nak dia jugak jadi trainer saya. Dah, cepatlah. Mana borangnya? Orang nak tolong tambah rezeki pun kau orang tak mahu. Apalah."

Mendengar itu, laju saja Taf capai borang yang harus diisi. Terus dia berikan pada perempuan itu. Serius, dia rasa macam ada yang tak kena. Lagi-lagi bila dia tengok Yara tersengih-sengih masa tengah isi borang. Hah, tak ke pelik tu?

Bunyi pintu terbuka spontan buat Yara dan Taf toleh ke arah itu. Muncul Dean di situ. Blur saja mukanya bila bertentang mata dengan mereka berdua.

"Morning, Inche An... Eh, inche trainer!"

"Inche Trainer?" Dean pandang Taf, minta penjelasan.

Taf angkat bahu. Tanda tak tahu nak terangkan macam mana. Dia pun tak faham apa yang tengah berlaku sekarang ini. Kalau tahu, dah lama dia terangkan.

Dean toleh pada Yara semula. Matanya mengecil merenung perempuan itu. Yara yang asyik tayang sengih buat dia rasa ada sesuatu yang perempuan itu tengah rancang. Sesuatu yang nakal.

What have you done, Yara Sabrina?


"WHAT? Oh, no, no, no, Yara! Aku tak nak jadi trainer kau. Kau pergilah cari orang lain. Asalkan jangan aku."

"Apasal pulak tak boleh? Alah, bolehlah. Ya, ya?"

Dean merengus geram. Haih, perempuan ni. Sejak rahsia besarnya dipegang oleh Yara, macam-macam yang perempuan itu nak dia buat. Nak sainlah, nak bercintalah, apalah. Jadi tak tenteram hidupnya. Tengoklah, kejap lagi mulalah keluar ugutan nak hebohkan rahsia dia.

"Kalau awak tak nak, saya..." Yara tayang devil face.

Nampak! Dia dah agak dah. Kalau dah sengih jahat begitu, maknanya dia nak kena ugutlah tu.

Dean cekak pinggang. Berfikir cara nak campak si peminat fanatik ini jauh-jauh.

"Hari tu, kau kata lepas aku sain novel-novel tu, kau tak nak ganggu aku dah. Ni, apa hal macam nak duduk melekat aje dengan aku? Kau nak apa sebenarnya ni?"

LELAKI VERSI HERO NOVEL - #DeanWhere stories live. Discover now