Chap 2

15 0 0
                                    


"Mama nak kamu berdua berkawan dulu dan kalau boleh mama nak satukan kamu berdua,ma percaya Haziq boleh jaga kamu."Aku tersentak dengan kata-kata mama yang tiba-tiba.Mama suruh aku balik semata-mata nak satukan dia dengan aku,No Way!

'Dia ni dahlah suami orang,dan paling penting aku tak nak berkongsi!'jerit aku dalam hati,kalau boleh memang aku nak cakap macam tu kalau tak ada Datin di hadapanku.

"Ma,bagi kami peluang berkenalan dulu dan bagi kami kenal hati budi masing-masing.Kalau ada jodoh kami kahwinlah" ujarku pada masa yang sama,datin dan mama terus memandangku.

"Ya aunty,she's right.Seliyna perlu kenal Kayl lebih mendalam dulu.Tapi,kalau dia tak cintakan Kayl juga,lepas kahwin maybe slowly dia boleh terima Kayl." Aku terbeliak dengan kata-kata Kayl sambil memandangnya.Pandangan mata kami berdua bertemu tetapi hanya sekejap saja.Aku kembali memandang mama manakala Kayl kembali memandang tempat lain.Dia sepatutnya menghalang kami berkahwin tetapi tidak,dia malah menyuruh aku menerima dia.

'Hish mamat ni suka hati mak dia je,nak suruh aku terima dia.Dia ingat aku tak ada perasaan ke apa' Bisik hatiku yang tengah geram.

"Aunty pon kalau boleh nak bermenantukan Seliyna ni,dahlah cantik,berkejaya memang sesuai dengan anak aunty ni,mak cik ni lagi suka kalau Seliyna dengan Kayl kahwin awal".Sebaik saja Datin Diana berkata-kata,dia meneguk air teh di atas meja.

'Mak pon sama merepek dengan anak dia,aku muda lagi kot.Tak payah nak rush sangat.' Hanya hatiku tempatku luah sekarang.Walaupun mukaku tak jelas menunjukkan yang aku kecewa,tetapi siapa saja yang suka kahwin paksa.

"Maybe dalam sebulan lagi,Kayl dan Seliyna akan disatukan.Ma harap Seliyna dan Kayl bersedia."Kata-kata ibuku memang boleh buat aku sesak nafas.Tak percaya tinggal lagi sebelum tamat waktu bujangku.

'Ma minta maaf Seliyna....ma bukan nak paksa Seliyna kahwin dengan Kayl tapi ni semua terpaksa.Nyawa Seliyna dalam bahaya kalau Seliyna tak kahwin dengan Kayl.Mama hope sangat plan mama berjaya,supaya Seliyna tak mati.Ma sayangkan Seliyna.Ma harap Seliyna bole buat Kayl jatuh cinta dengan Seliyna' Luah Puan Raihana dalam hati.Walaupun di hadapan Datin,Puan Raihana seolah-olah suka bermenantukan Kayl,tetapi hakikatnya itu sekadar lakonan semata-mata.

Sebelum Kayl dan ibunya berangkat pulang,Kayl meminta izin untuk ke tandas sebentar.Tanpa dia sedar,aku hanya mengekorinya dari belakang.Sebaik saja dia selesai melepaskan hajat,betapa terkejutnya dia melihat aku yang tercegat menunggunya di hadapan bilik air.Aku memandang saja muka dia yang terkejut.'Comel pula dia terkejut.'

"Ehem,awak masih ingat saya lagi?Pramugari dalam flight sama dengan awak tadi?"Aku bercakap sambil menyilangkan tanganku.

"Err..of course,saya masih ingat lagi".Jawabnya yang seperti tersekat-sekat.

"Kenapa awak tak halang apa yang mama saya cakap tadi? Saya tak nak bermadu tambah saya tak nak kahwin dengan awak lah!Saya tau ,sebelah awak dalam flight tu isteri awak kan?Pastu awak dah tak sayang dia kan sebab tu awak cari perempuan lain iaitu saya!"

"Awak kena ikut juga apa yang mama awak nak,awak sanggup nak kecewakan dia?.Kata-katanya membuat aku terfikir,aku mana pernah melawan mama dan aku tak sanggup menolak kemahuan dia.Dia terus menyeluk tangannya ke dalam poket seluarku dan mencapai handphoneku."Woi,kau nak buat apa dengan phone aku?!" Aku yang terkejut dengan tindakan pantasnya,tidak sempat melakukan apa-apa.Kemudian,dia memberikan semula handphoneku.Lantas,aku membelek handphoneku dan melihat nombornya disimpan atas nama Kayl Sayang,ewww.

"Aku dah save Nombor aku and aku dah ambil nombor kau.Lepas ni aku akan selalu contact kau".Katanya selepas itu,dia mengenyitkan sebelah matanya padaku.Ish bahayalah mamat ni kalau selalu kenyit mata kat aku depan orang ramai.Dahlah lepas ni mesti banyak kali aku kena jumpa dia,aduh.Sebelum dia membuka langkah,aku sempat menghalang sambil memegang lengannya yang berotot.Sado betul dia ni,mesti selalu workout,sempat lagi aku memujinya.

"Sayang saya tahu,awak tak sabar nak jumpa abang,tapi lepaskan abang dulu malam ni.Abang dah nak balik ni."Tiba-tiba mulutnya berkata sebegitu sambil memandangku.Laki ni perasan gila!.

"Awak merepek apa ni?Awak tak jawab soalan saya lagi.Betulkan awak nak jadikan saya isteri kedua awak kan?"Dia mendekatkan mukanya dengan mukaku sehingga kedudukan muka kami berjarak satu inci saja.Aku mula menggelabah apabila dia mengusap mukaku sehingga jari-jemarinya berada di atas bibir lembutku.Cup! bukan bibir kami yang bersentuhan,tetapi dia membuatkan bibirku mengucup jarinya.

"Hushh...Boleh tak bibir ni senyap sekejap,sebelum bibir ni aku terkam nanti." Hanya aku saja yang tahu bagaimana hatiku berdetak laju selepas mendengar kata-katanya.Dia langsung meninggalkanku yang terpaku disitu.'Suka hati je dia buat macam tu.Yang aku ni pon satu, kenapa biarkan dia buat macam tu'.Kataku yang sedang menampar-nampar mukaku perlahan kerana kecewa dengan tindakanku.Aku ke ruang tamu mendapatkan ibu yang menonton televisyen selepas sahaja datin dan Kayl sudah pulang.

"Seliyna,ni keputusan muktamad.Mama tetap akan kahwinkan Seliyna dengan Kayl."Mamaku bercakap sambil mukanya tidak memandangku.Mama enggan menunjukkan mukanya yang sedih padaku.

"Ye lah,mama.Seliyna setuju.."Kata aku sambil memeluk erat mamaku.Akhirnya aku terpaksa menerima walaupun jawapan itu sekadar tidak mahu melukakan hati mamaku.

"Mama sayang Seliyna ma buat semua ni untuk kebaikan Seliyna."Perbualan kami terhenti disitu.Aku melepaskan pelukanku dan ke bilik tidurku.

Hari ni aku bermimpi lagi.Dalam mimpiku,aku melihat seorang pelacur yang dipukul sehingga badannya berlumuran darah.Dia cuba melarikan diri daripada tempat pelacuran tetapi sebelum sempat dia pergi jauh,dia ditangkap oleh beberapa orang lelaki.Kemudian,Wanita itu ditinggalkan di tepi longkang dengan keadaan yang sadis.

Tanpa disangkakan,seorang lelaki yang melalui kawasan itu langsung menelefon ambulans sebaik saja melihat sekunjur badan yang lemah tidak berdaya.Sampai saja di hospital,doktor memberitahu lelaki itu,perempuan itu memerlukan darah 'O' kerana bekalan darah di hospital telah habis.Lelaki itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana darahnya bukan darah 'O'.

Malangnya,apabila lelaki itu menjumpai wanita itu,hanya wanita itu saja disitu tetapi handphone dan beg tangannya kemungkinan telah dicuri.Akhirnya,perempuan itu meninggal dunia.Selepas itu,aku terjaga dari tidur.Aku menggosok-gosok mataku sebelum melihat jam.Jam menunjukkan sekarang tepat pukul satu.

Tanpa aku sedari,aku mula sedar kebelakangan ini apabila aku bermimpi buruk ,aku akan terjaga pukul 1.Adakah ini kebetulan atau sebaliknya.Diriku penuh dengan tanda tanya.Aku ke dapur untuk mendapatkan minuman.Tiba-tiba terasa bahuku disentuh.

"Opocot tergolek."Aku termelatah dan minumanku hampir saja tertumpah.Rupa-rupanya ibu berada di belakangku.Ibuku hanya tergelak melihat aku melatah.

"Mama,terkejut kita ni.Ma buat apa kat sini?"Tanyaku.

"Mama pon haus juga,tak sangka Seliyna pon tekak kering juga." Kata ibuku yang sedang menuang jus ke dalam gelasnya.

"Dah lepas minum ,naik tidur ya."Sambung ibuku setelah selesai minum air.

"Okay ma,goodnight."Kataku sambil senyum.

Keesokan paginya,handphoneku berdering.Mataku yang masih pejam,aku mencapai handphone di sebelahku.Mataku buka sedikit,selepas saja melihat nama 'Kayl sayang' ,aku membiarkan saja panggilan itu berdering dan sambung memeluk bantalku.Sampai kali ketiga handphoneku berdering,aku mengangkatnya.Sambil badanku mengiring aku meletakkan handphoneku di atas telinga.


Nak tau sambungan?jangan lupa add Seliyna dalam library korang kalau tak mau terlepas chapter.Stay tune guys.





You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 24, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SeliynaWhere stories live. Discover now