OLS 10

965 9 10
                                    

*author pov

Hakim terjaga dari tidurnya , dia memandang sekeliling. "LANNN !!!" teriak Hakim. Dengan pantas Azzlan masuk ke dalam bilik Hakim.

"Kau okay tak ni?" Soal Azzlan dengan nada risau. Hakim menyelan air liurnya. Terasa perit di tekaknya. Azzlan menuangkan air. Hakim minum sedikit.

"Macam mana dengan Mia ?" Azzlan terkejut dengan soalan Hakim. "Dia.." Baru sahaja Azzlan mahu berbicara telefonnya berbunyi.

"Ye sayang, saya ada dekat dalam ward Kim ni." Azzlan bercekak pinggang sebelum memicit kepala.

"dia ward berapa ? Bilik nombor ?" Shieera bertanya sambil memakai kasut adidas. Dia hanya mengenakan baju t-shirt hitam beserta cardigan dan seluar skinny jeans hitam.

"Tingkat 3 ward6 bilik 601. Saya tunggu dekat dalam bilik Hakim. Bye loveyoutoo, drive carefully." Panggilan di matikan. Azzlan duduk di bangku khas yang berada di sebelah Hakim.

"Macam mana semua ?" Soal Hakim saat Azzlan baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Azzlan mengeluh seketika.

"Adam ada dekat Hospital Permaisuri Bainun. Dia kena tahan dekat situ sebab kami tak tahu nak telefon siapa. Anak buah dia dipindahkan ke sini. Mulanya kitaorang tak nak bawak dia datang KPJ tapi cedera teruk sangat. Adam punya luka semua okay, tak ada jangkitan cuma gegendang telinga dia pecah. Anak buah dia pulak tulang belakang retak. Mungkin lumpuh." Azzlan menerang keadaan Adam dan anak buahnya.

"Mia?" Azzlan gelisah. "Tapi, kesian anak buah dia. Dah ada anak tapi still buat jahat. Jadi ibu dan ayah Shieera tanggung diaorang buat seketika." Azzlan menukar topik.

"Macam mana pula dengan Mi.." Belum sempat Hakim mahu meneruskan ayatnya "Encik keadaan pesakit kritikal !" Gelisah muka salah seorang jururawat. "Aku datang balik." Kata Azzlan sebelum berlari keluar dari bilik Hakim. Ward ICU di tuju.

"Macam mana nurse?" Soal Azzlan kelam kabut. Tidak lagi bunyi nadi, yang ada cuma bunyi sebaris iaitu 'titttt'. "Encik tunggu di luar, nanti kami panggil semula." Azzlan menolak rambutnya kebelakang. Mukanya di raup kasar. Doktor berlari masuk kedalam ICU , nurse turut berlari.

Hakim memandang ke hadapan sepi. Di dalam kepalanya hanya memikirkan Mia. Hanya perempuan bernama Mia Syarfilza. Dia memejamkan matanya. Dia teringat sebelum dia menelefon Shieera.

*Aku dengan sedaya upaya membuka mata agar aku dapat melihat wajah Mia. Sungguh aku dapat rasakan sesuatu tapi mataku terlampau berat untuk aku buka. Tanganku lemah. Kelopak mataku aku buka juga dalam kepayahan. Terasa sesuatu di bibir.

"Aku sayang kau." Aku mendengar kata-katanya. Air mataku mengalir 'jangan! Jangan tinggalkan aku lagi Mia ! Bertahan sekejap demi aku !' Tapi kata-kata itu hanya mampu aku ungkap dalam hati. Sepanjang aku berbaik dengannya , baru kali ini dia kata dia 'sayang' aku. Aku ingin membalas kata-kata itu. Tapi aku tidak dapat menungkapkannya. Terasa pinggangku di peluk erat. Aku tak dapat membalas. Dengan kekuatan yang tinggal dalam kepayahan aku terpaksa demi Mia. Mataku terbuka sedikit. Mataku kabur. Aku tidak dapat melihat dengan jelas. Aku memandang Mia yang elok baring di peha ku. Darah di tangannya keluar tanpa henti. Aku cuba mengangkat telefon. Nombor Shieera aku dail.

our love storyWhere stories live. Discover now