0 2

12.8K 1.2K 613
                                    

"jangan bagi dia makan benda manis." 

kata kata mak terngiang ngiang dalam kepala aku.

biar betul si beku ni boleh jadi manja ?

ok tak kalau aku cuba ? mana tahu mak saja nak main main kan aku.

"weh."

aku terlompat sedikit bila terasa ada aura hitam dan suara yang mcm nk mintak gaduh.

"haa ?? y-ye ? haa nak apa ?"

aku pandang dia takut takut.


walaupun aku dah kenal dia dari kecik tapi kami tak pernah rapat. jungkook tak macam budak yang lain. main dekat taman permainan. dia lebih suka duduk dalam bilik dan belajar.


"kau tak nak masak ke ? aku lapar." 

aku lihat jam. oh dah pukul 8 malam.

"kejap ya saya siapkan. awak baru balik ke ?"


"dah lama dah. tadi aku nampak kau borak dengan mak kat dapur so aku malas nak kacau aku naik atas dulu."

fuhh gila ah dia. aku menghadap pintu masuk kut masa borak tu. bila masa dia masuk ? ikut tingkap ke camna ?

"awak duduk la kat depan kejap. nanti dah siap masak saya panggil."

dia pergi tanpa berkata apa apa.

aku mengeluh seketika. bukan apa. jungkook tu beku sangat la. kadang tu  aku nak bercakap dengan dia pun aku dah rasa macam nyawa di hujung tanduk.

teringin jugak aku nak tengok dia senyum ke gelak ke. kann bahagia sikit rumah tangga aku ni.

aku kemudian menunduk ke kabinet bawah untuk mencari kuali.

"yeorum."

"opocot !!"

kepala aku terangkat dan secara tak sengaja terhantuk kuat dekat kabinet tu.

"adoii !!"

weh gentle sakit. aku nak nangis dah nie haa haa baik pujuk cepat.

"weh weh kau oke tak ? sakit sangat ke ? darah ke"

kalau tak sakit aku tak nangis la mangkuk !

haa satu dosa untuk anda kim yeorum kerana mengutuk suami sendiri. dasar nusyuz.

tiba tiba aku terasa satu jari sasa yang mengelap air mata aku yang jatuh melimpah ruah ni.

"weh jangan la nangis. aku tak sengaja."

tangan kirinya mengelap air mata aku dan tangan kanannya mengusap kepala aku yang sakit.

"kat sini ke sakitnya ?"

aku mengangguk.

kemudian dia menarik aku ke dalam pelukan dia dan aku dapat rasa hembusan nafas dekat tempat yang sakit tu.

"dahh dahh nanti dia elok la tu."

eh ehh perasaan apakah ini woi ?

"jungkook saya bukan budak budak la. jangan la buat mcm tu"

aku malu sendiri. dah la dengan situasi yang macam ni.

kau bayangkan dekat depan kabinet yang bebila masa boleh keluar lipas ni aku duduk atas riba jungkook yang sedang bersila dan dia tgh peluk aku.

[C] sugar daddy | j.j.kWhere stories live. Discover now