Siti berjalan perlahan-lahan sambil membaca surat di tangannya. Sekali sekala dia mendongak melihat bangunan di kiri kananya. Di kirinya Alan sedang memegang tangan makhluk tanpa kepala. Mereka bertiga berjalan dengan tenang di sebalik manusia yang lalu lalang. Sesekali Alan dan makhluk tanpa kepala terpaksa berlanggar dengan manusia-manusia lain. Mana-mana manusia yang mereka berdua langgar pasti akan rasa seram sejuk. Tapi Siti buat tak tahu bila ada orang menoleh atau memandangnya.
"Kita dah sampai tempat yang kita tuju. Jom naik." Siti gembira bila melihat nama bangunan di hadapannya. Sama dengan alamat yang tertera di dalam surat.
"Tak apa ke kak kalau kami ikut. Tak mengganggu ke?" tanya Alan.
"Tak mengganggu selagi Alan pegang tangan dia ni kuat-kuat," ujar Siti separuh berbisik. Nampak pelik pulak kalau dia bercakap sorang-sorang. Dia buat-buat pandang dinding sambil bercakap dengan diri sendiri.
Siti melangkah dengan penuh debaran. Alan masih setia mengekori Siti. Makhluk tanpa kepala yang langsung tak nampak apa-apa hanya mampu menurut. Siti sudah berjanji akan membantu dia selepas habis temuduga. Siti meloloskan diri ke dalam lif yang hampir tertutup. Alan dan makhluk tanpa kepala muncul menembusi lif.
"Kenapa tiba-tiba lif ni sejuk sangat."
"Betullah sejuk betul rasanya. Sampai ke tulang."
Siti mendengar sosek-sosek para pengguna lif. Memanglah sejuk sebab ada dua roh bersama mereka di situ. Siti jeling ke belakang. Beberapa orang sedang menggosok lengan mereka yang rasa sejuk. Siti jeling Alan yang tersengih. Alan memang suka mengusik. Ini baru berdiri bersama dalam lif. Kalau tiba-tiba Alan memanjat mau pengsan di buatnya.
Pintu lif terbuka di tingkat lapan. Siti segera keluar dengan diekori Alan dan makhluk tanpa kepala. Sebaik sahaja Siti keluar Susana sejuk terus hilang. Semua mata memandang ke arah Siti tapi Siti buat tak tahu sahaja. Bukan pertama kali dia berdepan situasi ni. Dia dah biasa dan dah lali dengan pandangan hairan orang lain.
"Kita duduk dulu." Siti mengambil tempat duduk di tempat yang di sediakan. Ramainya yang hadir temu duga ini. Peluang untuk mendapatkan jawatan ni sangat nipis. Jawatan kosong cuma satu tapi pemohon yang hadir hampir lima puluh orang.
"Sepanjang akak dalam bilik interview tu jangan... jangan sesekali kau kacau akak. Kalau kau kacau akak jangan harap kau akan jumpa kepala kau tu!" Siti beri arahan tegas. Dia ketap bibir sambil berkata-kata.
'Kepala aku kakak... tolong cari kepala aku.' Suara itu bergema lagi di kepalanya.
Siti cuba buat muka selamba. Ramai orang yang sedang memerhatikannya. Tentu pelik kalau dia kelihatan bercakap seorang diri.
"Kau duduk diam-diam kat sini sambil kau fikir kat mana kau nampak kepala kau tu kali terakhir. Mimpi semalam tak jelas langsung kejap ada kejap takde ibarat Astro di waktu hujan. Kalau kau bising lagi aku tak nak tolong kau." Siti terpaksa mengugut hantu tanpa kepala. Degil sangat lepas itu asyik mengacau.
Dia senyum bila ada mata memandangnya. Pasti dia di cop tak siuman kerana bercakap-cakap seorang diri. Tapi apa boleh buat kebolehan dia penting untuk membantu makhluk lain. Siti menarik tali earphone. Barulah orang yang memandangnya beriak selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku.
"Alan jaga abang takde kepala tu elok-elok jangan bagi dia ikut akak. Kang habis semua orang kat sini di langgarnya." Siti memberi arahan kepada Alan. Alan menarik tangan makhluk tanpa kepala tadi untuk sama-sama duduk di penjuru. Siti puas hati. Barulah dia boleh duduk dengan tenang.
Siti bangun apabila namanya di panggil. Dia berdoa agar kali ini dia berjaya. Berpuluh-puluh temuduga yang dia hadiri sebelum ini gagal akibat gangguan dari makhluk alam lain aka roh orang yang sudah mati. Bosan sudah asyik mengganggur dan ke hulu ke hilir tak buat apa-apa kerja.
Siti membaca doa sebelum membuka tombol pintu. Dengan perlahan-lahan dia memulas tombol pintu dan membukanya. Ada tiga orang penemuduga yang sedia menunggu dalam bilik itu. Dua orang lelaki dan seorang perempuan. Ketiga-tiganya kelihatan baik dan lembut malah memberikan senyuman kepada Siti.
"Sila duduk Siti..."
Siti duduk di kerusi di tengah-tengah bilik. Dia membetulkan duduknya hingga dia rasa selesa. Itu penting untuk menjawab soalan yang bakal di tanya nanti. Kalau dia tak selesa dah tentu dia akan tertekan.
Tiba-tiba angin sejuk menampar pipinya. Secara automatik bulu romanya berdiri tegak bagaikan mendengar lagu Negaraku. Siti pasti yang datang bukan hantu tak ada kepala kerana Alan ada menjaganya tadi.
"Kakak tolong aku... mayat aku terbiar dalam semak kat sebelah bangunan ni. Tolong aku kakak."
Siti menguis telinganya yang terasa sejuk dengan bahu. Dia cuba buat tak tahu. Senyuman ikhlas yang terpamer tadi bertukar jadi senyuman palsu. Aura sejuk sudah mula menjalar di tengkuknya. Kalau dibiarkan nanti boleh jadi sakit tengkuknya menahan sejuk.
"Sebutkan secara ringkas latar belakang kamu." Salah seorang penemuduga membuka mulut.
"Kakak boleh nampak aku kan?" bisik lembaga tadi di telinganya.
Siti tersenyum kelat. Hantu ni tak nampak ke dia sedang sibuk. Siti abaikan sekali lagi. Tapi tangan hantu itu menggoncangkan bahunya. Siti berusaha sedaya upaya untuk menstabilkan kedudukannya. Dia hampir-hampir terjatuh dari kerusi.
"Aku tau kakak boleh dengar. Tolong jangan buat tak kak. Aku serius ni... aku takut."
Siti ketap bibir. Rasa kesian mula timbul. Kalau dia tak tolong siapa lagi akan tolong hantu ni. Kalau tiada siapa jumpa mayat hantu ni, tentu dia akan kena ganggu.
"Kakak tolong aku... mayat aku terbiar dalam semak kat sebelah bangunan ni. Tolong aku kakak." Hantu tadi tiba-tiba melompat dan berdiri di depan Siti.
"Atagafirullahhalazim!" Siti tutup mata dengan lengan. Terkejut sangat. Siti alih lengan dan buka mata perlahan-lahan. Meneliti penampilan hantu yang melompat tadi. Bunga kat tangan... baju sekolah... mangsa terbaru ke.
"Kenapa Siti?" tanya penemuduga lelaki.
"Saya lupa nak tutup api gas, cerek air saya kat dapur. Saya balik dulu. Terima kasih." Siti segera bergegas keluar. Dia tak lupa menarik tangan lembaga perempuan tadi. Ketiga-tiga penemuduga tiba-tiba terasa sejuk bila hantu perempuan tadi melanggar badan mereka.
Siti keluar dari bilik temuduga dengan keadaan tergesa-gesa. Semua mata tertumpu pada Siti. Siti toleh kepalanya lihat penjuru tempat Alan duduk tadi. Nampaknya Alan dan lembaga tak ada kepala sudah hilang. Merayap ke mana pulak dua hantu ni. Siti mengamuk dalam hati.
"Alan kat mana ni?" Siti bersuara kuat-kuat di telefon.
Alan datang berlari-lari anak sambil tangannya memegang erat tangan lembaga tak ada kepala. Alan yang nampak marah Siti hanya tersengih. Siti bergerak masuk ke dalam lif diiringi tiga lembaga. Alan nampak gelisah. Dia tahu kakak Siti bakal meletup kejap lagi.
"Gagal lagi temuduga akak." Siti bersuara lemah. Dia menyandarkan badannya ke dinding lif. Dia kecewa sangat-sangat. Tapi melihat keadaan hantu perempuan yang menjelma di depannya tadi dia harus bertindak cepat.
"Kakak pegang bunga!" Jerit Alan sambil menilik lembaga perempuan tu atas bawah.
"Mangsa terbaru," jawab Siti.
Siti melihat hantu perempuan itu dengan pandangan sayu. Nampak muda sangat. Tangannya terikat dan ada terselit tiga kuntum bunga ros berwarna merah. Hantu itu juga nampak sayu seakan faham akan pandangan Siti.
"Kamu boleh tunggu sekejap kan. Kita cari kepala abang ni dulu. Dia dah tunggu dari semalam lagi."
YOU ARE READING
SITI & POLIS COMEL
HorrorSITI & POLIS COMEL - AEIN DHIYAUDDIN PENERBITAN NOVEL MANIA RM 32.00 Kebolehan itu bukan pelik tapi anugerah Allah... "Dalam dunia Siti dan hantu-hantunya, tak boleh libatkan pihak polis secara langsung. No police involved. Itu rule yang pertama. Ta...