KES 1

90 4 5
                                    

Akademi Detektif ditubuhkan lapan tahun lalu hasil usaha Pengetua Mazlan. Berdasarkan konsep 'mencungkil bakat detektif sains yang cemerlang'. Ramai detektif ternama seperti Shinichi Kudo, James Roman, pengarang novel misteri Sherry yang dikenali ramai di seluruh dunia berjaya dilahirkan.

Namun, semuanya hanya kenangan. Dalam beberapa tahun ini, tiada bakat baru yang menonjol malah imej akademi juga semakin merudum. Lagipun tiada langsung pelapis mendaftar ke sini. Keadaan ini amat membimbangkan!

Pada suatu hari, seorang tetamu tidak diundang datang. Tetamu di maksudkan ialah Ketua Polis Negara yang memang terkenal dengan sikap keras kepala dan mudah melenting.

''Saya dengar khabar akademi ini semakin teruk. Kalau beginilah, baik tutup sahaja. Jimat sikit kos!''

''Tuan, bagilah saya masa. Saya janji cungkil bakat yang pakar dalam sains daya logikal dan tajam pemerhatian. Dalam tempoh dua bulan, saya akan tubuhkan ahli Penyiasat muda.''

Akhirnya impian Pengetua Mazlan terlaksana. Calon pelapis berjaya ditemui diketuai oleh Detektif Sani.

Keempat-empat detektif remaja terpilih ini berazam untuk menyelesaikan semua kes berbangkit. Diketuai pakar geologi, Danish. Satu-satunya perempuan dalam ahli Penyiasat Muda, pakar kimia Nani. Pakar komputer dan fizik, Hafiz dan yang terakhir pakar biologi, Irfan. Mereka berempat amat berpotensi lalu digabungkan dalam sebuah pasukan yang dipanggil Penyiasat Muda.

Namun terdapat rahsia yang mereka tidak ketahui. Mampukah mereka berjaya mengatasi segala rintangan sekali gus menjadi detektif terbilang?

Di tepi laut...

Kachak! Sepucuk pistol di arahkan kepada seorang lelaki berhoodie.

''Jangan bergerak!''

''Kalau kau hidupkan enjin bot tu, aku lepaskan tembakan!'' kata Detektif empat puluhan kepada seorang lelaki berhoodie yang sedang menghidupkan enjin bot.

''Doktor Faiz ada anak, kan? soal lelaki berhoodie dengan tersenyum.

''Maksud kau?'' tanya Detektif empat puluhan itu.

''Kalau nak budak itu selamat, jangan kejar kami lagi. Ingat, Tuan Detektif Mazlan! Nyawa budak itu terletak dalam tangan kau.'' ugut lelaki berhoodie lalu melarikan diri dengan bot tersebut.

''Tak boleh!!! Anak tu...''

Kelepuk!

Satu tamparan di pipi Detektif Mazlan.

''Ah! Dah bangun pun'' kata Detektif Sani kepada Detektif Mazlan.

''Apa awak buat ni, Detektif Sani?'' tertanya-tanya Detektif Mazlan selepas terbangun dari tidurnya.

''Apa lagi...nak kejutkan tuanlah.'' jawab Detektif Sani dengan ketawa.

''Yakah? Tapi kenapa pipi saya rasa sakit ni? Macam kena tampar sahaja.'' soal lagi Pengetua Mazlan. Detektif Sani berpura-pura tidak tahu sedangkan dia yang menampar pipi Pengetua Mazlan.

''Mimpi ngeri lagi?'' Dalih Detektif Sani

''Lupakan sahajalah. Kes tu sudah 11 tahun berlalu. Lagipun bukan jadi hal penting pun sekarang.'' Kata Detektif Sani. Tangannya diletakan dalam pocket seluarnya sambil menyambung lagi kata-katanya ''Detektif Lee!''

''Awak jumpa dia?'' soal Pengetua Mazlan dengan wajah ingin tahu.

''Ya, tetapi... dia dah meninggal.'' jawab Detektif Sani.

''Apa? Dah... dah meninggal? Detektif Lee?!!'' Pengetua Mazlan terkejut dengan berita yang diceritakan.

DI AKADEMIK....

Kami Penyiasat MudaWhere stories live. Discover now