OLS 1

3.4K 25 10
                                    

Shieera berlari ke arah aku yang ralit bermain telefon " wehh !! " aku yang terkejut, melihat Shieera dengan muka tiada riak.

"Ye ada yang boleh saya bantu Cik Ashieera?" Soal aku bersahaja. Shieera pandang aku , hand phone di tangannya beri pada aku. Aku melihat screen telephone pintarnya. 'W' ?

"W? Cerita ni lagi. Tak habis habis" ujarku malas. "Weh ! Kau ni sporting sikit boleh ? Cerita ni best ! Cerita dua alam yang berbeza di dunia yang lain. Such a romantic drama !" Riang suara Shieera.

"Such a romantic laa itu lah inilah. Assignment kau ? Bila nak romantic ? Haram jadah je." Mata aku tidak lagi tertumpu pada screen Shieera. " alaa kau ni, spoillah !" Bentak Shieera.

"Aku pulak ? Haa papelah. Ni esok aku nak balik Ipoh. Kau macam mana ? Nak ikut aku atau kau tumpang buah hati tercinta kau tu ?" Aku melihat sekeliling.

"Azzlan ada final exam untuk sem dia. Erm aku tumpang kau lah ? Okay ?" Aku tersenyum kecil. Perangai tak pernah berubah. " okay ! Esok aku gerak pukul 1 lepas class. Ni aku ada class ni, jumpa kau nanti. Bye" aku bangun dari tempat duduk tadi berjalan menuju ke tangga.

"Weh ! Syarf !" Jeritan itu membuat aku berpaling. Siapa lagi kalau bukan buah hati Shieera. "Wassap bro ? Pehal ?" Riaksi muka bersahaja. " mana bae aku ? " aku menjuling mata ke atas.

"Tu depan air pancut, pergilah. Dia tengah layan Kang Chul." Jawab aku, baru saja aku mahu melangkah..
"Dinner malam ni jangan lupa." Ujarnya lagi. Aku hanya mengganguk malas mahu fikir.

"See ya ! Pakai baju warna biru." Tambahnya lagi.
"Ye lah pakcik ! Dah bla kau sana ! Aku nak masuk class." Kataku terus berlalu kepala aku geleng. Macam macam.

Sampai sahaja di depan dewan aku membuka pintu perlahan. Nasib Prof. Ainul tak masuk lagi. Aku melangkah ke arah tempat dudukku. Di bahagia tengah jauh dari orang lain.

"Nama you apa ?" Suara Ashy bergema. Aku tidak mahu ambil tahu, mesti pelajar baru.
"Nama I.." Ayatnya tergantung ketika Prof. Ainul masuk ke dalam dewan.

"Okay guys ! Sit at your place. Morning guys !" Suara garang Prof. Ainul kedengaran. Class Prof. Ainul berjalan seperti biasa.

Usai class Prof. Ainul , aku mengemas beg aku ingin berlalu. Malas mahu lama-lama. "Syarf, i like your assignment. I harap you akan terus kekal dengan prestasi you." Ujar Prof. Ainul mengejut. "Ouh, thank you prof." Aku memberi senyuman manis. Dia menunduk dan sambung kemas laptopnya. Aku berjalan keluar dari dewan. Penat. Hari ini ada 4 class ergh ! .

Aku bergerak ke arah parking kereta. Kereta BMW X6 aku kelihatan. Masuk sahaja ke dalam perut kereta , aku membuka tingkap. Wap haba yang terkumpul dari tadi mulai keluar. Kepalaku letak di stereng, walaupun sudah 6 tahun tapi kejadian itu masih bermain di fikiran. Aku mengetuk beberapa kali kepalaku di stereng.

"Syarf ? Asal you ketuk kepala ? " ujar Adam. Dia meberhentikan perbuatan aku. Aku mengangkat kepala. "Nothing." Aku menghidupkan air-con kereta. "You free tak malam ni?" Soal Adam. "Sorry, got to go." Tingkapku naikkan keretaku. Kereta aku bergerak keluar dari kawasan Uni.

"Assalamualaikum" kataku lemah pintu aku tutup. Aku duduk di sofa kepalaku mulai berdenyut. Hidung aku mengeluarkan cecair berwarna merah. Semestinya darah. Aku bangun berlalu ke singki. Ubat aku ambil di kabinet dapur. Air aku tuang ke dalam gelas. Ubat aku telan. Nafas ku hembus. Kepala ku tunduk, darah dari tadi tidak berhenti mengalir. Kepalaku makin kuat berdenyut. Pili air aku tutup lalu duduk semula di sofa. Pintu rumah di buka dari luar.

"Okay, awak baliklah nanti jumpa. Bye." Suara Shieera kedengaran aku hanya memandang dua pasang di hadapanku. "Warna apa hari ni?" Soal Azzlan. "Warna apa biy nak ?" Soalan di balas soalan.

"Naik gugur bulu hidung aku." Jawab aku bersahaja. "Eleh kau, sebuk je. Huh ! Tau ar jealous, kan biy?" Azzlan hanya tersenyum.

"Nanti saya what's app. Hai Syarf !" Sapa Azzlan. "Wassap bro !" Balas aku balik sambil mengangkat tangan. "Syarf ?" Soal Azzlan pelik. "Asal?" Aku bertanya pelik. "Omg ! Biy, balik dulu. Bye" dengan pantas Shieera menutup pintu.

"Beb ! Your noise !" Ujar Shieera kelam kabut. Aku pelik. Bukan tadi dah stop ke ? . Aku menggosok hidungku. "Shit!" Itu saja yang mampu aku ujarkan. Shieera datang membawa tisu dan kain basah. "Nah !" Kata Shieera dengan nada geram.

"Kau dah makan ubat?" Aku sekadar mengganguk. Kepala masih ku tunduk, agar darah keluar dengan cepat. "Dah jumpa doktor ?" Kata Shieera. Aku memandangnya. "Alaa esoklah." Badan ku sandar . Shieera yang dari tadi duduk di atas meja ruang tamu pandang aku tidak puas hati. "Tulah kau ! Malas nak layan. Kalau Lan tanya nanti aku nak jawab apa ?" Ujar Shieera geram. "Cakaplah cuaca panas. Tak susahkan?" Kataku selamba. Shieera menjeling. Tiba-tiba bunyi lagi Attention by Charlie Puth kedengaran. Shieera menyelongkar begnya. "Panjang umur." Shieera menjawab, speaker di tekan.

"Sayang? Kenapa hidung Syarf berdarah?" Soal Azzlan. Shieera memandang aku dan mengangkat kening tanda dia sudah agak bahawa Azzlan akan bertanya soalan sedemikian.

"Cuaca panas, dia sensitive." Aku tersenyum sambil membuat flying kiss. Shieera menjeling aku. Mata dia di naikkan ke atas. Aku tersenyum. Aku mengemas tisu dan mengelap darah darah yang menitik tadi.

"Are you sure , honey ?" Soal Azzlan. Aku menjuling mata ke atas. "Yes, baby i'm sure. Malam ni merah tau ?" Shieera menukar topik. Aku bangun dari duduk. Tisu aku buang ke dalam tong sampah. Kain basah tadi aku basuh sehingga kesan darah hilang. Aku mengeluh. Mataku pejam. Pili air aku tutup, aku duduk di meja makan. Jariku ketuk beberapa kali di meja. Sesekali aku menggeleng.

"Asal weh?" Soal Shieera. "Terkejut aku! Kau ni" dada ku urut. "Chill beb." Kata Shieera. "Wey, dia ada dekat sini ke?" Soalku. " Dia ? Siapa?" Shieera bertanya gelas di capai lalu menuang air jus apple yang tersedia di dalam peti ais. Aku membuka tudungku. Lemas !. Rambut yang aku sanggul akhirnya terbebas.

"Siapa lagi yang kau rasa ?" Shieera yang tadinya sedang enak menikmati minuman terhenti. "Di-dia ? Se-serious k-ke ?" Soal Shieera tergagap.

"Aku tak tahu, dalam clasa Prof Ainul dengan Prof Zukie tadi aku rasa senak, lepastu rasa macam ada orang pandang." Aku berterus terang. "Kau tak usya ke ? Mana tau dia betul betul ada?" Aku menghembus nafas.

"Shieera, kau tahukan aku macam mana ? Memang taklah aku nak perhati setiap orang dalam class ." kali ini Shieera pula mengeluh. "Tulah kau, seronok ke bersendirian ?. Sekaramg memang aku ada. Tahun depan ? Dua tahun depan ? Kalau aku dah kahwin ? Kau ? Tu si Adam tergila gilakan kau tu. Mana kau pernah layan cinta dia. Bukalah pintu hati kau sikit. Aku sayang kau, takkan aku nak biarkan kawan aku keseorangan ? Kau tak ada rasa nak bercinta lagi ke ?" Terang Shieera. Aku tersenyum kecil.

"Shieera, aku bukan apa. Biar Adam tu terluka sekarang tapi bukan nanti. Aku selesa seorang diri, ada kau, ada Azzlan. Aku dah anggap korang macam adik beradik. Since kita form 1 wey. Aku bukan tak cuba bergaul. Cuma aku takut. " kataku lemah. Aku penat sangat sekarang ini.

"Kau fikir tak perasaan aku macam mana kalau aku dah kahwin dengan Lan nanti ? Takkan aku nak biarkan kau keseorangan. Bergaullah juga. Kau tak kesian ke dekat aku ?" Aku tersenyum kecil lalu bangun dari tempat duduk. Tudung aku capai, tuala yang aku basuh tadi aku ambil langkah ku bergerak ke washing room. Aku meletakkannya ke dalam mesin basuh. Kain yang berada di tepi mesin basuh aku ambil dan meletakkan ke dalam mesin basuh. Aku meletakkan sabun dan pewangi. Aku keluar dari washing room.

"Cuba kalau Harizth still kejar kau ? Adam ?. Siapa nak protect kau? Soal Shieera buat aku terhenti. Tanpa pedulikannya aku bergerak melangkah ke tangga. Aku mahu berehat buat seketika.

our love storyWhere stories live. Discover now