Siti melangkah selaju yang mungkin. Kalau boleh dia lari pasti dia dah pecut selaju yang mungkin. Masalahnya dia pakai baju kurung. Susah sikit nak berlari. Lagipun polis comel mengejar dia. Dah macam cerita hindustan pulak main kejar-kejar ni. Siti tersengih sendirian.
"Kak jangan laju sangat. Penat ni."
Siti toleh ke kiri. Alahai kesian pulak hantu ni kena ikut dia jalan laju-laju. Tadi berlari kejar anjing sekarang lari dari di kejar polis comel. Siti dengar namanya di laung. Aduh... kalau ada orang rakam ni nampak sangat dia adalah pesalah yang di kejar polis.
"Hantu boleh terbanglah. Kenapa kamu tak terbang je."
"Saya baru je tadi jadi hantu kak. Tak reti nak terbang."
"Apa-apalah. Sekarang kamu tengok belakang ada tak polis tu kejar kita lagi. Akak dah penat sangat ni. Lapar pun ada ni." Siti tak berani nak toleh belakang. Itulah mulut dia jadi baik sangat hari ni. Kena sergah sikit habis semua keluar. Tak boleh ke mulut ni jadi nakal-nakal sikit. Tapi polis comel ni pun satu. Kenapa sergah dia tengah khusyuk susun cerita.
Lama pulak hantu ni menghilang. Dia dah lelah sangat sebab hari ini banyak berjalan dan berlari. Pandai pulak stamina dia bertahan hari ini. Biasanya berlari sekejap je dia dah pancit walaupun fizikalnya kecil molek.
"Inspektor tu tak ada kak."
Siti memperlahankan langkah. Dia menarik nafas dalam-dalam. Biar oksigen masuk sepenuhnya ke liang paru-parunya. Dan kemudian Siti melepaskan keluar karbon dioksida melalui mulutnya sambil menyebut Ha... itu di panggil nafas melayu. Setelah melakukannya dua tiga kali Siti rasa lega. Segala penatnya telah hilang.
"Mana pulak Alan ni hilang." Siti memerhatikan sekeliling. Dia berada di kawasan perhentian bas. Tak sangka jauh juga dia berjalan. Suasana agak tenang memandangkan waktu pejabat belum tamat. Alan sejak tadi hilang dari radar. Pandai-pandailah dia cari jalan balik. "Sekarang kita cari mayat kamu." Siti buat muka serius. Back to work babeh. Inspektor comel dah hilang dia pun boleh bagi tumpuan pada hantu perempuan tu. Kesian hantu tu.
Siti berasa lega bila dia dapat duduk. Dia mengurut betisnya. Penat sangat ni. Tak sabar nak balik rumah nak bersenang-lenang atas katil sendiri. Siti mengambil botol mineral water dari dalam bag. Tekak haus perut pun lapar. Tapi dia kena tolong hantu perempuan yang duduk di sebelahnya.
"Macam mana kita nak buat-buat jumpa mayat kamu ni, akak baru je terlepas dari polis comel tu. Hish...pening akak di buatnya. Kesian kamu." Siti tegur air mineral. Puas dia fikirkan rancangan nak buat-buat jumpa mayat ni. Mengikut maklumat hantu ni mayat dia diletakkan dalam semak yang anjing pun tidak singgah.
"Kak... tolonglah. Mak saya mesti dah risau sangat tu."
"Akak tengah fikirlah ni." Siti picit dahinya lagi tapi lebih kuat. Manalah tau kalau picit lebih kuat boleh keluar idea marvelous ke.
"Jadi betullah Siti Haida boleh nampak hantu!"
"Oh Mummy..." Siti hampir melompat bila kena sergah. Kecut perut Siti bila melihat Aizat selamba je duduk sebelah. Rapat pulak tu. Dia mengengsot menjauh.
"Tak reti bagi salam ke tuan polis. Main sergah orang je. Bagus sangatlah tu. Kalau saya mati saya jadi zombie saya cekik-cekik leher tuan polis ni. Puas hati saya." Siti mendengus geram. Dia menilik pegawai polis yang sangat comel tu. Kot-kot spesis hantu ke. Tadi tak ada tapi tiba-tiba muncul pulak. Apa ilmu dia pakai.
YOU ARE READING
SITI & POLIS COMEL
HorrorSITI & POLIS COMEL - AEIN DHIYAUDDIN PENERBITAN NOVEL MANIA RM 32.00 Kebolehan itu bukan pelik tapi anugerah Allah... "Dalam dunia Siti dan hantu-hantunya, tak boleh libatkan pihak polis secara langsung. No police involved. Itu rule yang pertama. Ta...