Chap 1

31 0 0
                                    

        Genap hari jadiku yang ke-23,merupakan hari perubahan hidupku tanpa aku sedari.Aku mendapat hadiah daripada semua ahli keluargaku tetapi hadiah yang diberikan oleh nenek adalah hadiah paling istimewa kerana aku satu-satunya cucu yang dapat.Majlis hari jadi secara tertutup disambut dengan meriah dengan kehadiran sanak-saudara yang memeriahkan suasana.Aktiviti memotong kek,pemberian hadiah,serta jamuan kecil telah diadakan.Selepas majlis tamat, kebanyakan orang penat dan ada yang sudah tidur selain aku yang  sedang berduaan dengan nenek di balkoni.Aku hanya menuruti kemahuan nenek yang mahu berjumpaku sebaik saja semua sudah lena walaupun hakikatnya aku penat juga.

"Nenek rasa sampai masanya nenek bagi Seliyna barang ni,sebab Seliyna saja yang boleh nenek percaya.Seliyna seorang yang kuat,nenek yakin seliyna akan berjaya".

Aku hanya mendengar kata-kata nenek walalupun sejujurnya,aku tidak faham kenapa nenek berkata sedemikian.Aku disuruh membuka balutan hadiah yang diberikan oleh nenek.Sebaik saja aku membuka kotak,tanganku mencapai cincin unik yang diatasnya terdapat berlian berwarna hijau.Walaupun rekaannya simple,tetapi cincin itu benar-benar menggodaku untuk memakainya.

"Meh nenek pakaikan" Ujar nenek sambil memuatkan cincin pada jari manisku.Macam dah kahwin pon ada.

"Terima kasih nek,cantik cincin ni.Kenapa nenek bagi?"Akhirnya, ayat itu terkeluar,dari mula aku ingin bertanya sebegitu.

"Cincin ni istimewa ,nenek nak kamu jaga elok-elok jangan sampai tercicir ke tangan orang yang salah.Cincin ni diwariskan oleh ibu nenek kepada nenek,dan akhirnya nenek nak kamu yang pakai sebab mak kamu tidak sesuai" Balas nenek panjang.Aku kembali termenung melihat cincin itu.Kemudian,nenek masuk semula ke dalam rumah dan aku mengekorinya sahaja.Cincin di jariku dibiarkan sehingga aku terlelap.

Selepas seminggu berlalu,aku menghadap mukaku pada cermin sambil kedua-dua tapak tanganku mengusap mukaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas seminggu berlalu,aku menghadap mukaku pada cermin sambil kedua-dua tapak tanganku mengusap mukaku.Mimpi buruk yang mengejutkan aku daripada tidur.Bunyi jam menarik mukaku ke arahnya,aku mendapati sekarang baru pukul 1 pagi.Buat kali kedua,aku mimpi pasal kematian seseorang dan mimpi aku ini terasa seperti benar-benar berlaku.Aku kembali ke katilku kemudian menyelimut tubuhku kembali.Berkali-kali aku cuba melelapkan mataku,akhirnya  berjaya dibuai mimpi sekali lagi.

Bunyi jam loceng mengejutkanku.Lega aku dapat tidur nyenyak tanpa gangguan mainan tidur lagi.Aku meraih jam loceng yang berdetak dan jam menunjukkan tepat pukul 7.Aku bingkas bangun dari katil sambil ligat meliat kemudian aku menuju ke bilik mandi.Aku mengenakan baju seragam warna merah dan bertali pinggang kemas di luar serta skirt bawah lutut berwarna putih.Selepas saja aku menyiapkan diri ,aku turun ke bawah.Seperti biasa Cik Maimun,bibik di rumah itu menjemputku makan.

"Hemmm...bau sedapnya nasi goreng ni,pandai Cik Maimun masak".Pujiku yang tergoda dengan aroma masakan Cik Maimun.

"Alah Seliyna ni mengada-ngada je,memang Cik pandai masak pon,tengoklah tiap-tiap hari Seliyna makan ja mesti dua kali tambah.Harini Cik Maimun masak menu nasi goreng ketam."Balas Cik Maimun dengan mesra pada Seliyna yang dianggap seperti anaknya sendiri.Cik Maimun mula menyedok nasi ke pinggan Seliyna sebelum disuap Seliyna ke mulutnya.

SeliynaWhere stories live. Discover now