3 | Couple Nak?

925 43 2
                                    

        ESOKNYA...

"Morning, Inche Anon!"

Dean kacip gigi. Aduhai, perempuan ni! Pagi-pagi dah rosakkan moodnya. Si Yara ni dah melampau tau. Dia baru saja sampai. Turun dari motosikal pun belum lagi.

Helmet hitam di kepala, dia cabut. Rambut dikuak ke belakang. Mata mengecil tepat merenung geram Yara yang berdiri sambil memegang bekas minuman yang ada tertulis perkataan sweet latte. Elok saja tayang senyum.

"Kau buat apa jadi jaga pagi-pagi ni? Dah tak ada benda lain ke nak buat?"

"Ada. Tapi, belah petang. Pagi ni, sempatlah nak jumpa Inche Anon kejap." Yara menyengih.

Pandangannya tak lepas kepada Dean yang tengah buka jaket kulit hitamnya. Wah! Inche Anon serba hitam hari ni. Nampak smart sangat.

Dean mendekati Yara.

"Kau nak apa tunggu aku ni? Buang tebiat?"

Yara mendongak. Bekas minuman dihulurkan kepada Dean.

"Nah, untuk awak."

"Tak nak. Aku tak makan rasuah," balas Dean selamba.

Dia yakin Yara buat baik begini mesti sebab mahukan sesuatu. Kalau dah namanya perempuan, memang macam inilah gayanya.

"Eh, saya bukan nak rasuah awaklah. Latte ni memang saya buat ikhlas untuk awak tau. Nah, cubalah..." Yara hulur lagi bekas minuman ala-ala Starbuck itu kepada Dean.

"Ya ke?" Kening kanan ternaik sedikit.

Hampir termakan dengan pujukan Yara. Tapi, macam tak boleh percaya saja?

"Ya. Betul." Yara yakinkan lelaki itu lagi. Lebar senyumannya bila bekas minuman itu bertukar tangan.

Minuman sweet latte itu, Dean sisipkan ke bibir sedikit. Emm, boleh tahan sedap.

"Inche Anon..." Yara dah mula seru nama lelaki itu. Meleret saja bunyinya.

Terhenti terus nikmat yang Dean rasa bila minum air tadi. Tu, bunyi suara tu. Dia dah agak dah. Yara ni mesti nak sesuatu punya!

"Apa? Kau nak apa sebenarnya, Yara?" Malas saja kedengaran suara Dean.

Yara menyengih. Tayang gigi pastinya!


"AH, tak ada! Jangan harap aku nak buat macam tu!" Dean besarkan bukaan langkah kaki.

Dia nak cepat-cepat masuk ke dalam BFF. Biar dia jauh daripada peminat fanatiknya itu. Haih, tak lalulah nak melayan permintaan yang satu itu.

"Alah, bolehlah. Please?" Yara masih tak berputus asa.

Dia membuntuti Dean. Naik tercungap-cungap jugalah dia. Sudahlah langkah kaki lelaki itu besar berbandingnya. Jenuh dia nak mengejar.

"No. A big NO, Yara!"

"Please? Saya janji lepas awak buat apa yang saya nak ni, saya takkan ganggu awak dah. Bolehlah, ya?"

Dean berhenti melangkah. Yara juga. Dean pusingkan tubuh ke belakang. Masing-masing tak berkelip mata. Sudahlah mereka berada di tengah-tengah laluan jalan. Kalau orang nampak, mahu orang fikir pelik.

"Kau sedar tak apa yang kau mintak aku buat tu, Yara?" bidas Dean, bengang rasanya.

Yara angguk. Berkali-kali. "Ya, saya tahu. Benda kecik aje, kan? Bukannya susah. Tak guna banyak tenaga pun."

"Benda kecik? Eh, kau tahu tak dalam tempoh lima tahun ni, sorang pun tak pernah dapat sain aku tau? Kau ingat, kau siapa nak dapatkan tandatangan aku ni?"

LELAKI VERSI HERO NOVEL - #DeanWhere stories live. Discover now